Sebaran tular
Doa menyambut bulan Ramadhan
Berikut adalah Doa Sulthan Al
Aulia’ Sayyidina Syaikh ‘Abdul Qadir Al Jilani RA Untuk Menyambut Bulan Ramadhan :
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الصِّيَامِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الْقِيَامِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ اْلاِيْمَانِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الْقُرْأَنِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ اْلاَنْوَارِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الْمَغْفِرَةِ وَالْغُفْرَانِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الدَّرَجَاتِ وَالنَّجَاتِ مِنَ
الدَّرَكَاتِ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ التَّائِبِيْنَ الْعَابِدِيْنَ.
اَلسَّلاََمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الْعَارِفِيْنَ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ الْمُجْتَهِدِيْنَ.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا شَهْرَ اْلأَمَانِ. كُنْتِ لِلْعَاصِيْنَ حَبْسًا
وَلِلْمُتَّقِيْنَ اُنْسًا.
اَلسَّلاَمُ عَلَى اْلقَنَادِيْلِ وَالْمَصَابِيْحِ الزَّاهِرَةِ.
وَالْعُيُوْنِ السَّاهِرَةِ. وَالدُّمُوْعِ الْهَاطِلَةِ. وَالْمَحَارِيْبِ
الْمُتَعَطِّرَةِ. وَاْلعَبَرَاتِ الْمُنْسَكِبَةِ الْمُتَفَطِّرَةِ.
وَاْلاَنْفَاسِ الصَّاعِدَةِ مِنَ الْقُلُوْبِ الْمُحْتَقِرَةِ.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِمَّنْ قَبِلْتَ صِيَامَهُمْ وَصَلاَتَهُمْ
وَبَدَّلْتَ سَيِّئاَتِهِ بِحَسَنَاتِهِ. وَاَدْخَلْتَهُ بِرَحْمَتِكَ فِى
جَنَّاتِكَ. وَرَفَعْتَ دَرَجَاتِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الراَّحِمِيْنَ.
Salam bagimu wahai bulan
Ramadhan.
Salam bagimu wahai bulan qiyam
(bulan untuk mendirikan solat tarawih).
Salam bagimu wahai bulan iman.
Salam bagimu wahai bulan yang di
dalamnya diturunkan Al Qur’an.
Salam bagimu wahai bulan yang
penuh cahaya.
Salam bagimu wahai bulan yang
penuh ampunan.
Salam bagimu wahai bulan (untuk
menaikkan) darjat dan keselamatan dari darjat yang rendah.
Salam bagimu wahai bulan bagi
orang-orang yang bertaubat dan ahli ibadah.
Salam bagimu wahai bulan milik
orang-orang yang makrifat. Salam bagimu wahai bulan milik orang-orang yang
bersungguh-sungguh.
Salam bagimu wahai bulan yang
aman. Engkau adalah penjara bagi orang-orang yang melakukan maksiat dan
kesenangan bagi orang-orang yang bertakwa.
Salam bagi pelita yang bersinar,
mata-mata yang terjaga, airmata yang terus menitis, mihrab-mihrab yang semerbak
mewangi, airmata yang tumpah, dan nafas-nafas yang naik dari hati yang hina.
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang
yang Engkau terima puasa dan solatnya, yang Engkau ganti keburukannya dengan
kebaikan, yang Engkau masukkan ke dalam syurga-Mu dengan rahmat-Mu, dan yang
Engkau angkat darjatnya dengan rahmat-Mu, wahai Zat Yang Maha Pengasih.”
Doa ini biasa dibaca pada malam
tanggal 1 Ramadhan selepas maghrib.
Dinukil dari Kitab Al Ghunyah li
Thalibi Thariq Al Haq karya Sulthan Al Aulia’ Sayyidina Syaikh ‘Abdul Qadir Al
Jilani..
Diantara Amalan Para 'Arifin
(Wali Allah) pada awal malam bulan Ramadhan adalah membaca surah Al Fath
ينبغي في أول ليلة من شهر رمضان :
أن نصلي أربع ركعات نفلا مطلقا إما بتشهد واحد وسلام واحد أو كل ركعتين
بذاتها ونقرأ في كل ركعة مقرأ (ربع) من سورة الفتح.
Dianjurkan pada malam
pertama di bulan Ramadhan:
Kita solat sunnah mutlak empat
rakaat, baik dengan satu tasyahhud dan satu salam atau setiap dua rakaat dengan
sendirinya. Kita baca pada setiap rakaat 1/4 daripada surah Al Fath.
