1. Hari diciptakan matahari
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa
Nabi SAW bersabda:
وَخَلَقَ النُّورَ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ
Dan (Allah) menciptakan cahaya
matahari pada hari Rabu (HR. Muslim no. 2789)
2. Doa diterima di hari Rabu
setelah tergelincirnya matahari
دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَسْجِدِ الْأَحْزَابِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الثُّلَاثَاءِ وَيَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ فَاسْتُجِيبَ لَهُ يَوْمُ الْأَرْبِعَاءِ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ فَعَرَفْنَا الْبِشْرَ فِي وَجْهِهِ
Rasulullah Saw berdoa di Masjid
Al-Ahzab di hari Isnin, Selasa dan Rabu. Kemudian doanya diterima di hari Rabu
antara dua solat Zuhur dan Asar, lalu kami mengetahui kegembiraan di wajahnya
(HR. Ahmad no. 14563, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3874, daripada Jabir
ra, hasan al-Albani dalam Sahih Adabul Mufrad no. 542).
Pengamalan hadith ini terbahagi
kepada 2-
a) sengaja berdoa pada rabu
seperti pendapat al-Baihaqi, Syeikh al-Albani.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah,
setelah menyatakan lemahnya hadith ini, beliau berkata:
وهذا الحديث يعمل به طائفة من أصحابنا وغيرهم فيتحرون الدعاء في هذا
“Hadith ini diamalkan oleh
beberapa orang ulama mazhab kami dan yang selain mereka. Sehingga mereka
bersengaja berdoa di waktu tersebut” (Iqtidha’ Shiratil Mustaqim, 1/433).
Syeikh al-Albani berkata, Namun
ketika sahabat Jabir ini mengamalkan juga apa yang dilihatnya dari Rasulullah
shalallahu’alaihi wasallam, pada hari dan waktu yang sama, kemudian juga
dikabulkan. Maka perkara ini kita fahami melalui perantaraan beliau bahawa
amalan ini sunnah ta’abudiyah bukan kebetulan saja” (Syarah Shahih Al Adabul
Mufrad karya Syaikh Husain Al Awaisyah, 2/380-381).
b) Sebahagian ulama berpendapat
bahawa andai hadithnya hasan, tidak menunjukkan bahawa dianjurkan berdoa antara
zuhur dan asar di hari Rabu. Kerana itu hanya perkara yang kebetulan saja.
3. Hari pekerjaan sempurna
مَا مِنْ شَيْءٍ بُدِئَ بِهِ يَوْمَ الْأَرْبِعَاءِ إِلَّا وَقَدْ تَمَّ.
Tiada pekerjaan yang dimulai pada
hari Rabu kecuali pasti akan maksimal/sempurna (Dinukilkan oleh as-Sakhawi dalam
al-Maqasid Hasanah hal. 574-575, dan beliau berkomentar hadith tersebut tiada
asal).
4. Hari terbaik untuk menanam
من غرس يومَ الأربعاءِ فقال : سبحانَ الباعثِ الوارثِ ، أتتْهُ بأُكُلِها
Barangsiapa menanam di hari Rabu,
kemudian dia mengucapkan ‘Subhaanal baa-‘itsil waaritsi’, maka ia akan
mendatangkan banyak makanan padanya (HR. Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/121,
daripada Jabir ra. Dhaif menurut az-Zahabi dalam Mizan al-'Itidal 2/382).
5. Hari celaka
يَوْم نَحس قَالُوا وَكَيْفَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أغرق الله فِرْعَوْن وَقَومه وَأهْلك عادًا وثمودًا
(Hari Rabu) adalah hari celaka.”
Lalu para sahabat bertanya lagi: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: “(Pada hari tersebut) Allah telah menenggelamkan Firaun dan kaumnya serta
telah membinasakan (kaum) 'Ad dan Thamud (Dinukilkan oleh as-Suyuthi dalam
al-La’ali al-Masnu’ah 1/442, daripada Anas ra, hadith palsu, terdapat perawi
tertuduh dusta yakni Abu Akhyal)
matan lain,
يَوْمُ الأَرْبِعَاءِ يَوْمُ نَحْسٍ مُسْتَمِرٍّ
Hari Rabu adalah hari kecelakaan
yang berterusan (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no.797, daripada Jabir
ra, palsu menurut as-Sha'nani dalam al-Fawaid al-Majmuah 1/438 selain Ibnu
Jauzi, Mulla Ali Qari dan As-Sakhawi).
No comments:
Post a Comment