Sunday, 11 July 2021

Peristiwa ajaib ketika turunnya ayat kursi?

 

 

نزلت آية الكرسي في المدينة المنورة في الليل، ويقال إنّ جميع الأصنام في الدنيا خرت لنزولها، كما أنّ جميع الشياطين لاذت بالفرار حين نزولها لفضلها وقدرها عند المولى عز وجل

 

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam setelah Rasulullah saw hijrah dari kota Makkah ke Madinah............

 

 

Takhrij

 

Ini bukanlah hadith Nabi saw, melainkan ucapan tabien, Muhammad bin al-Hunaifiyyah ra, sepertimana disebutkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya pada ayat 255 surah al-Baqarah.

 

 

لما نزلت آية الكرسي خر كل صنم في الدنيا، وكذلك خر كل ملك في الدنيا وسقطت التيجان عن رؤوسهم، وهربت الشياطين يضرب بعضهم على بعض إلى أن أتوا إبليس فأخبروه بذلك فأمرهم أن يبحثوا عن ذلك، فجاءوا إلى المدينة فبلغهم أن آية الكرسي قد نزلت

 

Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dunia ini bergoncang ,segala mahkota yang ada di kepala raja-raja terjatuh , dan syaitan lari bertempiaran , berlanggaran sesama sendiri .Syaitan berkumpul menemui Iblis lantas Iblis menyuruh mereka mencari dan menyelidik punca berlakunya keadaan yang menggemparkan itu. Akhirnya mereka tiba ke Madinah dan mendapati Ayat Kursi diturunkan.

 

Menurut sebuah riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengiring kerana kebesaran dan kemuliaan ayat berkenaan.

 

Sumber tersebut:-

 

قال ابن حبيب ، وتبعه ابن النقيب ; من القرآن ما نزل مشيعا ، وهو سورة الأنعام ، شيعها سبعون ألف ملك ، وفاتحة الكتاب ، نزلت ومعها ثمانون ألف ملك ،  وآية الكرسي ، نزلت ومعها ثلاثون ألف ملك  . وسورة يس نزلت ومعها ثلاثون ألف ملك . واسأل من أرسلنا من قبلك من رسلنا [ الزخرف : 45 ] نزلت ومعها عشرون ألف ملك ، وسائر القرآن نزل به جبريل مفردا بلا تشييع

 

Takhrij

 

Ini juga bukan hadith Nabi saw, melainkan ucapan Ibnu Habaib sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam al-Itqan 1/147.

 

 

Yang diperselisihkan darjat, adalah riwayat

 

عن معقل بن يسار : أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : البقرة سنام القرآن وذروته ، نزل مع كل آية منها ، ثمانون ملكا واستخرجت الله لا إله إلا هو الحي القيوم من تحت العرش فوصلت بها

 

Dari Ma'qil bin Yasar, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Al Baqarah adalah Al Qur'an kedudukan yang tertinggi dan puncaknya. Lapan puluh Malaikat turun menyertai masing-masing ayatnya. Laa ilaaha illaahu wal hayyul qayyuum di bawah 'Arasy, lalu ia digabungkan dengannya (HR. Ahmad no. 20300).

 

Sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth.

 

Hadith ini dinilai munkar oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6843.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 96571, 135452

 

https://youtu.be/jIprkMtRZ-8

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...