Takhrij

Wednesday, 18 August 2021

Hadith hari Rabu

 

 

1. Hari diciptakan matahari

 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

وَخَلَقَ النُّورَ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ

 

Dan (Allah) menciptakan cahaya matahari pada hari Rabu (HR. Muslim no. 2789)

 

 

2. Doa diterima di hari Rabu setelah tergelincirnya matahari

 

 

دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَسْجِدِ الْأَحْزَابِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الثُّلَاثَاءِ وَيَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ فَاسْتُجِيبَ لَهُ يَوْمُ الْأَرْبِعَاءِ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ فَعَرَفْنَا الْبِشْرَ فِي وَجْهِهِ

 

Rasulullah Saw berdoa di Masjid Al-Ahzab di hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kemudian doanya diterima di hari Rabu antara dua solat Zuhur dan Asar, lalu kami mengetahui kegembiraan di wajahnya (HR. Ahmad no. 14563, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3874, daripada Jabir ra, hasan al-Albani dalam Sahih Adabul Mufrad no. 542).

 

Pengamalan hadith ini terbahagi kepada 2-

 

a) sengaja berdoa pada rabu seperti pendapat al-Baihaqi, Syeikh al-Albani.

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, setelah menyatakan lemahnya hadith ini, beliau berkata:

 

وهذا الحديث يعمل به طائفة من أصحابنا وغيرهم فيتحرون الدعاء في هذا

 

Hadith ini diamalkan oleh beberapa orang ulama mazhab kami dan yang selain mereka. Sehingga mereka bersengaja berdoa di waktu tersebut” (Iqtidha’ Shiratil Mustaqim, 1/433).

 

Syeikh al-Albani berkata, Namun ketika sahabat Jabir ini mengamalkan juga apa yang dilihatnya dari Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam, pada hari dan waktu yang sama, kemudian juga dikabulkan. Maka perkara ini kita fahami melalui perantaraan beliau bahawa amalan ini sunnah ta’abudiyah bukan kebetulan saja” (Syarah Shahih Al Adabul Mufrad karya Syaikh Husain Al Awaisyah, 2/380-381).

 

 

b) Sebahagian ulama berpendapat bahawa andai hadithnya hasan, tidak menunjukkan bahawa dianjurkan berdoa antara zuhur dan asar di hari Rabu. Kerana itu hanya perkara yang kebetulan saja.

 

 

 

3. Hari pekerjaan sempurna

 

مَا مِنْ شَيْءٍ بُدِئَ بِهِ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ إِلَّا وَقَدْ تَمَّ.

 

Tiada pekerjaan yang dimulai pada hari Rabu kecuali pasti akan maksimal/sempurna (Dinukilkan oleh as-Sakhawi dalam al-Maqasid Hasanah hal. 574-575, dan beliau berkomentar hadith tersebut tiada asal).

 

 

4. Hari terbaik untuk menanam

 

من غرس يومَ الأربعاءِ فقال : سبحانَ الباعثِ الوارثِ ، أتتْهُ بأُكُلِها

 

Barangsiapa menanam di hari Rabu, kemudian dia mengucapkan ‘Subhaanal baa-‘itsil waaritsi’, maka ia akan mendatangkan banyak makanan padanya (HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/121, daripada Jabir ra. Dhaif menurut az-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/382).

 

 

5. Hari celaka

 

يَوْم نَحس قَالُوا وَكَيْفَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أغرق الله فِرْعَوْن وَقَومه وَأهْلك عادًا وثمودًا

 

(Hari Rabu) adalah hari celaka.” Lalu para sahabat bertanya lagi: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “(Pada hari tersebut) Allah telah menenggelamkan Firaun dan kaumnya serta telah membinasakan (kaum) 'Ad dan Thamud (Dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam al-La’ali al-Masnu’ah 1/442, daripada Anas ra, hadith palsu, terdapat perawi tertuduh dusta yakni Abu Akhyal)

 

matan lain,

 

يَوْمُ الأَرْبِعَاءِ يَوْمُ نَحْسٍ مُسْتَمِرٍّ

 

Hari Rabu adalah hari kecelakaan yang berterusan (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no.797, daripada Jabir ra, palsu menurut as-Sha'nani dalam al-Fawaid al-Majmuah 1/438 selain Ibnu Jauzi, Mulla Ali Qari dan As-Sakhawi).

No comments:

Post a Comment