Hadith 1
Matan hadith
حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ: حَدَّثَنَا الصَّلْتُ بْنُ دِينَارٍ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى عَشَائِرِكُمْ وَأَقْرِبَائِكُمْ فِي قُبُورِهِمْ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا بِهِ، وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ أَلْهِمْهُمْ أَنْ يَعْمَلُوا بِطَاعَتِكَ "
Terjemahan
Abu Daud telah menyampaikan
hadith kepada kami: Ash-Shalt bin Dinar telah menyampaikan hadith ke kami dari
al-Hasan dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu anhuma dia berkata,"
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda," Sesungguhnya amalan-amalan
kalian akan dilihatkan kepada keluarga dan kerabat kalian di kubur mereka. Jika
(melihat) amal yang baik, mereka merasa bahagia dengannya. Dan jika (melihat)
amal yang buruk, mereka berdoa, 'Ya Allah, berilah mereka ilham untuk melakukan
amal taat kepada-Mu"
Takhrij
HR. Abu Daud ath-Thayalisi 3/340
no.1903. Di rangkaian perawi riwayat ini ada seorang perawi yang bernama
ash-Shalt bin Dinar. Dia dikritik oleh ramai nuqqad.
Imam Ahmad berkata: Dia hadithnya
ditinggalkan, orang-orang meninggalkan hadithnya. Ibnu Main berkata: Dia
bukanlah apa-apa (lemah). Amr bin Ali berkata: dia banyak salah, hadithnya
ditinggalkan. Yahya dan Abdurrahman tidak meriwayatkan darinya (Tahdzib
at-Tahdzib 4/434-435).
Hadith 2
Matan hadith
إِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَايِرِكُمْ مِنَ الْأَمْوَاتِ فَإِنْ كَانَ خَيْرًا اسْتَبْشَرُوا وَإِنْ كَانَ غَيْرَ ذَلِكَ قَالُوا: اللَّهُمَّ لَا تُمِتْهُمْ حَتَّى تَهْدِيَهُمْ كَمَا هَدَيْتِنَا
Terjemahan
Sesungguhnya amalan-amalan kamu
akan dibentangkan ke atas kaum kerabat kamu dan ahli keluarga kamu yang telah
mati. Jika baik (amalannya) maka mereka (yang telah mati) akan memberinya
khabar gembira. Adapun jika sebaliknya, mereka berkata: “ Ya Allah, janganlah
Kamu matikan mereka sehingga Kamu memberi mereka itu hidayah sebagaimana Engkau
telah memberi kami hidayah.”
Takhrij
HR. Ahmad no. 12683, daripada
Anas bin Malik ra.
Ibn Hajar al-Haithami mengatakan
di dalam riwayat Imam Ahmad ini terdapat perawi yang tidak dikenali. (Majma’
al-Zawaid 2/328-329).
Syeikh al-Arnauth menilai sanad
hadith ini dhaif disebabkan tidak diketahui perawi di antara Sufyan dan Anas
bin Malik.
Hadith 3
Matan hadith
تُعْرَضُ الْأَعْماَلُ يَومَ الْإِثْنَيْنِ وَ الْخَمِيْسِ عَلَى اللهِ وَ تُعْرَضُ عَلَى الْأَنْبِياَءِ وَ عَلَى الْآباَءِ وَ الْأُمَّهاَتِ الْجُمْعَةَ فَيَفْرَحُونَ بِحَسَناَتِهِمْ وَ تَزْداَدُ وُجُوهُهُمْ بَياَضاً وَ إِشْراَقاً فَاتَّقُوا اللهَ وَ لاَ تُؤْذُوا أَمْواَتَكُمْ
Terjemahan
Amal akan diperlihatkan pada hari
Isnin dan Khamis kepada Allah dan akan diperlihatkan kepada para Nabi dan ayah
ibunya pada hari Jumaat.
Takhrij
HR. al-Hakim al-Tirmidzi dalam
Nawadhir al Usul 2/260.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini maudhu' dalam Dhaif Jami' no. 2446.
Hadith 4
Matan hadith
وَإِنَّ أَعْمَالَكُمْ تُعْرَضُ عَلَى أَقَارِبِكُمْ وَعَشَائِرِكُمْ مِنْ أَهْلِ الآخِرَةِ ، فَإِنْ كَانَ خَيْرًا فَرِحُوا وَاسْتَبْشَرُوا
Terjemahan
Dan sesungguhnya amalan kamu akan
dibentangkan kepada kaum kerabat kamu dan juga keluarga kamu yang mana mereka
ini daripada kalangan ahli akhirat. Jika baik (amalan), mereka akan bergembira
dan menyampaikan khabar gembira tersebut.”
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam al-Mu’jam
al-Kabir no. 3887, daripada Abu Ayyub al-Ansari ra.
Dhaif menurut al-Haithami dalam
Majma Zawaid 2/330 kerana dhaifnya perawi bernama Maslamah bin Ali.Imam Bukhari
dan Ibnu Adi menilai beliau matrukul hadith (al-Kamil fi Dhuafa' 8/12).
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 864.
Hadith 5
Matan hadith
حياتي خير لكم؛ تحدثون ويحدث لكم، فإذا أنا مت كانت وفاتي خيراً لكم؛ تعرض عليَّ أعمالكم، فإذا رأيت خيراً حمدت الله، وإن رأيت شراً استغفرت الله لكم
Terjemahan
Hidupku adalah kebaikan kepada
kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu
sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku
ucapkan: Alhamdulillah, dan apa saja amal kamu yang aku dapati jahat, aku
memohon keampunan Allah untuk kamu.
Takhrij
HR. Ibu Sa'id dalam Thabaqat
al-Kubra no. 1990, al-Harits dalam Musnadnya no. 953 daripada Bakr al-Muzani
ra. Al-Bushiri dalam Ithaf al-Khiyarah 7/74 menilai hadith ini mursal dhaif.
Juga diriwayatkan oleh al-Bazzar
dalam Musnadnya 5/307, daripada Ibnu
Mas'ud ra dan telah dinilai dhaif oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith
Dhaif no. 975.
Secara kesimpulannya
hadith-hadith dalam bab (orang meninggal mengetahui perihal orang hidup) ini
tidak ada yang sahih untuk berhujah dengannya. Hal ini memerihalkan perkara
ghaib, maka perlulah dilihat dari sudut nas kerana hanya Allah swt yang
mengetahui perkara tersebut (https://www.alukah.net/sharia/0/141529/,Irsyad
al-Hadith no. 246, Fatwa Soaljawab Islam no. 277471).
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 246
https://www.alukah.net/sharia/0/141529/
Fatwa Soaljawab Islam no. 277471
No comments:
Post a Comment