Saturday, 11 September 2021

Hadith larangan membenci orang Arab

 

Rasulullah saw bersabda:

 

أَحِبُّوا الْعَرَبَ لِثَلاثٍ : لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

 

Cintailah oleh kamu akan Arab kerana tiga hal: kerana aku orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pembicaraan ahli syurga dengan bahasa Arab”. (HR. At- Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir no. 11441, al-Hakim 4/97, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/699, daripada Ibnu Abbas ra, munkar dan tiada asal menurut al-Uqaili dalam Dhuafa’ al-Kabir 3/349, palsu menurut az-Zahabi)

 

 dan

 

سَلْمَانَ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا سَلْمَانُ لَا تَبْغَضْنِي فَتُفَارِقَ دِينَكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَبْغَضُكَ وَبِكَ هَدَانَا اللَّهُ؟

.قَالَ: تَبْغَضُ العَرَبَ فَتَبْغَضُنِي

 

Dari Salman Radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,’Wahai Salman, janganlah engkau membenciku, dengan begitu maka engkau akan meninggalkan dienmu . Aku berkata,’Wahai Rasulullah, bagaimana aku membenci padamu sedangkan melalui padamu Allah memberi petunjuk kepada kami?’ Rasulullah bersabda,’Engkau membenci Arab, maka engkau membenciku'”. (HR. Tirmidzi no. 3927, hadith hasan gharib menurut Imam Tirmidzi, dhaif menurut syeikh al-Albani).

 

 

Kemudian dalam HR. At-Tirmidzi no. 3928, Rasulullah bersabda;

 

مَنْ غَشَّ الْعَرَبَ لَمْ يَدْخُلْ فِي شَفَاعَتِي وَلَمْ تَنَلْهُ مَوَدَّتِي

 

Barangsiapa menipu orang-orang Arab, maka ia tidak akan masuk dalam syafaaatku, dan tidak pula mendapatkan kasih sayangku (di Akhirat) (Hadith gharib menurut Imam Tirmidzi, dhaif jiddan atau palsu menurut Ibn Baz, palsu menurut syeikh al-Albani).

 

Ketika seseorang membenci bangsa Arab secara umum, maka ia telah membenci Rasulullah secara khusus atau ketika ia membenci bangsa Arab, maka hal itu boleh membuatnya membenci Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam. Maka hendaklah kita mewaspadai akan hal ini (Tuhfah Al Ahwadzi, 9/398).

 

حُبُّ الْعَرَبِ إِيمَانٌ، وَبُغْضُهُمْ نِفَاقٌ

 

Mencintai Arab adalah bukti keimanan, sedang membenci mereka adalah kemunafikan (HR. Hakim no. 6998, daripada Anas bin Malik ra,  dhaif menurut az-Zahabi dan juga syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2683)

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...