Takhrij

Friday, 18 February 2022

Hadith menikahi jari sendiri

 

Matan hadith

 

نَاكِحُ الْيَدِ مَلْعُونٌ

 

Terjemahan

 

Orang yang menikahi tangannya (pelaku onani) adalah orang yang dilaknat oleh Allah

 

Takhrij

 

HR. Abu Syaikh Ibn Hayan dalam Majalis min Hadhitsah 1-2/62, Ibnu Bashran dalam al-Amali 1-2/86 daripada Abdullah bin Amru ra.

 

Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfuah no. 360, al-Qawaqaji dalam al-Lu’ lu’wal Marsu’ no. 211 menilai hadith ini tiada asal (palsu).

 

Al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa’ menilai hadith ini tiada asal.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4851.

 

 

Dan disebutkan pula dalam sebuah riwayat:

 

 

سبعة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة، ولا يزكيهم، ولا يجمعهم مع العالمين، يدخلهم النار أول الداخلين إلا أن يتوبوا، إلا أن يتوبوا، إلا أن يتوبوا، فمن تاب تاب الله عليه الناكح يده، والفاعل والمفعول به، والمدمن بالخمر، والضارب أبويه حتى يستغيثا، والمؤذي جيرانه حتى يلعنوه، والناكح حليلة جاره

 

 

Ada 7 golongan yang mana Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan Allah tidak mensucikan mereka, dan Allah tidak mengumpulkan mereka bersama makhluk lainnya. Allah memasukkan mereka kedalam api neraka sebagai makhluk pertama yang masuk kedalamnya. Kecuali mereka bertaubat, kecuali mereka bertaubat, barangsiapa yang bertaubat maka Allah akan terima taubatnya. Yakni; orang yang menikahi tangannya (pelaku onani), dan pelaku homoseksual dan yang menjadi objeknya, dan pecandu khamar (pemabuk), dan orang yang memukul kedua orang tuanya sampai keduanya meminta pertolongan, dan orang yang mengganggu tetangganya sampai mereka melaknatnya, dan orang yang berzina dengan isteri tetangganya

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 4/1913 no. 5470, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3497, dan Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Al-Mutanahiyah no. 1046, daripada Anas bin Malik ra.

 

Dhaif menurut al-Baihaqi kerana di dalam sanadnya terdapat: Maslamah bin Ja’far dan syaikhnya Hassan bin Hamid. Az-Zahabi berkata:

 

يجهل هو وشيخه وقال الأزدي: ضعيف

 

Dia dan gurunya adalah majhul. Dan Azdi berkata: Dia adalah orang yang dhaif lemah (Mizan Al-I’tidal 4/108).

 

Dhaif juga menurut Ibnu Mulaqin dalam al-Badrul Munir 7/662.

 

Gharib menurut Ibnu Katsir dalam Irsyad al-Fiqhiyyah 2/358.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil 8/58.

 

 

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:

 

هَذَا حَدِيثٌ لا يَصِحُّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ولا حسان يعرف ولا مسلمة

 

 

Ini adalah hadith yang tidak sahih dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Hassan dan Maslamah adalah orang yang tidak dikenali (majhul) (Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah 2/144)

 

 

Lajnah Da’imah yang diketuai oleh syaikh Bin Baaz memberikan fatwa:

 

نكاح اليد وما في حكمه المسمى بالعادة السرية حرام، ولم يثبت فيما نعلم الحكم على من يفعل ذلك بأنه ملعون

 

Orang yang menikahi tangannya atau yang disebut dengan onani, hukumnya adalah haram. Akan tetapi tidak pernah ada –sesuai pengetahuan kami- bolehnya menghukumi orang yang melakukannya baHawa dia adalah orang yang terlaknat (Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah 22/58).

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 10353

No comments:

Post a Comment