Takhrij

Thursday, 29 July 2021

Hadith tatacara zikir Lailahaillallah dengan MAD?

 

Matan hadith

 

مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَمَدَّهَا هُدِمَتْ لَهُ أَرْبَعَةُ آلافِ ذَنْبٍ مِنَ الْكَبَائِرِ...

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya barang siapa membaca kalimat Tauhid لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dan memanjangkannya, maka baginya akan dihapus empat ribu macam dosa besar”. Pada saat itu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, lalu bagaimana apabila satupun dia tidak memiliki dosa besar ?”, Rasulullah menjawab ; “Maka yang dihapuskan empat ribu macam dosa besar adalah keluarga dan para tetangganya”.

 

Takhrij

 

HN. al-Muttaqi al-Hinddi dalam Kanzul Ummal 1/60, Syeikh Muhammad Thahir al-Fatani dalam Tazkiratul Maudhuat hal. 55, daripada Anas bin Malik ra.

 

Syeikh Thahir menilai hadith ini palsu kerana perawi pendusta bernama Nua'im.

 

 

Ibnu Hajar al-Asqalani menilai hadith ini batil Lisanul Mizan 6/169.

 

 

Rujukan

 

http://www.fatawa.com/view/853

 


No comments:

Post a Comment