Berikut 10 contoh teladan dari
ulama salaf di mana ketika berusia senja, mereka masih semangat dalam
mempelajari Islam.
Teladan 1 – Dari para sahabat
radhiyallahu ‘anhum
Imam Bukhari menyebutkan dalam
kitab sahihnya, “Para sahabat belajar pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
baru ketika usia senja”.
Teladan 2 – Perkataan Ibnul
Mubarak
Dari Na’im bin Hammad, ia berkata
bahawa ada yang bertanya pada Ibnul Mubarak, “Sampai bilakah engkau menuntut
ilmu?” “Sampai mati insya Allah”, jawab Ibnul Mubarak.
Teladan 3 – Perkataan Abu ‘Amr
ibnu Al ‘Alaa’
Dari Ibnu Mu’adz, ia berkata
bahawa ia bertanya pada Abu ‘Amr ibnu Al ‘Alaa’, “Sampai bila waktu terbaik
untuk belajar bagi seorang muslim?” “Selama hayat masih dikandung badan”, jawab
beliau.
Teladan 4 – Teladan dari Imam
Ibnu ‘Aqil
Imam Ibnu ‘Aqil berkata, “Aku
tidak pernah menyia-nyiakan waktuku dalam umurku walau sampai hilang lisanku
untuk berbicara atau hilang penglihatanku untuk banyak menelaah. Fikiranku
masih saja terus bekerja ketika aku beristirehat. Aku tidaklah bangkit dari
tempat dudukku kecuali jika ada yang membahayakanku. Sungguh aku baru mendapati
diriku begitu semangat dalam belajar ketika aku berusia 80 tahun. Semangatku
ketika itu lebih dahsyat daripada ketika aku berusia 30 tahun”.
Teladan 5 – Teladan dari Hasan
bin Ziyad
Az Zarnujiy berkata, “Hasan bin
Ziyad pernah masuk di suatu majlis ilmu untuk belajar ketika usianya 80 tahun.
Dan selama 40 tahun ia tidak pernah tidur di katil”.
Teladan 6 – Teladan dari Ibnul
Jauzi
Kata Az-Zahabii, “Ibnul Jauzi
pernah membaca Wasith di hadapan Ibnul Baqilani dan kala itu ia berusia 80
tahun.”
Teladan 7 – Teladan dari Imam Al
Qaffal
Al Imam Al Qaffal menuntut ilmu
ketika ia berusia 40 tahun.
Teladan 8 – Teladan dari Ibnu
Hazm
Ketika usia 26 tahun, Ibnu Hazm
belum mengetahui bagaimana cara solat wajib yang benar. Asal dia mulai menimba
ilmu diin (agama) adalah ketika ia menghadiri jenazah seorang terpandang dari
saudara ayahnya. Ketika itu ia masuk masjid sebelum solat ‘Asar, lantas ia
langsung duduk tidak mengerjakan solat sunnah tahiyatul masjid. Lalu ada
gurunya yang berkata sambil berisyarat, “Ayuh berdiri, solatlah tahiyatul
masjid”. Namun Ibnu Hazm tidak faham. Ia lantas diberitahu oleh orang-orang
yang bersamanya, “Kamu tidak tahu kalau solat tahiyatul masjid itu wajib?”(*)
Ketika itu Ibnu Hazm berusia 26 tahun. Ia lantas merenung dan baru memahami apa
yang dimaksudkan oleh gurunya.
Kemudian Ibnu Hazm melakukan
solat jenazah di masjid. Lalu ia berjumpa dengan kerabat si mayit. Setelah itu
ia kembali memasuki masjid. Ia segera melaksanakan solat tahiyatul masjid.
Kemudian ada yang berkata pada Ibnu Hazm, “Ayuh duduk, ini bukan waktu untuk
solat”(**).
Setelah dinasihati seperti itu,
Ibnu Hazm akhirnya mahu belajar agama lebih dalam. Ia lantas menanyakan di mana
guru tempat ia boleh menimba ilmu. Ia mulai belajar pada Abu ‘Abdillah bin
Dahun. Kitab yang ia pelajari adalah mulai dari kitab Al Muwatha’ karya Imam
Malik bin Anas.
* Perlu diketahui bahawa hukum
shalat tahiyatul masjid menurut jumhur –majoriti ulama- adalah sunnah.
Sedangkan menurut ulama Zhahiriyah, hukumnya wajib.
Menurut sebahagian ulama tidak boleh melakukan
solat tahiyatul masjid di waktu terlarang untuk solat seperti selepas solat
Asar. Namun yang tepat, masih boleh solat tahiyatul masjid meskipun di waktu
terlarang solat kerana solat tersebut adalah solat yang ada sebab.
Teladan 9 – Teladan dari Syaikh
‘Izzuddin bin ‘Abdis Salam**
Beliau adalah ulama yang sudah
sangat tersohor dan memiliki lautan ilmu. Pada awalnya, Imam Al ‘Izz sangat
miskin ilmu dan beliau baru sibuk belajar ketika sudah berada di usia senja.
Teladan 10 – Teladan dari Syaikh
Yusuf bin Razaqullah
Beliau diberi umur yang panjang
hingga berada pada usia 90 tahun. Ia sudah sulit mendengar kala itu, namun
pancaindera yang lain masih baik. Beliau masih semangat belajar di usia senja
seperti itu dan semangatnya seperti pemuda 30 tahun.
Jika kita telah mengetahui 10
teladan di atas dan masih banyak bukti-bukti lainnya, maka seharusnya kita
lebih semangat lagi untuk belajar Islam. Dan belajar itu tidak pandang usia.
Mahu tua atau pun muda sama-sama punya kewajipan untuk belajar.
Imam Syafi’i rahimahullah
berkata,
مَنْ لَا يُحِبُّ الْعِلْمَ لَا خَيْرَ فِيهِ
“Siapa yang tidak mencintai ilmu
(agama), tidak ada kebaikan untuknya.”
Ya Allah berkahilah umur kami
dalam ilmu, amal dan dakwah. Wabillahit taufiq.
Rujukan
‘Uluwul Himmah hal. 202-206.
Mughnil Muhtaj ila Ma’rifati
Ma’ani Alfaazhil Minhaaj 1/31.
No comments:
Post a Comment