Matan hadith
من عجز منكُم عن اللَّيلِ أن يُكابِدَه، وبخِلَ بالمالِ أن يُنفِقَه، وجبُنَ عن العدوِّ أن يُجاهِدَه، فليُكْثِرْ ذكرَ اللهِ
Terjemahan
Barangsiapa di antara kalian
lemah beribadah pada malam hari dan tidak mampu menginfakkan hartanya (sedekah
sunnah) kerana perasaan kedekut dan tidak mampu berjihad kerana takut, maka
perbanyaklah zikir
Takhrij
HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no.
4904, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 11121, al-Baihaqi dalam Syuabul
Iman no. 508, daripada Ibnu Abbas ra.
al-Bazzar mengisyaratkan
kemaqbulan hadith ini.
Ibn Qatthan dalam al-Wahm wa
al-I' ham 5/333, menilai hadith ini berlegar antara hasan atau sahih.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini sahih lighairih dalam Sahih Targhib no. 1496
No comments:
Post a Comment