Teks sebaran
Dikatakan diriwayatkan oleh Ibn
Jauzi dalam al-Majalis hal. 73-74, Saidina Ali ra berkata:-
مَنْ قَرَأَ فِيْ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ أَلْفَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ وَمَنْ نَظَرَ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا
Terjemahan
Barangsiapa yang membaca 1000
kali surah al-Ikhlas pada hada hari Asyura, maka Allah akan memandang-Nya.
Siapa yang dipandang oleh Allah, maka Dia tidak akan mengazabnya selamanya
Takhrij
Atsar ini tidak sahih dan tidak
ditemukan asal dalam kitab muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 297258),
malahan ia ditemukan dalam kitab Syiah iaitu kitab al-Iqbal al-'Amal oleh
Sayyid ibn Thawus 3/80, Wasail Syiah 10/459 no. 13845 dan Bihar al-Anwar
98/343:-
فيما نذكره من فضل قراءة (قل هو الله أحد) في يوم عاشوراء روي عن الصادق عليه السلام أنه قال: من قرأ يوم عاشوراء الف مرة سورة الاخلاص، نظر الرحمان إليه، ومن نظر الرحمان إليه لم يعذبه ابدا
Berkaitan apa yang kami sebutkan
tentang kelebihan membaca surah al-Ikhlas pada hari 'Asyura. Diriwayatkan
daripada Al-Sadiq 'alaihissalam bahawa beliau berkata: Sesiapa membaca pada
hari 'Asyura 1000 kali surah al-Ikhlas, Al-Rahman akan melihat kepadanya, sesiapa
yang Al-Rahman melihat kepada, dia tidak akan diazab selamanya.
Ia juga ditemukan dalam kitab
al-Zikr oleh ulama Syiah Zaidiyah Muhammad bin Mansur Muradi (W290h) 1/216 no.
495. Dengan sanad berikut:
حدثنا عبد الله بن داهر، عن أبيه، عن سعيد ]بن أبي عروبة[، عن الأصبغ، عن علي بن أبي طالب
Syeikh al-Albani mengatakan
fadhilat membaca 1000 kali surah al-Ikhlas ini tidak diketahui kestabitannya
dan perawinya malah wahi jiddan (sangat lemah) dalam Silsilah Hadith Dhaif
6/333.
Ibnu al-Qayyim menyebutkan dalam
Al-Manar Al-Munif hal. 103:-
لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل
Tidak sahih apa-apa riwayatpun,
tidak sahih daripada Nabi s.a.w apa-apa amalan pun melainkan hadith puasa ('Asyura).
Apa yang selainnya adalah bathil.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 297258
https://www.facebook.com/groups/625704830955579/permalink/1685289428330442/?sfnsn=mo&ref=share
https://bit.ly/37TFEC3
No comments:
Post a Comment