Matan hadith
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ بِجِنَازَةٍ عِنْدَ قَبْرٍ فَقَالَ: «قَبْرُ مَنْ هَذَا؟»
فَقَالُوا: فُلَانٌ الْحَبَشِيُّ يَا رَسُولَ اللهِ.
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ: «لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، سِيقَ مِنْ
أَرْضِهِ وَسَمَائِهِ إِلَى تُرْبَتِهِ الَّتِي مِنْهَا خُلِقَ»
Terjemahan
Daripada Abu Said Al-Khudri ra,
beliau menuturkan, bahawa pernah suatu ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa
sallam berjalan di Madinah. Beliau melihat, ada sekelompok orang sedang
menggali sebuah tanah untuk makam. Nabi lalu menanyakan untuk siapa lubang
lahad itu. Mereka menjawab: "Untuk seorang dari Habasyah yang baru
meninggal". Nabi lalu bersabda:"Laa ilaaha illa Allah, dia diarahkan
oleh Allah dari tempat kelahiran.
Takhrij
HR. al-Bazzar dalam Kasyaful
Astar1/396 no. 842, al-Hakim 1/697, no. 1396, at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir no. 14022 (daripada Ibn Umar ra).
Didhaifkan oleh al-Bazzar
sendiri.
al-Hakim berkata hadith ini
sanadnya sahih, dan mempunyai syawahid. Antaranya dari Ibnu Abbas ra yang
diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dalam Musnadnya, dan Ibnu Umar ra dalam Mu'jam
al-Kabir.
al-Haithami dalam Majma Zawaid
3/42, dalam sanadnya terdapat perawi yang dhaif iaitu Abdullah, bapa kepada Ali
al-Madini (Sanad Abu Said al-Khudri). dan perawi dhaif juga dalam sanad Ibnu
Umar bernama Abdullah bin Isa al-Khazzaz.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini (Ibnu Umar ra) hasan dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1858.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
123393.
No comments:
Post a Comment