Matan hadith
ليأتين على جهنم يوم تصفق فيه أبوابها ليس فيها أحد
Terjemahan
Akan tiba saatnya ketika neraka Jahanam
ditutup rapat pintu-pintunya dan di dalamnya tidak ada seorang pun dari umat
Muhammad
Takhrij
HR. al-Bazzar sepertimana
disebutkan Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Kafi al-Syaf 2/414, daripada
Abdullah bin Amru al-Ash ra. Ibnu Adi juga meriwayatkannya hadith sama dari
Anas ra. Dan seorang lagi sahabat iaitu Abu Hurairah ra.
Hadith Anas dan Abu Hurairah
tidak sahih dan secara kesimpulannya, Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 606.
No comments:
Post a Comment