Thursday, 29 July 2021

Ulama yang menuntut ilmu pada usia yang lewat

 

Berikut 10 contoh teladan dari ulama salaf di mana ketika berusia senja, mereka masih semangat dalam mempelajari Islam.

 

Teladan 1 – Dari para sahabat radhiyallahu ‘anhum

 

Imam Bukhari menyebutkan dalam kitab sahihnya, “Para sahabat belajar pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru ketika usia senja”.

 

Teladan 2 – Perkataan Ibnul Mubarak

 

Dari Na’im bin Hammad, ia berkata bahawa ada yang bertanya pada Ibnul Mubarak, “Sampai bilakah engkau menuntut ilmu?” “Sampai mati insya Allah”, jawab Ibnul Mubarak.

 

Teladan 3 – Perkataan Abu ‘Amr ibnu Al ‘Alaa’

 

Dari Ibnu Mu’adz, ia berkata bahawa ia bertanya pada Abu ‘Amr ibnu Al ‘Alaa’, “Sampai bila waktu terbaik untuk belajar bagi seorang muslim?” “Selama hayat masih dikandung badan”, jawab beliau.

 

Teladan 4 – Teladan dari Imam Ibnu ‘Aqil

 

Imam Ibnu ‘Aqil berkata, “Aku tidak pernah menyia-nyiakan waktuku dalam umurku walau sampai hilang lisanku untuk berbicara atau hilang penglihatanku untuk banyak menelaah. Fikiranku masih saja terus bekerja ketika aku beristirehat. Aku tidaklah bangkit dari tempat dudukku kecuali jika ada yang membahayakanku. Sungguh aku baru mendapati diriku begitu semangat dalam belajar ketika aku berusia 80 tahun. Semangatku ketika itu lebih dahsyat daripada ketika aku berusia 30 tahun”.

 

Teladan 5 – Teladan dari Hasan bin Ziyad

 

Az Zarnujiy berkata, “Hasan bin Ziyad pernah masuk di suatu majlis ilmu untuk belajar ketika usianya 80 tahun. Dan selama 40 tahun ia tidak pernah tidur di katil”.

 

Teladan 6 – Teladan dari Ibnul Jauzi

 

Kata Az-Zahabii, “Ibnul Jauzi pernah membaca Wasith di hadapan Ibnul Baqilani dan kala itu ia berusia 80 tahun.”

 

Teladan 7 – Teladan dari Imam Al Qaffal

 

Al Imam Al Qaffal menuntut ilmu ketika ia berusia 40 tahun.

 

Teladan 8 – Teladan dari Ibnu Hazm

 

Ketika usia 26 tahun, Ibnu Hazm belum mengetahui bagaimana cara solat wajib yang benar. Asal dia mulai menimba ilmu diin (agama) adalah ketika ia menghadiri jenazah seorang terpandang dari saudara ayahnya. Ketika itu ia masuk masjid sebelum solat ‘Asar, lantas ia langsung duduk tidak mengerjakan solat sunnah tahiyatul masjid. Lalu ada gurunya yang berkata sambil berisyarat, “Ayuh berdiri, solatlah tahiyatul masjid”. Namun Ibnu Hazm tidak faham. Ia lantas diberitahu oleh orang-orang yang bersamanya, “Kamu tidak tahu kalau solat tahiyatul masjid itu wajib?”(*) Ketika itu Ibnu Hazm berusia 26 tahun. Ia lantas merenung dan baru memahami apa yang dimaksudkan oleh gurunya.

 

Kemudian Ibnu Hazm melakukan solat jenazah di masjid. Lalu ia berjumpa dengan kerabat si mayit. Setelah itu ia kembali memasuki masjid. Ia segera melaksanakan solat tahiyatul masjid. Kemudian ada yang berkata pada Ibnu Hazm, “Ayuh duduk, ini bukan waktu untuk solat”(**).

 

Setelah dinasihati seperti itu, Ibnu Hazm akhirnya mahu belajar agama lebih dalam. Ia lantas menanyakan di mana guru tempat ia boleh menimba ilmu. Ia mulai belajar pada Abu ‘Abdillah bin Dahun. Kitab yang ia pelajari adalah mulai dari kitab Al Muwatha’ karya Imam Malik bin Anas.

 

* Perlu diketahui bahawa hukum shalat tahiyatul masjid menurut jumhur –majoriti ulama- adalah sunnah. Sedangkan menurut ulama Zhahiriyah, hukumnya wajib.

 

 Menurut sebahagian ulama tidak boleh melakukan solat tahiyatul masjid di waktu terlarang untuk solat seperti selepas solat Asar. Namun yang tepat, masih boleh solat tahiyatul masjid meskipun di waktu terlarang solat kerana solat tersebut adalah solat yang ada sebab.

 

Teladan 9 – Teladan dari Syaikh ‘Izzuddin bin ‘Abdis Salam**

 

Beliau adalah ulama yang sudah sangat tersohor dan memiliki lautan ilmu. Pada awalnya, Imam Al ‘Izz sangat miskin ilmu dan beliau baru sibuk belajar ketika sudah berada di usia senja.

 

Teladan 10 – Teladan dari Syaikh Yusuf bin Razaqullah

 

Beliau diberi umur yang panjang hingga berada pada usia 90 tahun. Ia sudah sulit mendengar kala itu, namun pancaindera yang lain masih baik. Beliau masih semangat belajar di usia senja seperti itu dan semangatnya seperti pemuda 30 tahun.

Jika kita telah mengetahui 10 teladan di atas dan masih banyak bukti-bukti lainnya, maka seharusnya kita lebih semangat lagi untuk belajar Islam. Dan belajar itu tidak pandang usia. Mahu tua atau pun muda sama-sama punya kewajipan untuk belajar.

 

Imam Syafi’i rahimahullah berkata,

 

مَنْ لَا يُحِبُّ الْعِلْمَ لَا خَيْرَ فِيهِ

 

“Siapa yang tidak mencintai ilmu (agama), tidak ada kebaikan untuknya.”

 

Ya Allah berkahilah umur kami dalam ilmu, amal dan dakwah. Wabillahit taufiq.

 

 

Rujukan

 

‘Uluwul Himmah hal. 202-206.

 

Mughnil Muhtaj ila Ma’rifati Ma’ani Alfaazhil Minhaaj 1/31.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...