Takhrij

Monday, 21 February 2022

Hadith membantu penguasa dalam hal-hal keburukan di akhir zaman

 

Matan hadith

 

يكونُ في آخرِ الزَّمانِ أمراءُ ظلمه، ووُزَراءُ فسقه، وقضاةٌ خوَنةٌ، وفقَهاءُ كذبه، فمن أدرَكَهُم فلا يَكوننَّ لَهُم عرِّيفًا، ولا جابيًا، ولا خازنًا، ولا شُرطيًّا

 

 

Terjemahan

 

Kelak pada akhir zaman akan ada pemimpin-pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta. Barangsiapa di antara kamu nanti  sempat menemui zaman ini, maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak, kaki tangan kerajaan dan penguatkuasa untuk membantu keburukan yang telah mereka lakukan

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 4190, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 10/283, daripada Abu Hurairah ra.

 

Dalam kedua-dua riwayat tidak terdapat lafaz ‘kerana segala perbuatan mereka akan membawa mereka ke jalan neraka’ .  Ini merupakan lafaz tambahan.

 

Sanadnya dhaif menurut at-Thabarani kerana bersendiriannya Daud bin Sulaiman meriwayatkan hadith ini.

 

al-Azdi menilai Daud bin Sulaiman perawi yang terlalu lemah, terdapat juga perawi yang majhul Mu’awiyah bin al-Haitham. (Majma Zawaid 5/236).

 

Hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3309, dan syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Ibnu Hibban 10/447.

 

Rujukan

 

Irsyad al-Hadith no. 524

No comments:

Post a Comment