Matan hadith
إِنَّ اللَّهَ لَا يَجْمَعُ أُمَّتِي - أَوْ قَالَ:
أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى ضَلَالَةٍ، وَيَدُ
اللَّهِ مَعَ الجَمَاعَةِ، وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ
Terjemahan
Sesungguhnya Allah tidak akan
mengumpulkan umatku... -atau Beliau bersabda: umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi
wa Sallam berada di atas kesesatan, dan tangan Allah bersama al-jamaah, dan
barang siapa yang menyendiri maka dia akan menyendiri pula menuju neraka.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 2167, al Hakim
dalam Al Mustadrak no. 397, al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 1/215, Abu Nua'im
dalam Hilyatul Auliya' 3/42, daripada Ibnu Umar ra.
Imam Tirmidzi menilai hadith ini
gharib dengan jalur riwayat tersebut.
al-Hakim mengisyaratkan
kedhaifan, kerana terdapat kegoncangan pada sanad-sanadnya, lalu beliau
membentangkan tujuh sanad hadith berkenaan yang setiapnya terdapat kritikan.
Lalu beliau berkata hadith ini terdapat penyokong dari riwayat sahabat lain,
Ibnu Abbas ra (HR. al-Hakim no. 398-399, para perawinya tidak bermasalah).
Malah beliau berkata hadith ini tetap ditulis lantaran adanya ijmak di kalangan
Ahlus Sunnah bahawa kaedah ini (berada di atas jamaah) termasuk salah satu
kaedah Islam.
Az-Zahabi juga mendhaifkan hadith
ini dalam al-Talkhish.
Abu Nua'im menilai hadith ini
gharib
Ibnu Hajar menilai hadith ini
gharib dalam Muwafiqah 1/109
al-Mubarakuri dalam Tuhfat
al-Ahwadzi 6/16 menilai hadith ini dhaif, akan tetapi mempunyai syawahid.
Hadith ini, menurut Syeikh
al-Albani adalah sahih, khususnya sampai kalimat: ....tangan Allah bersama
Jamaah." Sedangkan tambahan kalimat:
barang siapa yang menyendiri.. dst, adalah dhaif.
Antara hadith penyokong lain
adalah dari Musnad Ahmad riwayat dari Abu Basrah al-Ghifari ra yang dinilai
sahih oleh Syeikh al-Arnauth.
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأَلْتُ
رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ أَرْبَعًا فَأَعْطَانِي ثَلَاثًا وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً
سَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَجْمَعَ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ
فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يُهْلِكَهُمْ
بِالسِّنِينَ كَمَا أَهْلَكَ الْأُمَمَ قَبْلَهُمْ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُ
اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَلْبِسَهُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَهُمْ بَأْسَ
بَعْضٍ فَمَنَعَنِيهَا
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam bersabda: "Aku meminta kepada Rabbku Azza wa Jalla empat perkara,
lalu Dia memberiku tiga perkara dan menolak satu perkara: aku meminta kepada
Rabbku agar umatku tidak bersepakat atas kesesatan lalu Dia mengabulkannya,
lalu aku meminta Allah Azza wa Jalla agar tidak membinasakan kalian dengan masa
kesusahan sebagaimana dibinasakannya umat sebelum kalian lalu Dia
mengabulkannya, dan aku meminta Allah Azza wa Jalla agar tidak menjadikan
mereka bergolong-golongan dan sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain,
namun Dia menolaknya." (HR. Ahmad no. 27224, at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir no. 2171 sahih lighairih).
Dalam Fatwa Syabakah Ilsamiyah
no. 285655 ketika menyarahkan hadith ini, fatwa menyebutkan kesimpulan hadith
ini berstatus hasan disisi ulama muassirin dengan pengumpulan semua jalan
riwayatnya.
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
285655
No comments:
Post a Comment