Tidak ada hadith
"sahih" ataupun "hasan" yang menyebutkan keutamaan khusus
pemberian nama tersebut sebagaimana yang diyakini oleh kebanyakan orang. Bahkan
tidak sedikit yang menjadikannya sebagai penyebab berkah dengan memulai namanya
dengan Muhammad atau Ahmad seperti "Muhammad Fulan" atau "Ahmad
Fulan".
Al-Ubbiy berkata: Tidak ada yang
sahih tentang keutamaan memakai nama Muhammad satu hadith pun, bahkan Al-Hafiz
Abu Al-Abbas Taqiyuddin Al-Harrani berkata: Semua yang diriwayatkan dalam
masalah ini adalah hadith palsu. [Tanzih Asy-Syari'ah Ibnu 'Iraq 1/174]
Beberapa hadith lemah tentang
keutamaan nama Muhammad dan Ahmad:
1. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair (388H)
dalam kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah bi Ahmad wa Muhammda" no.1:
من طريق صدقة بن موسى الغنوي ثنا أبي ثنا حميد الطويل عن أنس بن مالك قال :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يوقف عبدان بين يدي الله فيأمر بهما إلى الجنة
فيقولان ربنا بم استأهلنا دخول الجنة ولم نعمل عملا تجازينا به الجنة فيقول الله
أدخلا عبدي فإني آليت على نفسي أن يدخل النار من اسمه أحمد ومحمد
"Dua orang hamba berdiri di
hadapan Allah kemudian keduanya diperintahkan masuk syurga. Lalu keduanya
bertanya: Ya Tuhan kami dengan apa kami berhak masuk syurga padahal kami tidak
melakukan sesuatu yang boleh memasukkan kami ke syurga? Allah berkata: Masuklah
wahai kedua hambaku, kerana sesungguhnya Aku telah bersumpah pada DiriKu untuk
tidak memasukkan neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad."
Ibnu Jauzi mengatakan: Hadith ini
tidak punya asal (palsu). [Al-Maudhu'at 1/157]
Ibnu Hibban mengatakan: Shadaqah
bin Musa tidak boleh dijadikan hujjah, ia bukan ahli hadith. (al-Majruhin
1/373).
2. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.2:
عن هشام بن يحيى المقدام عن أبيه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من
ولد له أربعة أولاد فلم يسم أحدهم محمدا لم يدخل حب محمد قلبه
"Barangsiapa yang punya anak
empat dan tidak satupun dari mereka yang bernama Muhammad, maka cinta Muhammad
tidak akan masuk ke dalam hatinya."
Abu Hatim mengatakan: Hadith ini
diriwayatkan oleh Makhul bukan bapa Hisyam. [Ilal Ibnu Abi Hatim 6/156 no. 2410]
Dengan demikian hadith ini
terputus sanadnya (mursal) kerana Makhul seorang tabi'i. Wallahu a'lam!
3. Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad (230H)
dalam kitabnya "Ath-Thabaqat Al-Kubra" 5/54, dan Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.3:
من طريق مطرف بن عبد الله اليساري قال : حدثنا محمد بن عثمان العمري عن
أبيه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ما ضر أحدكم لو كان في بيته محمد
ومحمدان وثلاثة
"Seseorang dari kalian tidak
mendapat keburukan jika di rumahnya ada yang bernama Muhammad satu, dua, atau
tiga orang".
Imam Suyuthi melemahkan hadith
ini dalam kitabnya Al-Jami' Ash-Shagir no.7932.
Syeikh Albani mengatakan: Sanad hadith
ini lemah, aku tidak mengetahui Muhammad bin Utsman Al-Umari dan bapaknya, dan
sepertinya sanad ini terputus. [Silsilah Hadith Dhaif 5/390 no. 2367]
4. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.4:
من طريق عبد الله بن أحمد بن عامر الطائي ثنا أبي ثنا على بن موسى العلوى
ثنا أبي موسى بن جعفر عن أبيه عن جده محمد الباقر عن أبيه عن جده الحسين عن علي بن
أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما من قوم كانت لهم مشورة فحضر
معهم من اسمه أحمد أو محمد فأدخلوا مشورته إلا خير لهم فيها
"Tidaklah suatu kaum
melakukan musyawarah dan hadir bersama mereka orang yang bernama Ahmad atau
Muhammad dan diikutkan dalam musyawarah kecuali mereka mendapatkan pilihan yang
baik di dalamnya".
