Thursday, 29 July 2021

Hadith umatku tidak dikumpul atas kesesatan

 

Matan hadith

 

 

إِنَّ اللَّهَ لَا يَجْمَعُ أُمَّتِي - أَوْ قَالَ: أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - عَلَى ضَلَالَةٍ، وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الجَمَاعَةِ، وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku... -atau Beliau bersabda: umat Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berada di atas kesesatan, dan tangan Allah bersama al-jamaah, dan barang siapa yang menyendiri maka dia akan menyendiri pula menuju neraka.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2167, al Hakim dalam Al Mustadrak no. 397, al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah 1/215, Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya' 3/42, daripada Ibnu Umar ra.

 

Imam Tirmidzi menilai hadith ini gharib dengan  jalur riwayat tersebut.

 

al-Hakim mengisyaratkan kedhaifan, kerana terdapat kegoncangan pada sanad-sanadnya, lalu beliau membentangkan tujuh sanad hadith berkenaan yang setiapnya terdapat kritikan. Lalu beliau berkata hadith ini terdapat penyokong dari riwayat sahabat lain, Ibnu Abbas ra (HR. al-Hakim no. 398-399, para perawinya tidak bermasalah). Malah beliau berkata hadith ini tetap ditulis lantaran adanya ijmak di kalangan Ahlus Sunnah bahawa kaedah ini (berada di atas jamaah) termasuk salah satu kaedah Islam.

 

Az-Zahabi juga mendhaifkan hadith ini dalam al-Talkhish.

 

Abu Nua'im menilai hadith ini gharib

 

Ibnu Hajar menilai hadith ini gharib dalam Muwafiqah 1/109

 

al-Mubarakuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 6/16 menilai hadith ini dhaif, akan tetapi mempunyai syawahid.

 

Hadith ini, menurut Syeikh al-Albani adalah sahih, khususnya sampai kalimat: ....tangan Allah bersama Jamaah."  Sedangkan tambahan kalimat: barang siapa yang menyendiri.. dst, adalah dhaif.

 

Antara hadith penyokong lain adalah dari Musnad Ahmad riwayat dari Abu Basrah al-Ghifari ra yang dinilai sahih oleh Syeikh al-Arnauth.

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأَلْتُ رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ أَرْبَعًا فَأَعْطَانِي ثَلَاثًا وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً سَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَجْمَعَ أُمَّتِي عَلَى ضَلَالَةٍ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يُهْلِكَهُمْ بِالسِّنِينَ كَمَا أَهْلَكَ الْأُمَمَ قَبْلَهُمْ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَلْبِسَهُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَهُمْ بَأْسَ بَعْضٍ فَمَنَعَنِيهَا

 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Aku meminta kepada Rabbku Azza wa Jalla empat perkara, lalu Dia memberiku tiga perkara dan menolak satu perkara: aku meminta kepada Rabbku agar umatku tidak bersepakat atas kesesatan lalu Dia mengabulkannya, lalu aku meminta Allah Azza wa Jalla agar tidak membinasakan kalian dengan masa kesusahan sebagaimana dibinasakannya umat sebelum kalian lalu Dia mengabulkannya, dan aku meminta Allah Azza wa Jalla agar tidak menjadikan mereka bergolong-golongan dan sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain, namun Dia menolaknya." (HR. Ahmad no. 27224, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 2171 sahih lighairih).

 

Dalam Fatwa Syabakah Ilsamiyah no. 285655 ketika menyarahkan hadith ini, fatwa menyebutkan kesimpulan hadith ini berstatus hasan disisi ulama muassirin dengan pengumpulan semua jalan riwayatnya.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 285655

 

http://hadith.islam-db.com/narrators/3593/سليمان-بن-سفيان

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...