Takhrij

Saturday, 11 September 2021

Untaian ulama berkenaan keutamaan ilmu

 

 

Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانْظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ.

​“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah kepada siapa kalian mengambil agama kalian.”​ (Sahih Muslim, 1/7).

 

 

Sa’id Al Musayyib rahimahullah berkata:

 

لَيْسَتْ عِبَادَةُ اللَّه بِالصَّوْمِ وَالصَّلَاة وَلَكِنْ بِالْفِقْهِ فِيْ دِيْنِهِ

 

​"Ibadah kepada Allah itu bukan dengan puasa, solat akan tetapi dengan bertafaqquh (mempelajari) agamanya”​ (Mifatah Daaris Sa’aadah, Ibnu Qoyyim 1/389)

 

 

Muhammad bin Syihab Az Zuhri rahimahullah berkata:

 

«مَا عُبِدَ اللَّهُ بِمِثْلِ الْفِقْهِ»

 

​“Tidak ada bentuk mengibadahi Allah seperti mempelajari ilmu agama”​ (Mifatah Daaris Sa’aadah, Ibnu Qayyim 1/390)

 

 

Imam Al Hasan Bashri rahimahullah berkata ;

 

لَأَنْ أَتَعَلَّمَ بَابًا مِنْ الْعِلْمِ فَأُعَلِّمَهُ مُسْلِمًا أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ تَكُونَ لِي الدُّنْيَا كُلُّهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى

 

​“Sungguh aku mempelajari satu bab Ilmu lalu aku ajarkan kepada seorang muslim itu lebih aku cintai daripada aku memiliki dunia dan seluruh isinya lalu saya infaqkan di jalan Allah Ta’ala”​ (Al Majmu’ Syarah Al Muhadzab, An Nawawi 1/21)

 

 

Imam Syafi’i rahimahullah berkata:

 

طَلَبُ الْعِلْمِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ النَّافِلَةِ

 

​“Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunnah.”​ (Shifatush Shafwah, 2/251).

 

Beliau rahimahullah juga mengatakan:

 

لَيْسَ شَيْءٌ بَعْدَ الْفَرَائِضِ أَفْضَلَ مِنْ طَلَبِ الْعِلْمِ

 

​“Tidak ada sesuatu yang lebih utama setelah yang fardhu dibandingkan mencari ilmu”​ (Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab, An Nawawi 1/121)

 

 

Dalam gubahan syairnya Imam Syafi’i rahimahullah berkata:

 

تَعَلَّمْ فَلَيْسَ الْمَرْءُ يُوْلَدُ عَالِـمًــا

وَلَيْسَ أَخُوْ عِلْمٍ كَمَنْ هُوَ جَاهِـلُ

وَإِنَّ كَبِيْرَ الْقَوْمِ لَا عِلْمَ عِـنْـدَهُ

صَغِيْرٌ إِذَا الْتَفَتْ عَلَيْهِ الْجَحَافِلُ

وَإِنَّ صَغِيْرَ الْقَوْمِ إِنْ كَانَ عَالِمًا

كَبِيْرٌ إِذَا رُدَّتْ إِلَيْهِ الْمَحَـافِـلُ

 

Belajarlah, kerana tak seorangpun dilahirkan berilmu

Dan tidaklah orang yang berilmu seperti orang bodoh

Biarpun pembesar bangsa tapi tidak berilmu

Ia kecil ketika pasukan mengepungnya

Biarpun orang kecil tapi berilmu

Ia besar ketika banyak orang merujuk kepadanya” (Ad Diwan As Syafi’I hal. 69)

 

Penyair mengatakan dalam  gubahan syairnya:

 

مَا اْلفَخْرُ إِلَّا لِأَهْلِ اْلعِلْمِ إنَّهُمُو

عَلَى اْلهُدَى لِمَنِ اسْتَهْدَى أَدِلَّاءُ

وَقَدْرُ كُلِّ امْرِئٍ مَا كَانَ يُحْسِنُهُ

وَاْلجَاهِلُوْنَ لِأَهْلِ اْلعِلْمِ أَعدَاءُ

 

Tiada kemuliaan kecuali bagi ahli ilmu

Mereka pemandu jalan hidayah bagi pencarinya

Nilai setiap orang itu tergantung apa yang dia tekuni

sedangkan orang yang bodoh terhadap orang berilmu memusuhi " (Al Majmu’ Syarah Muhazzab 1/21).

 

Penyair lain mengatakan:

 

يُعَدُّ رَفِيْعُ القَوْمِ مَنْ كَانَ عَالِمًا

وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيْ قَوْمِهِ بِحَاسِبِ

وَإِنْ حَلَّ أَرْضًا عَاشَ فِيْهَا بِعِلْمِهِ

 وَمَا عَالِمٌ فِيْ بَلْدَةٍ بِغَرِيْبِ

 

Orang berilmu dipandang sebagai orang Petinggi bangsa,

meskipun tak tergolong orang bangsawan,

dibumi manapun ia tinggal tetap hidup dengan ilmunya,

dan seorang berilmu tak kan asing dinegeri manapun”. (Uyunul Akhbar, Ibnu Qutaibah, 2/136).

No comments:

Post a Comment