Takhrij

Monday, 21 February 2022

Malaikat Israfil yang mempunyai 2 tugas

 

Nama malaikat Israfil sebagai malaikat yang bertugas meniup sangkakala adalah hadith yang dhaif.

 

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dalam sebuah hadith yang sangat panjang, beliau radhiyallahu ‘anhu menceritakan,

 

إِنَّ اللَّهَ لَمَّا فَرَغَ مِنْ خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، خَلَقَ الصُّورَ فَأَعْطَاهُ إِسْرَافِيلَ فَهُوَ وَاضِعُهُ عَلَى فِيهِ، شَاخِصًا بَصَرَهُ إِلَى الْعَرْشِ يَنْتَظِرُ مَتَى يُؤْمَرُ» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الصُّورُ؟ قَالَ: «الْقَرْنُ» قُلْتُ: كَيْفَ هُوَ؟ قَالَ: «عَظِيمٌ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ إِنَّ عَظْمَ دَارَةَ فِيهِ كَعَرْضِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، يُنْفَخُ فِيهِ ثَلَاثُ نَفَخَاتٍ: النَّفْخَةُ الْأُولَى نَفْخَةُ الْفَزَعِ، وَالثَّانِيَةُ نَفْخَةُ الصَّعْقِ، وَالثَّالِثَةُ نفخة القيام لرب العالمين،

 

Telah menceritakan kepada kami Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika selesai menciptakan langit dan bumi, maka Allah menciptakan “ash-shuur”, kemudian diberikan kepada Israfil dan diletakkan di mulutnya. Israfil pun melihat dengan tajam ke arah ‘Arsy, menunggu kapan diperintahkan (untuk meniupnya).’ Aku (Abu Hurairah) berkata,’Wahai Rasulullah, apakah “ash-shuur” itu?’ Rasulullah menjawab,’(Yaitu) al-qarnu (semacam tanduk, terompet atau sangkakala)’ Aku (Abu Hurairah) berkata,’Seperti apa itu?’ Rasulullah menjawab,’Sesuatu yang sangat besar. Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya besarnya bagaikan lebar langit dan bumi, yang ditiup tiga kali (pada hari kiamat), iaitu tiupan (pertama) yang menyebabkan terkejut (nafkhotul faza’); tiupan ke dua yang menyebabkan kematian seluruh makhluk (nafkhatu ash-sha’qi); dan tiupan ke tiga yang menyebabkan dibangkitkannya manusia menghadap Allah (nafkhatul ba’tsi wan nusyur) … ‘ (HR. Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya 11/213, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 18/559, al-Baihaqi dalam al-Ba’ts wan Nusyur Abu Ya’la dalam Musnadnya, dhaif Ibnu Katsir).

 

Yang terdapat dalam hadith yang sahih adalah penamaan malaikat yang bertugas meniup sangkakala dengan nama “shahibush shuur” atau “shahibul qarn” (dalam bentuk isim mufrad atau tunggal, yang menunjukkan satu orang malaikat), keduanya bermakna “pemilik, pemegang, atau peniup sangkakala”.

 

Penyebutan “shahibush shuur” terdapat dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إِنَّ طَرْفَ صَاحِبِ الصُّورِ مُذْ وُكِّلَ بِهِ مُسْتَعِدٌّ يَنْظُرُ نَحْوَ الْعَرْشِ مَخَافَةَ أَنْ يُؤْمَرَ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْهِ طَرْفُهُ، كَأَنَّ عَيْنَيْهِ كَوْكَبَانِ دُرِّيَّانِ

 

Sesungguhnya mata ‘shahibush shuur’ sejak diberi tugas (untuk meniup sangkakala pada hari kiamat) telah bersiap sedia dengan sentiasa memandang ke arah Arasy, khuwatir kalau (tiba-tiba) diperintahkan untuk meniupnya sebelum matanya melihat kembali (ke arah Arasy). Kedua matanya bagaikan dua bintang yang bersinar terang [HR. al-Hakim no. 8676, sahih az-Zahabi]

 

Adapun penyebutan “shahibul qarn” terdapat dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda,

 

كَيْفَ أَنْعَمُ وَقَدِ التَقَمَ صَاحِبُ القَرْنِ القَرْنَ وَحَنَى جَبْهَتَهُ وَأَصْغَى سَمْعَهُ يَنْتَظِرُ أَنْ يُؤْمَرَ أَنْ يَنْفُخَ فَيَنْفُخَ

 

