Takhrij

Sunday, 11 July 2021

Nabi Isa as akan menikah selepas turun semula ke bumi

 

Hal ini ada disebutkan dalam beberapa kitab antaranya:

 

 

ينزل عيسى ابنُ مريمَ إلى الأرض، فيتزوج ويولدُ له، ويمكث خمسًا وأربعين سنةً، ثم يموت، فيدفن معي في قبري، فأقوم أنا وعيسى ابنُ مريمَ في قبرٍ واحدٍ بين أبي بكرٍ وعمرَ

 

Isa bin Maryam akan turun ke bumi. Beliau nantinya akan berkahwin, mempunyai anak, tinggal selama 45 tahun di bumi dan kemudiannya akan meninggal. Maka dia akan dikebumikan bersamaku dalam kuburku. Lalu pada hari kiamat nanti aku dan Isa bin Maryam akan dibangkitkan dari kubur yang sama antara kubur Abu Bakar dan Umar.

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi Duniya sepertimana disebutkan oleh az-Zahabi dalam Mizanul ‘Itidal 2/562-563, Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah 2/433 no. 1529, al-Muntazham 2/39, al-Wafa 2/814, daripada Abdullah bin Amru ra.

 

Ibnu Jauzi dan Az-Zahabi mendhaifkan hadith ini.

 

Ibnu Hajar juga ada membawakan riwayat yang hampir semakna daripada Aisyah, dan beliau berkomentar hadith tersebut tidak tsabit dalam Fathul Bari 7/66.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6562.

 

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengisyaratkan kedhaifan hadith ini kerana bercanggah dengan hadith yang sahih bahawa Nabi Isa hanya tinggal di bumi selama 40 tahun bukan 45 tahun seperti hadith di atas (At Tasrih Bima Tawatara Fi Nuzulil Masih hal. 240).

 

 

Juga terdapat beberapa riwayat seperti:-

 

واما عيسى عليه السلام فإنه سينكح اذا نزل الأرض ويولد له

 

Adapun Nabi 'Isa 'alaihis salam juga akan berkahwin ketika diturunkan ke bumi ini dan juga akan dikurniakan anak (Ihya 'Ulumiddin 2/22, syamilah)

 

 

ثم أن عيسى يتزوج بإمرآة من أهل عسقلان ويولد له ولدان منها ثم أن عيسى عليه السلام يحج إلى بيت الله الحرام ويزور قبر محمد صلى الله عليه وسلم فيمرض هناك فيموت ويدفن إلى جانب قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم

 

Kemudian sesungguhnya Isa as menikah dengan wanita dari penduduk Asqalan dan dikurniaikan 2 anak kemudian Isa as menunaikan haji ke baitullah al-haram dan berziarah di makam Nabi Muhammad saw lalu beliau sakit disana dan akhirnya wafat pula disana dan disemayamkan disamping makam Nabi Muhammad saw. (Bada'i izzuhur hal. 162, DDKI, tanpa sanad).

 

Dan riwayat Nabi Isa as berkahwin dan dikurniakan dua anak ini juga ada disebutkan oleh al-Qurthubi dalam Tazkirah Qurtubi 1/755 daripada Ka’ab bin Ahbar ra juga tanpa sanad yang lengkap.

 

و قال كعب الأحبار: إن عيسى عليه السلام يمكث في الأرض أربعين سنة و يكثر الخير على يديه و تنزل البركات في الأرزاق حتى إن العنبة ليأكل منها الرجل حاجته و يفضل و القطف من العنب يأكل منه الجمع الغفير و الخلق الكثير حتى إن الرمانة لتثقل الجمل و حتى إن الحي لعبر بالميت فيقول: قم فانظر ما أنزله الله من البركة و أن عيسى عليه السلام يتزوج بامرأة من آل فلان و يرزق منها و لدين فيسمى أحدهما محمد و الآخر موسى و يكون الناس معه على خير و في خير زمان و ذلك أربعين سنة ثم يقبض الله روح عيسى و يذوق الموت و يدفن إلى جانب النبي صلى الله عليه

 

Ka’ab bin Ahbar menyebutkan: Sesungguhnya Nabi Isa as akan tinggal di bumi selama empat puluh tahun setelah diturunkan. Kehadirannya akan mendatangkan kebaikan yang banyak serta rezeki yang melimpah, dimana satu biji anggur akan mengenyangkan orang yang memakannya, bahkan masih berlebih baginya; sekeranjang anggur akan dapat mengenyangkan orang banyak, dan jika orang hidup akan berkata kepada orang mati, "Bangunlah engkau dan lihatlah keberkahan yang telah diturunkan Allah SWT saat ini!" la (Nabi Isa) akan berkahwin dengan seorang perempuan dari keluarga si fulan dan akan mendapatkan dua orang anak laki-laki darinya, yang pertama bernama Muhammad sedangkan yang kedua bernama Musa. Manusia semuanya menjadi sejahtera bersamanya dan kejadian ini hanya berlangsung selama empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mencabut ruh Nabi Isa dan merasakan pedihnya rasa mati kepadanya. Jenazahnya akan dimakamkan di kuburan Rasulullah saw.

 

Rujukan

 

https://hadithanswers.com/a-narration-regarding-isa-alayhis-salam/

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 115840, 117065

 

https://al-maktaba.org/book/31615/21230

No comments:

Post a Comment