Takhrij

Thursday, 29 July 2021

Hadith keutamaan selawat

 

Matan hadith

 

جاء في الخبر عن النبي صلي الله عليه وسلم انه قال : ان الله تعالي خلق ملكا له جناح في المشرق وجناح في المغرب ورأسه تحت العرش ورجلاه تحت الارض السابعة وعليه بعدد خلق الله تعالي ريش , فاذا صلي رجل او امرأة من امتي علي , امره الله تعالي ان ينغمس في بحر من نور تحت العرش فيه , فينغمس فيه , ثم يخرج وينفض جناحه فيقطر من كل ريشة قطرة فيه , فيخلق الله تعالي من كل قطرة ملكا , يستغفر له الي يوم القيامة.

 

 

Terjemahan

 

Telah datang khabar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sesungguhnya Beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan Malaikat yang mempunyai satu sayap di timur dan satu sayap di barat, kepalanya di bawah Arasy, kedua kakinya berada di dalam perut bumi ke tujuh dan malaikat ini mempunyai bulu sebanyak hitungan makhluk-Nya Allah Ta’ala. Ketika salah seorang dari umatku baik lelaki mahupun perempuan membaca selawat kepadaku, maka Allah Ta’ala memerintahkan kepada Malaikat tersebut untuk menceburkan diri ke dalam lautan dari cahaya yang berada di bawah Arasy. Lalu Malaikat menceburkan diri ke dalamnya kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya, maka menitislah dari setiap bulu satu titis. Kemudian Allah Ta’ala menciptakan dari setiap titisnya satu Malaikat yang memintakan ampun untuk orang yang membaca selawat tadi sampai hari Kiamat.

 

Takhrij

 

HN. al-Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub hal. 9 (al-Ilmiyyah), tanpa sanad.

 

Tidak ditemui asal dari kitab hadith muktabar sunnah, dan matannya melampau menunjukkan ia petanda hadith palsu (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 78191)

 

Ibnu Mubarak meriwayatkan: Sanad adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata sekehendak hati’. (Sahih Muslim 1/87).

 

 

Kitab Mukasyafatul Qulub sendiri termasuk kitab bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa sanad, dhaif dan khabar yang tidak jelas.

 

 

Abu Ishaq Al-Huwaini berkata bahawasanya kitab ini tidak layak dipelajari kerana banyak hadith-hadith yang tidak jelas statusnya.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 78191

 

http://ar.islamway.net/fatwa/10264

No comments:

Post a Comment