Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Hadith sebaik-baik ibadat adalah membaca al-Quran

 

Matan hadith

 

أَفْضَلُ عِبَادَةِ أُمَّتِي قِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

Terjemahan

 

Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran.

 

Takhrij

 

HR. Baihaqi no. 1865 di dalam Syu’ab al-Iman.

 

Hadith ini juga diriwayatkan oleh beberapa sahabat yang lain seperti Ubadah Bin Somit dan Anas. Imam al-Ghazali menyebut dan meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din. Bahkan Abu Nuaim al-Asbahani merekodkan hadith ini di dalam kitabnya Fadhail al-Quran.

 

Berkenaan soalan yang dikemukakan, al-Hafiz al-Iraqi ketika berkomentar berkenaan hadith ini, beliau menyatakan bahawa sanad hadith ini adalah lemah. Ini kerana terdapat dua perawi yang dipertikai kredibilitinya. Dua perawi tersebut ialah :

 

Abbas Bin Fadhl. Antara pakar hadith yang mengkritik beliau :

 

Yahya Bin Ma’in menyatakan beliau bukan di kalangan perawi yang terpercaya (thiqah).( al-Mughni Fi al-Dhu’afa, 1/323)

 

Imam al-Nasaie menyatakan beliau ditinggalkan hadithnya ( matruk )

 

Imam al-Bukhari menyebut hadith yang diriwayatkan olehnya adalah munkar . (Mizan al-‘Itidal , 4/263)

 

Ibnu ‘Adi menyebut kebanyakan hadith yang diriwayatkannya di ingkari . (al-Kamil Fi al-Dhu’afa’ ,6/4)

 

Abbad Bin Kathir. Beliau juga merupakan perawi yang lemah.

 

Imam al-Bukhari menyatakan beliau dipertikaikan (al-Tarikh al-Kabir , 6/13)

 

Yahya Bin Ma’in menyebut beliau adalah perawi yang lemah.

 

Syu’bah menyatakan : “  berhati-hati dengan riwayatnya  ”. (al-Kamil Fi Dhu’afa’ al-Rijal , 5/331)

 

Juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2515

No comments:

Post a Comment