Bagaimana aku boleh menikmati (kehidupan dunia), sementara ‘shahibul qarn’ telah memasukkan sangkakala ke mulutnya, menengadahkan kepalanya, dan memasang pendengarannya untuk diizinkan (meniupnya). Bila pun dia diperintahkan untuk meniup, maka dia akan meniupnya [HR. Tirmidzi no. 3243, hasan]

 

Terdapat sebuah hadith yang menyebutkan “shahibail qarn”, dalam bentuk isim mutsanna yang menunjukkan “dua orang malaikat peniup sangkakala”. Dari Abu Saíd radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda,

 

إِنَّ صَاحِبَيِ الصُّورِ بِأَيْدِيهِمَا، أَوْ فِي أَيْدِيهِمَا قَرْنَانِ، يُلَاحِظَانِ النَّظَرَ مَتَى يُؤْمَرَانِ

 

Sesungguhnya dua orang malaikat peniup (pemilik) sangkakala, atau di kedua tangannya (memegang) dua sangkakala, keduanya memasang pandangannya, bilamasa saja mereka berdua diperintahkan (untuk meniupnya)[HR. Ibnu Majah no. 4273, munkar].

 

Dalil Ijma’ tentang Tugas Malaikat Israfil untuk Meniup Sangkakala

 

Terdapat nukilan ijma’ yang menyebutkan kesepatan ulama kaum muslimin bahawa malaikat Israfil adalah malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada hari kiamat. Al-Qurtubi rahimahullah berkata,

 

والأمم مجمعة على أن الذي ينفخ في الصور إسرافيل عليه السلام

 

Dan umat (Islam) telah bersepakat bahawa (malaikat) yang meniup sangkakala (pada hari kiamat) adalah Israfil ‘alaihis salaam [Tafsir Qurtubi 7/20]

 

Di kitab beliau yang lain, Al-Qurthubi rahimahullah berkata,

 

قال علماؤنا: والأمم مجمعون على أن الذي ينفخ في الصور إسرافيل عليه السلام.

 

Para ulama kami berkata (bahawa) umat (Islam) bersepakat bahawa (malaikat) yang meniup sangkakala (pada hari kiamat) adalah Israfil ‘alaihis salaam [at-Tadzkirah bi Ahwalil Mauta wa Umuril Akhirah 1/488]

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

 

تنبيه اشتهر أن صاحب الصور إسرافيل عليه السلام ونقل فيه الحليمي الإجماع

 

Peringatan: telah masyhur (terkenal) bahawa pemilik (peniup) sangkakala adalah Israfil ‘alaihis salaam. Al-Halimi telah menyebutkan adanya ijma’ dalam masalah ini [Fathul Bari 11/368]

 

Jika terdapat ijma’, maka ijma’ tersebut adalah hujjah (dalil) yang digunakan sebagai dasar dalam masalah aqidah. Jika tidak terdapat ijma’ dalam masalah ini, maka kewajipan kita adalah diam, tidak mengatakan apa yang tidak dikatakan oleh Allah Ta’ala dan RasulNya shallallahu ‘alahi wa sallam. Jika menyebutkannya terdapat faedah, maka tentu akan sampai kepada kita dalil tegas dan jelas dalam masalah ini di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. [al-Iman Bima Ba’dal Maut hal. 112]

 

Ijma’ inilah yang diamalkan oleh para ulama sejak zaman dahulu hingga sekarang ini. Setelah menyebutkan dhaifnya hadith yang tegas menunjukkan bahawa malaikat yang bertugas meniup sangkakala adalah Israfil, Syaikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsary hafizahullahu Ta’ala mengatakan,

 

أمَّا أنَّ صاحبَ الصُّور هو إسرافيل؛ فنقلَ على ذلكَ الإجماعَ غيرُ واحدٍ مِن العُلماء، حتَّى قال الحَريمي: (أجمعَ العُلماءُ على ذلك)، ورأيتُ لبعضِ العُلماء؛ قال: (أجمعتْ جميعُ الأُمم على ذلك). لكن -في الحقيقة-: إذا صحَّ هذا الإجماعُ؛ فنحنُ قائِلون به؛ لا نخرجُ عن إجماعِ الأُمَّة، وبخاصَّة: أنَّنا رأينا كثيرًا مِن علماءِ أهلِ السُّنَّة الماضِين والمتأخِّرين والمُعاصِرين يَقولون بِذلك، ويأخذونَه مأخَذ المُسلَّمات، لا يُناقِشون فيه، ولا يَتردَّدون في ذِكره. بينما -في الحقيقةِ- لم يصحَّ حديثٌ صريحٌ في هذا الموضوع، ليس هنالك حديثٌ صريحٌ -أو صحيحٌ- واحد.

