Matan kisah
وحكي أن رجلا كان غافلاً عن الصلاة على سيدنا محمد فرأى النبي ﷺ ليلة في
المنام ولم يلتفت إليه، فقال: يا رسول الله أأنت علي غضبان؟ قال: لا، قال: فلم لا
تنظر إلي؟ قال: لأني لا أعرفك، فقال : كيف لا تعرفني وأنا رجل من أمتك؟ وقد روى
العلماء أنك أعرف بأمنك من الوالدة بالولد، فقال: صدقوا ولكن إنك لا تذكرني
Terjemahan
Pada suatu zaman terdapat seorang
yang cukup saleh. Ia melazimkan bacaan selawat nabi setiap harinya. Ia sendiri
kerap bertemu Rasulullah SAW dalam mimpinya. Ia diperlakukan dengan mesra oleh
Rasulullah SAW pada setiap perjumpaan.Tetapi suasana perjumpaannya pada malam
kali ini berbeza. Ketika tertidur, ia bermimpi melihat Rasulullah SAW. Tidak
seperti biasanya, Rasulullah bersikap dingin. Rasulullah SAW tidak menoleh
kepadanya dan tidak menyapanya. “Wahai Rasulullah, apakah yang mulia sedang
murka terhadapku?” ia bertanya dengan masygul. “Tidak,” jawab Rasulullah SAW.
“Lalu mengapa yang mulia tidak sudi memandangku?” “Kerana aku tidak
mengenalimu,” kata Rasulullah SAW. “Bagaimana engkau yang mulia tidak
mengenaliku? Padahal, aku adalah salah seorang dari umat Anda yang mulia.
Sementara, ulama yang menjadi ahli waris yang mulia meriwayatkan bahawa yang
mulia lebih mengenal umat yang mulia sendiri dibanding pengenalan ibu terhadap
anaknya.” “Mereka itu benar. Hanya saja kau tidak mengingatku melalui shalawat.
Sementara daya pengenalanku terhadap umatku bergantung pada kekuatan mereka
membaca selawat,” kata Rasulullah SAW. Ia pun terbangun. Hatinya begitu sedih.
Tetapi ia menyadari bahawa sudah sekian bulan ia tidak membaca selawat. Ia
kemudian bertekad dalam hatinya untuk membaca selawat nabi sebanyak 100 kali
setiap hari. Ia pun kemudian membuktikan tekadnya dengan baik. Pada suatu malam
kemudian ia berjumpa dengan Rasulullah SAW dalam mimpinya. Ia disapa dengan
hangat oleh Rasulullah. “Sekarang aku mengenalimu dan aku memberikan syafaatku
untukmu,” kata Rasulullah SAW dengan perhatian.
Takhrij
Kisah ini disadur dari Bab
Ketujuh fil Mahabbah, Kitab Mukasyafatul Qulub Al-Muqarribu ila Hadhrati
‘Allamil Ghuyub fi Ilmit Tashawwuf karya Imam Al-Ghazali hal.30 (al-Ilmiyah).
Tanpa sanad, dan ia jelas dinyatakan sebuah hikayat.
Ibnu Mubarak meriwayatkan: Sanad
adalah sebahagian dari agama, seandainya tanpa sanad seseorang boleh berkata
sekehendak hati’. (Sahih Muslim 1/87).
Kitab Mukasyafatul Qulub sendiri
termasuk kitab bermasalah, kerana banyak berisi hadith-hadith palsu, tanpa
sanad, dhaif dan khabar yang tidak jelas.
Abu Ishaq Al-Huwaini berkata
bahawasanya kitab ini tidak layak dipelajari kerana banyak hadith-hadith yang
tidak jelas statusnya.
Rujukan
No comments:
Post a Comment