Hadith ini palsu kerana di
sanadnya ada rawi yang bernama Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'ie; Az-Zahabi
mengatakan: Ia meriwayatkan hadith-hadith palsu dari Ali bin Musa Al-'Alawi,
pemalsunya tiada yang lain kecuali ia atau bapaknya (Mizanul I’tidal 4/59,
Lisanul Mizan 4/425, 1/490, Dzail Mizanul I ‘tidal 8/33).
Dengan lafaz yang sama,
diriwayatkan oleh Ibnu An-Najjar dalam kitabnya "Dzail Tarikh Bahgdad"
4/135:
من طريق أبي بكر محمد بن أحمد بن محمد المفيد، أنبأنا عبد الله بن أحمد بن
محمد بن حنبل، حدثني أبي، أنبأنا علي بن موسى الرضا ... به ، مثله .
As-Suyuthi mengatakan: Abu Bakar
Muhammad bin Ahmad Al-Mufid dianggap sebagai pemalsu hadith. [Al-La'ali'
Al-Mashnu'ah 1/105]
5. Diriwayatkan oleh Ibnu 'Adi dalam
kitabnya "Al-Kamil" 1/168, dan Ibnu Bukair dalam kitabnya
"Fadhail At-Tasmiyah" no. 8
dan 9:
من طريق عثمان الطرائفي حدثنا أحمد الشامي عن أبي الطفيل عن علي بن أبي
طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما اجتمع قوم قط في مشورة فيهم رجل اسمه
محمد لم يدخلوه في مشورتهم الا لم يبارك لهم فيه
"Tidak berkumpul suatu kaum
dalam satu musyawarah, dan diantara mereka ada yang bernama Muhammad tapi
mereka tidak mengikutkannya dalam musyawarah tersebut kecuali mereka tidak
mendapat berkah di dalamnya".
Az-Zahabi mengatakan hadith ini
palsu, Ahmad Asy-Syami; hadithnya mungkar (sangat lemah). (Mizanul I’tidal
1/273, Lisanul Mizan 1/583).
6. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.14:
من طريق محمد بن حميد ثنا إبراهيم بن المختار عن النضر بن حميد عن أبي
إسحاق السبيعي عن الأصبغ بن نباتة عن علي بن أبي طالب أن النبي صلى الله عليه وسلم
قال : ما من أهل بيت فيهم اسم نبي إلا بعث الله إليهم ملكا يقدسهم بالغداة والعشى
"Tidaklah satu keluarga di
antara mereka ada yang memakai nama Nabi kecuali Allah akan mengutus kepada
mereka malaikat yang akan mensucikan mereka di waktu pagi dan petang".
Ibnu Al-Jauzi mengatakan: Hadith
ini tidak sahih, di sanadnya ada beberapa rawi yang ditolak periwayatannya:
1. Muhammad bin Humaid; diklaim pembohong
oleh Abu Zur'ah (Mizanul I’tidal 6/126). ,
2. An-Nadzr bin Humaid; Abu Hatim
mengatakan: Hadithnya ditolak, dan Imam Bukhari mengatakan: Hadithnya mungkar.
(Mizanul I’tidal 7/26, Lisanul Mizan 8/272).
3. Al-Ashbagh bin Nubatah; Ibnu Ma'in
mengatakan: Ia tidak ada nilainya (sangat lemah). (Mizanul I’tidal 1/436).
[Al-Maudhu'at karya Ibnu Al-Jauzi
1/154, Al-La'ali' Al-Mashnu'ah karya As-Suyuthi 1/100]
7. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.18:
من طريق أحمد بن عبد الرحمن بن وهب ثنا عبدالله بن عثمان ثنا عثمان بن عبد
الرحمن عن عمته عائشة عن أبيها سعد بن أبي وقاص قال سمعت رسول الله صلى الله عليه
وسلم يقول هل امرأة من نسائكم حبلى قال رجل نعم يا رسول الله امرأتي حامل قال إذا
رجعت إلى بيتك فضع يدك على بطن زوجتك وقل بسم الله اللهم إني اسميه محمدا فإنه
يأتى به رجلا
Rasulullah sallallahu 'alaihi
wasallam bertanya: Apakah ada dari isteri kalian yang hamil?
Seorang menjawab: Iya, Ya
Rasulullah, isteriku sedang hamil.
Rasulullah bersabda: Jika engkau
kembali ke rumahmu maka letakkan tanganmu di atas perut isetrimu dengan
membaca: "Bismillah, Ya Allah ... sesungguhnya aku akan menamainya
Muhammad". Maka ia akan lahir laki-laki.
