Rasulullah SAW bersabda:
من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة
"Barang siapa memintakan
maghfirah (ampunan dosa) untuk kaum mukminin dan kaum mukminat, nescaya Allah
catat baginya satu kebaikan untuk setiap mukmin dan mukminatnya."
Takhrij
HR. At-Thabarani dalam Musnad
Syamiyyin 3/234 no. 2155, daripada Ubadah Bin Shamit ra.
Dihasankan oleh Syeikh al-Albani
dalam Sahih Jami' no. 6026.
Manakala tambahan الأحياء منهم والأموات juga terdapat dalam satu riwayat dari at-Thabarani dari Samrah
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 59670).
Adalah satu keutamaan yang besar
untuk mukmin sentiasa mendoakan kebaikan pada mukmin yang lain samaada hidup
ataupun telah meninggal dunia.
Lafaz doa tersebut, saya tidak
berjaya menemukan asalnya dari Nabi saw.
Tapi doa tersebut bebas untuk
diamalkan kerana mengandungi maksud yang baik dan tidak bercanggah dengan
kehendak syariat. Apatahlagi terdapat anjuran dalam banyak nas untuk mendoakan
sesama muslim.
Redaksi doa tersebut juga
diuar-uarkan oleh Markaz Thariq al- Islam dan Syeikh Abdurrazzaq al-Badr untuk
diamalkan.
Ia boleh dilihat doa-doa yang
dirakamkan dalam al-Quran:-
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا
بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا
إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan
saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah
Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman;
Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (QS,
Al-Hasyr: 10).
Doa Nabi Nuh ‘alaihissalam,
“رَبِّ اغْفِرْ
لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ”
“Ya Rabbi ampunilah aku, kedua
orang tuaku dan siapapun yang memasuki rumahku dalam keadaan beriman. Serta
orang yang beriman laki-laki dan perempuan” (QS. Nuh: 28).
Doa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam,
“رَبَّنَا
اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ“
“Wahai Rabb kami, ampunilah aku
dan kedua orang tuaku, serta semua orang yang beriman pada hari diadakannya
perhitungan (hari kiamat)” (QS. Ibrahim: 41).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
49384, 59670
Fatwa Soaljawab Islam no. 104460,
140798
No comments:
Post a Comment