 

Adapun bahawa ‘shahibush shuur’ adalah Israfil, maka para ulama telah menukil adanya ijma’ dalam masalah ini. Sampai-sampai Al-Harimi berkata,’Para ulama telah bersepakat dalam masalah ini.’ Dan aku melihat sebahagian ulama berkata,’Seluruh umat telah bersepakat dalam masalah ini.’ Akan tetapi pada hakikatnya, jika benar (klaim) ijma’ ini, maka kami pun mengikutinya. Kami tidak keluar (menyelisihi) ijma’ umat ini, khususnya ketika kami melihat banyak ulama ahlus sunnah pada zaman dahulu dan zaman sekarang, mengatakan hal ini (bahawa Israfil adalah malaikat yang bertugas meniup sangkakala). Mereka mengambil sikap menerima kesepakatan ini, tidak menentangnya, dan juga tidak ragu menyebutkannya. Meskipun pada hakikatnya, tidak terdapat hadith tegas dalam masalah ini, tidak terdapat satu pun hadith tegas dan sahih dalam masalah ini [Syarah al-Ibanah 5/33]

 

Sebagaimana penjelasan Syaikh Ali Hasan di atas, maka kita jumpai ulama dahulu dan sekarang yang tanpa ragu menyebutkan bahawa Israfil adalah malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada hari kiamat. Contoh ulama ahlus sunnah saat ini adalah Syaikh Dr. Shalih Al-Fauzan hafidzahullahu Ta’ala dalam penjelasan ringkas beliau terhadap matan kitab Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, beliau berkata,” … Kemudian Allah memerintakan Israfil, maka Israfil meniup sangkakala untuk ke dua kalinya, maka kembalilah ruh kepada jasadnya masing-masing.“ [at-Ta’liqat at-Mukhtasarah ala Matni Aqidah at-Thahawiyah hal. 198]

 

Demikian pula Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah ketika menjelaskan tentang tugas para malaikat, beliau rahimahullah menyebutkan,

 

ثانياً: إسرافيل: موكل بنفخ الصور, وهو أيضاً أحد حملة العرش.

 

Yang ke dua (adalah malaikat) Israfil, yang diberi tugas meniup sangkakala, dan dia juga salah satu malaikat yang memikul Arasy. [Syarah Aqidah at-Thahawiyah 1/59-60]

 

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menyatakan bahawa malaikat Israfil juga bertugas memikul Arasy. Dalil mengenai masalah ini adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jalaluddin As-Suyuthi, dari sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

إن ملكا من حملة العرش يقال له: إسرافيل، زاوية من زوايا العرش على كاهله، قد مرقت قدماه في الأرض السابعة السفلى، ومرق رأسه من السماء السابعة العليا

 

Sesungguhnya seorang malaikat dari malaikat yang memikul Arasy disebut dengan Israfil, yang memikul Arasydi atas tengkuknya. Kedua telapak kakinya menghujam ke dasar bumi yang tujuh, sedangkan kepalanya menjulang tinggi di atas langit yang tujuh.”[HR. Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 6/66 lalu beliau mendhaifkan hadith tersebut, dan dinukilkan juga oleh As-Suyuthi dalam al-Habaik fi Akhbaril Malaik no. 100, 202, pentahqiq kitab Ahmad bin Abdul Aziz bin Ali al-Faris menjelaskan sanad hadith ini dhaif].

 

Kesimpulan

 

 

Hadith yang menunjukkan bahawa malaikat yang bertugas meniup sangkakala adalah malaikat Israfil, maka hadith tersebut dhaif, tidak boleh digunakan sebagai dalil.

 

Hadith yang sahih menunjukkan bahawa malaikat peniup sangkakala disebut dengan “shahibush shuur” atau “shahibul qarn” (dalam bentuk mufrad atau tunggal, yang menunjukkan satu orang malaikat).

 

Hadith yang sahih menunjukkan bahawa malaikat Israfil bertugas untuk mengurus dan membantu pasukan kaum muslimin di medan jihad melawan musuh-musuh Allah.