وقد ورد في الحديث الذي رواه الإمام الخطيب الشربيني في كتابه التفسير في
الكتاب المنير بإسناد إلى النبي صلى الله عليه وسلم
( أن من صلى في
أول ليلة من رمضان أربع ركعات قرأ فيها سورة الفتح مر عامه كله في غنى وفي رواية
مر عامه كله في خير)
Sebagaimana telah terriwayatkan
dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Khatib Asy Syarbini dalam
kitabnya At Tafsir fil Kitabil Munir dengan sanad yang bersambung kepada Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam :
"Siapa Orang yang solat
(sunnah mutlak) empat rakaat pada malam pertama di bulan Ramadhan, kemudian dia
membaca surat Al Fath, dia (akan) lalui setahun penuh dalam kekayaan. Atau
dalam riwayat lain dia lalui setahun penuh dalam kebaikan"
وفي تفسير القرطبي:
من قرأ سورة الفتح في أول ليلة من رمضان في صلاة التطوع حفظه الله ذلك
العام.
Dan dalam Tafsir Al Imam Qurthubi
:
"Siapa Orang yang membaca
surah Al Fath di dalam solat sunnahnya pada malam pertama di bulan Ramadhan,
ALLAH subhanahu wa ta'ala pelihara dirinya pada tahun itu".
اللهم بارك لنا في رمضان و اجعلنا من صوامه و قوامه و اجعلنا من عتقائك و
طلقائك و نقذائك و أمنائك من النار
Ya Allah berkahilah kami di bulan
Ramadhan, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang berpuasa dan beribadah di
dalamnya, serta jadikanlah kami termasuk yang Engkau bebaskan, selamatkan, dan
amankan dari api neraka
Tatacara membaca Surah Al-Fath
selepas fatihah setiap rakaat:
1. Dari ayat 1 sampai ayat 9
2. Dari ayat 10 sampai ayat 15
3. Dari ayat 16 sampai ayat 23
4. Dari ayat 24 sampai ayat 29
Doa dari Sulthanul Ulama Al Habib
Salim bin Abdullah Asy Syathiri RAHIMAHULLAH TA'ALAA
اَللَّهُمَّ أطلعْ عَلَيْنَا ليلة
الْقَدر العظيمة القدرِ فِى
اليقظَة وَ الْمَنَام
Barang siapa yang membaca doa ini
sebanyak 7x setelah solat witir, maka insya Allah akan mendapatkan lailatul
qadr.
Penjelasan
Hadith tersebut ditemukan dalam
beberapa kitab antaranya Tafsir Tsa'labi 9/40, Tafsir Qurtubi 16/260, Tafsir Ru
al-Bayan 6/91 (Dari Ibnu Mas'ud) dan Khazinat al-Asrar hal. 190, daripada Ibnu
Mas'ud ra.
Ia sebenarnya adalah ucapan Abdul
Rahman al-Mas'udi yang menyatakan dengan sighah yang lemah, " Telah sampai
kepadaku....."
المسعودي يذكر قال: بلغني أن من قرأ في أول ليلة من
رمضان إنا فتحنا لك فتحا مبينا في التطوع حفظ ذلك العام
Malah al-Alusi dalam Ruhul Ma'ani
13/239 mengatakan riwayat yang menyebut untuk membaca surah-surah tertentu di
awal Ramadhan adalah tidak sahih.
Dalam sebahagian riwayat yang
disebutkan Abu Muhammad al-Yafii al-Syafie tanpa membawakan sanadnya, hanya
menyebutkan surah al-Fath dibaca tiga kali tanpa menyebutkan dibaca di dalam
solat (Ziyadah wal ihsan fi 'Ulumul Quran 2/402).
Dan penisbatan kalam ini kepada
Ibnu Mas'ud adalah satu kesilapan seperti yang tertulis dalam Ruhul Bayan dan
Khazinat al-Asrar. Yang benarnya adalah Abdul Rahman al-Mas'udi.
Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah
dan Fatwa Soaljawab Islam Hanafi menyimpulkan berkenaan isu ini:-
Tidak diketahui apa yang disebutkan
dalam amalan itu berasal dari Sunnah, dan kerana tidak pernah ditentukan dalam riwayat untuk membatasi
pembacaan surah-surah yang disebutkan (al-Fath) pada waktu tertentu atau doa
tertentu, serta kewajipan membacanya pada hari tertentu, ini semua adalah
perkara yang diada-adakan. Dan amalan tersebut bukanlah sunnah.
Rujukan
Fatwa Syabakah
Islamiyah no. 127107
Fatwa Soaljawab Islam Hanafi no.
175830
No comments:
Post a Comment