Terdapat ada tiga hadith
yang sering dijadikan dalil bolehnya menggunakan alat tasbih untuk menghitung zikir,
diantaranya sebagai berikut:
Pertama: Hadith Shafiyah binti Hayyi
(isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam) yang berbunyi:
عَنْ كِنَانَةَ مَوْلَى صَفِيَّةَ قَال سَمِعْتُ
صَفِيَّةَ تَقُولُ دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَبَيْنَ يَدَيَّ أَرْبَعَةُ آلَافِ نَوَاةٍ أُسَبِّحُ بِهَا فَقَالَ
لَقَدْ سَبَّحْتِ بِهَذِهِ أَلَا أُعَلِّمُكِ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَبَّحْتِ بِهِ
فَقُلْتُ بَلَى عَلِّمْنِي فَقَالَ قُولِي سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ خَلْقِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ صَفِيَّةَ
إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ هَاشِمِ بْنِ سَعِيدٍ الْكُوفِيِّ
وَلَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمَعْرُوفٍ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
“Dari Kinanah budak
Shafiyah berkata, saya mendengar Shafiyah berkata: Rasulullah pernah menemuiku
dan di tanganku ada empat ribu nawat (bijian kurma) yang aku pakai untuk
menghitung zikirku. Aku berkata,”Aku telah bertasbih dengan ini.” Rasulullah
bersabda,”Mahukah aku ajari engkau (dengan) yang lebih baik dari pada yang
engkau pakai bertasbih?” Saya menjawab,”Ajarilah aku,” maka Rasulullah
bersabda,”Ucapkanlah : سُبْحَانَ اللَّهِ
عَدَدَ خَلْقِهِ. (Maha Suci Allah sejumlah apa yang diciptakan oleh Allah dari
sesuatu).”
HR. Tirmidzi, beliau
berkata,”Hadith ini gharib. Saya tidak mengetahuinya, kecuali melalui jalan
ini, iaitu Hasyim bin Sa’id Al Kufi.” Ibnu Hajar dalam kitab At Taqrib
menyebutnya dhaif (lemah), begitu juga gurunya, Kinanah Maula Shafiyah
didhaifkan oleh Al Adzdi.
Kedua : Hadith yang diriwayatkan oleh
Sa’ad bin Abi Waqqash:
أَنَّهُ دَخَلَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى امْرَأَةٍ وَبَيْنَ يَدَيْهَا نَوًى أَوْ قَالَ حَصًى
تُسَبِّحُ بِهِ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُ عَلَيْكِ مِنْ هَذَا
أَوْ أَفْضَلُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي السَّمَاءِ وَسُبْحَانَ
اللَّهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِي الْأَرْضِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا بَيْنَ
ذَلِكَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ وَاللَّهُ أَكْبَرُ مِثْلَ
ذَلِكَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا
بِاللَّهِ مِثْلَ ذَلِكَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ
حَدِيثِ سَعْدٍ.
“Dia (Sa’ad bin Abi Waqqash) bersama
Rasulullah menemui seorang wanita dan di tangan wanita tersebut ada bijian atau
kerikil yang digunakan untuk menghitung tasbih (zikir). Rasulullah bersabda,”Mahukah
kuberitahu engkau dengan yang lebih mudah dan lebih afdhal bagimu dari pada
ini? (Ucapkanlah): Maha Suci Allah sejumlah ciptaanNya di langit, Maha Suci
Allah sejumlah ciptaanNya di bumi, Maha Suci Allah sejumlah ciptaanNya diantara
keduanya, Maha Suci Allah sejumlah ciptaanNya sejumlah yang Dia menciptanya,
dan ucapan: اللَّهُ أَكْبَرُ seperti itu, َالْحَمْدُ لِلَّهِ seperti itu, dan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ seperti itu.”
HR. Abu Daud 4/366; At-Tirmidzi
no. 3568 dan berkata,”Hadith hasan gharib.” Nasaie dalam Amal Al Yaum wa
Lailah; Ath Thabrani dalam Ad Du’a, 3/ 1584; Al Baihaqi dalam Asy Syu’ab, 1/347
Al Baghawi, dalam Syarhu As Sunnah, 1279 dan lainnya. Semua sanadnya bersumber
pada Sa’id bin Abi Hilal. Ibnu Hajar menganggapnya “shaduq”. Syaikh Salim bin
‘Ied Al-Hilali mengatakan bahawa hadith ini dhaif dalam Bahjah An-Nazhirin, 2/463]
Ketiga : Hadith Abu Hurairah, ia
berkata:
كَانَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَبِّحُ
بِالْحَصَى
“Rasulullah bertasbih
dengan menggunakan kerikil.”
HR. Abu Al Qashim Al Jurjaani
dalam Tarikh Jurjaan, no. 68. Dalam sanadnya terdapat Abdullah bin Muhammad bin
Rabi’ah Al Qudami yang sering membuat hadith munkar dan maudhu. Dan didhaifkan
oleh Syaikh Albani dalam Silsilah, no.1002
Fatwa Imam Ahmad:
قلت (للإمام أحمد بن حنبل): يُسبِّح الرجل بالنوى؟
Ishaq bin Manshur al
Kausaj Al Maruzi bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Bolehkan menghitung tasbih
dengan menggunakan biji?”
قال: قد فعل ذلك أبو هريرة و سعد رضي الله عنهما،
Jawapan Imam Ahmad, “Menghitung
tasbih dengan biji itu pernah dilakukan oleh Abu Hurairah dan Saad.
وما بأس بذلك،
Tidak mengapa
melakukan hal tersebut.
النبي صلى الله عليه وسلم عدَّ.
Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam sendiri menghitung (tasbihnya)”.
قال إسحاق (بن راهوية): كما قال».
Ishaq bin Rahawaih
mengatakan, “Benar apa yang dikatakan oleh Imam Ahmad”.
Masail Imam Ahmad dan Ishaq bin
Rahawaih berdasarkan penuturan Ishaq bin Manshur al Kausaj, tahqiq Abul Husain
Khalid bin Mahmud al Ribath, Wiam al Hausyi dan Jumah Fathi 2/601 masalah no.
3507, terbitan Darul Hijrah Riyadh, cetakan pertama, 1425 H.
Catatan:
1. Jika menghitung bacaan zikir dengan
biji-biji tertentu maka semisal dengan itu menghitung bacaan zikir dengan biji
tasbih.
2. Kutipan mengisyaratkan bahawa
Imam Ahmad menilai sahih riwayat yang mengatakan bahawa Abu Hurairah dan Saad
bin Abi Waqqash menghitung bacaan zikirnya dengan biji-bijian kerana beliau
berdalil dengan riwayat tersebut.
Rujukan
https://almanhaj.or.id/1764-sejarah-tasbih-dan-hukumnya.html
https://rumaysho.com/17269-dalil-bolehnya-berdzikir-dengan-biji-tasbih.html
No comments:
Post a Comment