Takhrij

Friday, 18 February 2022

Kisah Imam Malik bermimpi bertemu dengan Malaikat Maut

 

Matan kisah

 

بينما الإمام مالك بن أنس رضي الله عنه نائما ذات ليلة إذ رأي ملك الموت في المنام فقال له الإمام مالك يا ملك الموت كم بقي من عمري ؟

فأشار له ملك الموت بأصابعه الخمسة فسأله الإمام مالك كم تكون هذه الخمسة أهي خمسة أعوام أم خمسة أشهر أم خمسة اسابيع أم خمسة أيام

 

و لكن الإمام مالك استيقظ من نومه قبل أن يرد عليه ملك الموت فذهب الإمام مالك بعدما استيقظ من نومه إلي العالم الجليل ابن سيرين و هو عالم من علماء الرؤي

 

فقال له الإمام ابن سيرين : مالك خيرا يا مالك؟

فقال له الإمام مالك : إني رأيت ملك الموت في الرؤية وسألته كم بقي من عمري فأشار لي بأصابعه الخمسة و لا ـعلم عما كان من عمري خمسة أعوام أم خمسة أشهر أم خمسة اسابيع أم خمسة أيام

فقال له الإمام ابن سيرين : يا إمام دار الهجرة ليست اعواما و لا شهورا و لا أسابيع و لا أيام إنما يريد أن يقول لك إن سؤالك في خمسة أمور من الغيب لا يعلمهن إلا الله و هن (( إن الله عنده علم الساعة و ينزل الغيث و يعلم ما في الأرحام و ما تدري نفس ماذا تكسب غدا و ما تدري نفس بأي أرض تموت إن الله عليم خبير ))

 

Terjemahan

 

Pada suatu malam Imam Malik b. Anas r.a. tertidur. Lalu di dalam tidurnya dia bermimpi di datangi malaikat maut. Kemudian dia bertanya kepadanya,

 

“Wahai malaikat maut! Masih tinggal berapa lama lagi usiaku di dunia ini?”

 

Malaikat maut lalu memberi isyarat dengan lima jarinya. Tetapi Imam Malik tidak mengerti maksudnya, maka dia pun bertanya lagi,

 

“Lima apa wahai malaikat maut? Apakah lima tahun, lima bulan, lima minggu atau lima hari?”

 

Namun belum sempat mendengarkan jawapan dari malaikat maut, Imam Malik r.a. terbangun dari tidurnya.

 

Keesokan harinya, Imam Malik pergi menemui seorang yang mahir dalam ilmu mentafsir mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin, untuk menanyakan perihal mimpinya malam tadi. Imam Ibnu Sirin berkata padanya,

 

“Wahai sahabatku Malik, mimpimu baik-baik sahaja. Malaikat maut yang datang dalam mimpimu itu tidak bermaksud mengatakan jangka hayatmu lima tahun, lima bulan, lima minggu, lima hari atau lima waktu yang lainnya.

 

Tetapi dia hendak mengatakan kepAdamu baHawa pertanyaanmu itu termasuk dalam lima rahsia ilmu ghaib yang tidak diketahui sesiapa pun selain dari Allah sendiri, sebagaimana firman Nya dalam surah Luqman: 34”

 

“Sesungguhnya di sisi Allah, ilmu tentang hari kiamat dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuan Nya.”

 

Takhrij

 

Kisah ini dinukilkan oleh Abdullah al-Miqati dalam al-Madkhal ila Fiqh an-Ni’mah, Abdul Azis Asy-Syinawi dalam buku berjudul Biografi Empat Imam Mazhab terbitan Beirut Publishing.

 

Kisah ini tidak sahih kerana, Imam Malik berada di Madinah sepanjang hayat. Dan Ibnu Sirin pula berada di Basrah. Bagaimana beliau boleh bertemu pada keesokan harinya untuk menta’abir mimpi.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no.  215287

 

https://majles.alukah.net/t157463/

No comments:

Post a Comment