 

Hadith sahih yang dimaksud oleh Syaikh Ali Hasan tersebut diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu,

 

قِيلَ لِعَلِيٍّ، وَلِأَبِي بَكْرٍ يَوْمَ بَدْرٍ: مَعَ أَحَدِكُمَا جِبْرِيلُ، وَمَعَ الْآخَرِ مِيكَائِيلُ وَإِسْرَافِيلُ مَلَكٌ عَظِيمٌ يَشْهَدُ الْقِتَالَ – أَوْ قَالَ: يَشْهَدُ الصَّفَّ

 

Dikatakan kepada ‘Ali dan Abu Bakar pada saat perang Badar,’Bersama kalian berdua ada malaikat Jibril, dan bersama yang lain ada malaikat Mikail. Dan Israfil adalah malaikat yang agung, yang menyaksikan (membantu) pertempuran.’ Atau (Rasulullah) mengatakan, ’Ada di barisan (pasukan kaum muslimin).’(HR. Ahmad no. 1257, sahih).

 

Namun, terdapat nukilan ijma’ yang menunjukkan bahawa malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada hari kiamat adalah malaikat Israfil. Ijma’ inilah yang masyhur dan diamalkan oleh para ulama ahlus sunnah, baik ulama zaman dahulu maupun zaman sekarang, sebagaimana penjelasan Syaikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsary hafizahullah.

 

Malaikat Israfil selain meniup sangkakala, tugasan lainya termasuk memikul Arasy.

 

Syarh Al-‘Aqidah Al-Washithiyyah, 1/59-60 (Maktabah Asy-Syamilah). Beliau juga menjelaskan di kitab yang lain,

 

وذلك أن الله سبحانه وتعالى يأمر اسرافيل وهو أحد الملائكة الموكلين بحمل العرش أن ينفخ في الصور

 

Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan Israfil, iaitu salah seorang malaikat yang diberi tugas memikul Arasy, untuk meniup sangkakala (Ibnu Utsaimin Syarah Al-‘Aqidah As-Safariyaniyyah, 1/467).

 

 

Kisah yang menyebutkan saiz Malaikat Israfil (juga sebahagian malaikut pemikul Arasy)

 

Dikatakan pula dalam hadith (HR. al-Qurthubi dalam Tafsirnya Surah al-Fathir ayat 1 dari az-Zuhri- riwayat Israiliyat), bahawa Hamalat al-Arasy memiliki sayap lebih besar dan banyak dibandingkan dengan Malaikat Jibril dan Malaikat Israfil. Dikatakan bahawa Hamalat al-Arasy memiliki sayap berjumlah 2400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil, sedangkan Malaikat Israfil mempunyai 1200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Rasulullah S.A.W pernah melihat akan rupa sebenar Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, iaitu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap:

 

رأَيْتُ جِبريلَ عندَ سِدرةِ المُنتهى وعليه سِتُّمئةِ جَناحٍ ينثُرُ مِن ريشِه تهاويلَ الدُّرِّ والياقوتِ

 

Aku melihat Jibril tatkala di Sidratul Muntaha, dirinya memiliki enam ratus sayap yang menaburkan dari bulunya intan dan permata dengan warna yang berbeza-beza (HR. Ahmad no. 3748, sanadnya jayyid lagi qawi menurut al-Albani).

 

Apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?" Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada." Malaikat Israfil mempunyai 1200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril, "Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil".

 

Sedangkan Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani menyebutkan "Mereka adalah tingkatan tertinggi para Malaikat dan Malaikat yang pertama kali diciptakan, dan mereka berada di dunia sebanyak 4 Malaikat, pada saat kiamat akan berjumlah 8 Malaikat dengan bentuk kambing hutan. Jarak antara telapak kakinya sampai lututnya sejauh perjalanan 70 tahun burung yang terbang paling cepat. Adapun sifat dari Arasy, dikatakan bahawa Arasy adalah permata berwarna hijau dan Arsy adalah makhluk yang paling besar dalam penciptaan. Dan setiap harinya Arasy dihiasi dengan 1000 warna daripada cahaya, tidak ada satu makhluk pun dari makhluk Allah Taala yang sanggup memandangnya. Dan segala sesuatu seluruhnya di dalam Arasy seperti lingkaran ditanah lapang...Dikatakan sesungguhnya Arasy merupakan kiblat para penduduk langit.. sebagaimana Kaabah sebagai kiblat penduduk bumi..."(Qathrul Ghaits hal. 4).

 

Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 

أذن لي أن أحدث عن ملك من ملائكة الله من حملة العرش إن ما بين شحمة أذنه إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام

 

Aku telah diizinkan untuk menceritakan tentang malaikat dari malaikatnya Allah yang memikul Arasy, sungguh jarak antara cuping telinga dan bahunya sepanjang perjalanan tujuh ratus tahun (HR. Abu Daud no. 4728, sahih).

 

No comments:

Post a Comment