Takhrij

Thursday, 19 August 2021

Baca al-Ikhlas 1000 kali pada hari Asyura?

 

Teks sebaran

 

Dikatakan diriwayatkan oleh Ibn Jauzi dalam al-Majalis hal. 73-74, Saidina Ali  ra berkata:-

 

 

 مَنْ قَرَأَ فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ أَلْفَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ وَمَنْ نَظَرَ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا

 

Terjemahan

 

Barangsiapa yang membaca 1000 kali surah al-Ikhlas pada hada hari Asyura, maka Allah akan memandang-Nya. Siapa yang dipandang oleh Allah, maka Dia tidak akan mengazabnya selamanya

 

Takhrij

 

Atsar ini tidak sahih dan tidak ditemukan asal dalam kitab muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 297258), malahan ia ditemukan dalam kitab Syiah iaitu kitab al-Iqbal al-'Amal oleh Sayyid ibn Thawus 3/80, Wasail Syiah 10/459 no. 13845 dan Bihar al-Anwar 98/343:-

 

فيما نذكره من فضل قراءة (قل هو الله أحد) في يوم عاشوراء روي عن الصادق عليه السلام أنه قال: من قرأ يوم عاشوراء الف مرة سورة الاخلاص، نظر الرحمان إليه، ومن نظر الرحمان إليه لم يعذبه ابدا

 

Berkaitan apa yang kami sebutkan tentang kelebihan membaca surah al-Ikhlas pada hari 'Asyura. Diriwayatkan daripada Al-Sadiq 'alaihissalam bahawa beliau berkata: Sesiapa membaca pada hari 'Asyura 1000 kali surah al-Ikhlas, Al-Rahman akan melihat kepadanya, sesiapa yang Al-Rahman melihat kepada, dia tidak akan diazab selamanya.

 

Ia juga ditemukan dalam kitab al-Zikr oleh ulama Syiah Zaidiyah Muhammad bin Mansur Muradi (W290h) 1/216 no. 495. Dengan sanad berikut:

 

حدثنا عبد الله بن داهر، عن أبيه، عن سعيد ]بن أبي عروبة[، عن الأصبغ، عن علي بن أبي طالب

 

Syeikh al-Albani mengatakan fadhilat membaca 1000 kali surah al-Ikhlas ini tidak diketahui kestabitannya dan perawinya malah wahi jiddan (sangat lemah) dalam Silsilah Hadith Dhaif 6/333.

 

Ibnu al-Qayyim menyebutkan dalam Al-Manar Al-Munif hal. 103:-

 

لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل

 

Tidak sahih apa-apa riwayatpun, tidak sahih daripada Nabi s.a.w apa-apa amalan pun melainkan hadith puasa ('Asyura). Apa yang selainnya adalah bathil.




Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 297258

 

https://www.facebook.com/groups/625704830955579/permalink/1685289428330442/?sfnsn=mo&ref=share

 

https://bit.ly/37TFEC3

 

https://al-majalis.org/books/wp-content/plugins/books-lib/readers/wp-html-reader-iframe.php?id=481&perpage=&page=44&lang=ar_YE

No comments:

Post a Comment