Hadith ini sangat lemah, kerana
Ahmad bin Abdurrahman bin Wahab meriwayatkan hadith-hadith palsu. Sedangkan
Utsman bin Abdurrahman Al-Waqqashi hadithnya
sangat ditolak dan Ibnu Ma'in menganggapnya sebagai pembohong (Mizanul I’tidal
1/253, 5/56).
Hadith ini punya sanad lain tapi
juga sangat lemah (Tanzih Asy-Syari'ah 1/172).
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam
kitabnya "Fadhail At-Tasmiyah" no.19:
من طريق عمر بن موسى عن القاسم عن واثلة بن الأسقع قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ولد له ثلاثة ولم يسم أحدهم محمدا فقد جهل
"Barangsiapa yang memiliki 3
anak dan tidak menamai salah satunya dengan nama Muhammad maka ia orang yang
bodoh".
Hadith ini palsu; kerana Umar bin
Musa Al-Wajiihi diklaim sebagai pemalasu hadith oleh Abu Hatim dan Ibnu 'Adi (Mizanul
I’tidal 5/271, Lisanul Mizan 6/148).
Hadith ini memiliki sanad lain
tapi semuanya sangat lemah. (Silsilah Hadith Dhaif 1/627 no.437). .
9. Diriwayatkan oleh Ibnu 'Adi dalam
kitabnya "Al-Kamil" 6/160, dan Ibnu Bukair dalam kitabnya
"Fadhail At-Tasmiyah" no.21:
من طريق عثمان بن عبد الرحمن عن محمد بن عبد الملك عن يحيى بن سعيد عن سعيد
بن المسيب عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يدخل الفقر بيتا
فيه اسمي
"Kemiskinan tidak masuk ke
dalam rumah yang salah satu anggotanya ada yang bernama seperti namaku".
Hadith ini palsu, kerana Utsman
bin Abdurrahman Al-Waqqashi sangat lemah dan Muhammad bin Abdul Malik
Al-Anshari; Imam Ahmad mengatakan: Ia seorang pemalsu hadith dan pembohong
(Mizanul I’tidal 6/241, Lisanul Mizan 7/314).
10. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya
"Fadhail At-Tasmiyah" no.24:
من طريق أبي القاسم الطائي ثنا أبي ثنا أبو الحسن الرضى عن موسى بن جعفر
الصادق عن أبيه محمد الباقر عن جده على زين العابدين عن أبيه الحسين عن أبيه على
بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مائدة وضعت فحضر عليها
من اسمه محمد أو أحمد إلا قدس ذلك المنزل في كل يوم مرتين
"Tidaklah suatu hidangan
dihidangkan kemudian dihadiri oleh orang yang bernama Muhammad atau Ahmad
keculai rumah tersebut disucikan setiap hari sebanyak dua kali".
Hadith ini palsu, Az-Zahabi
menuduh Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'i atau bapanya sebagai pemalsunya.
11. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya
"Fadhail At-Tasmiyah" no.26:
من طريق أبي القاسم عبيد الله بن أحمد بن عامر الطائى ثنا أبى ثنا علي بن
موسى الرضى عن أبيه عن جده جعفر بن محمد عن أبيه عن جده عن الحسين بن علي عن علي
بن أبي طالب قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه
وأوسعوا له المجلس ولا تقبحوا له وجها
"Jika kalian menamai seorang
anak "Muhammad", maka muliakanlah ia, dan luaskan tempat duduk
untuknya, dan jangan kalian menghina ia di mukanya".
Hadith ini palsu, Az-Zahabi
menuduh Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Tha'i atau bapaknya sebagai pemalsunya.
Hadith ini memiliki sanad lain
tapi semuanya sangat lemah (Silsilah Hadith Dhaif 6/84 no.2573).
12. Diriwayatkan oleh Ibnu Bukair dalam kitabnya
"Fadhail At-Tasmiyah" no.30:
قال : حدثنا حامد بن حماد بن المبارك العسكري ثنا إسحاق بن يسار أبو يعقوب
النصيبي حدثنا حجاج بن المنهال حدثنا حماد بن سلمة عن برد بن سنان عن مكحول عن أبي
أمامة مرفوعا : من ولد له مولود فسماه محمدا تبركا به كان هو ومولوده في الجنة
"Barangsiapa yang
dikaruniahi seorang anak kemudian ia menamainya "Muhammad" untuk
mendapat berkah maka ia dan anak itu akan masuk syurga".
Az-Zahabi mengatakan: Hamid bin
Hammad Al-'Askari meriwayatkan dari Ishaq bin Yasar hadith paslu dan ia adalah
penyebabnya (Mizanul I’tidal 2/185, Lisanul Mizan 2/537).
No comments:
Post a Comment