Mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan
Disunahkan bagi seorang muslim
untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadan dan bersungguh-sungguh
untuk mengkhatamkannya. Akan tetapi, perkara itu tidak diwajibkan atasnya.
Maksudnya, jika dia tidak mengkhatamkan Al-Quran, maka dirinya tidak berdosa,
akan tetapi dia telah kehilangan kesempatan meraih pahala yang banyak.
Mengkhatamkan Al-Quran selama
bulan Ramadhan bukanlah kewajipan, syaikh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata,
ختم القرآن في رمضان للصائم ليس بأمر واجب ، ولكن ينبغي للإنسان في رمضان
أن يكثر من قراءة القرآن
Mengkhatamkan Al-Quran di bulan
Ramadhan bagi orang yang berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Akan tetapi
sebaiknya seseorang memperbanyak membaca Al-Quran di bulan Ramadhan (Majmu’
Fatawa wa Rasail 20/516)
Disunnahkan membaca Al-Quran yang
ada setiap hari, dan barang siapa yang mampu menyelesaikan Al-Quran dalam
sebulan atau kurang, itulah yang terbaik (Fatwa Awqaf UAE no. 87720).
Dalil dari hal tersebut adalah,
dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, menunjukkan Nabi saw berusaha untuk
mengkhatamkan Al-Quran di hadapan Jibril ‘alaihissalam sebanyak sekali setiap
tahunnya. Dan inilah yang bertepatan dengan Sunnah Nabi saw menurut Syeikh
Mustafa al-Adawi (https://youtu.be/nvcfuDqrO98). Dengan berdalilkan hadith:
أن جبريل كان يعْرضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً ، فَعرضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ
فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فيه
Sesungguhnya Jibril mengulang
kembali Al-Quran kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam sekali dalam setahun.
Pada tahun wafatnya beliau, Dia mengulangnya dua kali (HR. Bukhari no. 4614).
Ibnu Atsir berkata dalam Al-Jami
Fi Gharibil Haditth, 4/64, maksudnya adalah bahawa dia mengulang kembali
seluruh Al-Quran yang pernah diturunkan.
Beberapa atsar menunjukkan para
salaf mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan
Berkata Imam Nawawi:
وأما الذي يختم في ركعة فلا يحصون لكثرتهم فمن المتقدمين عثمان بن عفان
وتميم الداري وسعيد بن جبير رضي الله عنهم ختمة في كل ركعة في الكعبة
Adapun yang mengkhatamkan Al-Quran
dalam satu rakaat solat maka jumlah tidak dapat dihitung kerana banyaknya. Di antara
mereka yang termasuk sahabat senior adalah ‘Utsman bin ‘Affan, Tamim Ad-Dari,
Sa’id bin Zubair Radhiyallahu ‘anhum. Mereka mengkhatamkan Al-Quran dalam satu
rakaat ketika solat di depan kaabah (At Tibyan Fii Adaab Hamalat Al Qur’an hal.
60).
Takhrij
سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ أَنَّهُ قَرَأَ الْقُرْآنَ فِي رَكْعَةٍ فِي
الْكَعْبَةِ
Sa'id bin Jubair RA
mengkhatamkan Al-Quran dalam 2 rakaat salat di dalam Kaabah
Musannaf Abi Syaibah 2/386 no.
8674; Sunan Tirmidzi 5/196, Syarahus
Sunnah al-Baghawi 4/499, hasan menurut pentahqiq Syarahus Sunnah al-Baghawi
4/499 (Syeikh al-Arnauth, Islamkotob), khilaf sunnah menurut az-Zahabi.tidak
sahih (https://islamarchive.cc/H_88207).
عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فِي رَكْعَةٍ
يُوتِرُ بِهَا
Dalam sebuah riwayat mengatakan
bahawa Utsman bin Affan RA terkadang khatam seluruh ayat Al-Quran hanya dalam
satu rakaat solat witir
Musannaf Abi Syaibah 2/386; Sunan
Tirmidzi 5/196; Mu'jam al-Kabir 1/87 no. 130, sanadnya hasan menurut
al-Haithami dalam Majma Zawaid 9/94; Syarahus Sunnah 4/499, sanadnya sahih menurut pentahqiq Syarahus Sunnah al-Baghawi
4/499 (Syeikh al-Arnauth, Islamkotob)
Dari Ibrahim An-Nakha’i, ia
berkata,
كَانَ الأَسْوَدُ يَخْتِمُ القُرْآنَ فِي رَمَضَانَ فِي كُلِّ لَيْلَتَيْنِ
Al-Aswad biasa mengkhatamkan
Al-Quran di bulan Ramadhan setiap dua malam (Siyar A’lam An-Nubala, 4/51).
Disebutkan dalam kitab yang sama
di luar bulan Ramadhan, Al-Aswad biasa mengkhatamkan Al-Quran dalam enam malam.
Waktu istirehat beliau untuk tidur hanya antara Maghrib dan Isyak. (Siyar A’lam
An-Nubala, 4/51).
Salam bin Abu Muthi’ pernah
mengatakan tentang semangat Qatadah dalam berinteraksi dengan Al-Qur’an,
كَانَ قَتَادَة يَخْتِمُ القُرْآنَ فِي سَبْعٍ، وَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ
خَتَمَ فِي كُلِّ ثَلاَثٍ، فَإِذَا جَاءَ العَشْرُ خَتَمَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Qatadah biasanya mengkhatamkan
Al-Qur’an dalam tujuh hari. Namun jika datang bulan Ramadhan ia
mengkhatamkannya setiap tiga hari. Ketika datang sepuluh hari terakhir dari
bulan Ramadhan, ia mengkhatamkan setiap malamnya (Siyar A’lam An-Nubala’
5/276).
Imam Syafie sebagaimana
disebutkan oleh muridnya Ar-Rabi’ bin Sulaiman,
كَانَ الشَّافِعِيُّ يَخْتِمُ القُرْآنَ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ سِتِّيْنَ
خَتْمَةً
Imam Syafie biasa mengkhatamkan
Al-Qur’an di bulan Ramadhan sebanyak 60 kali.” Ditambahkan oleh Ibnu Abi Hatim bahawa
khataman tersebut dilakukan dalam solat. (Siyar A’lam An-Nubala’ 10/36). Syeikh
Mustafa al-Adawi menganggap kisah ini adalah kisah yang aneh dan tidak dapat
dipastikan kesahihannya, dan ini termasuk kisah-kisah yang tidak diberi
komentar oleh az-Zahabi dalam Siyar ‘Alam an-Nubala (https://youtu.be/vj6ajER77Cw).
Ibnu ‘Asakir adalah seorang ulama
hadith dari negeri Syam, beliau penulis
kitab yang terkenal iaitu Tarikh Dimasyq. Anaknya yang bernama Al-Qasim
mengatakan mengenai bapanya,
وكان مواظبا على صلاة الجماعة وتلاوة القرآن، يختم كل جمعة، ويختم في رمضان
كل يوم، ويعتكف في المنارة الشرقية، وكان كثير النوافل والاذكار
Ibnu ‘Asakir adalah orang yang
biasa merutinkan solat jemaah dan tilawah Al-Qur’an. Beliau biasa mengkhatamkan
Al-Qur’an setiap minggu. Lebih luar biasanya di bulan Ramadhan, beliau
khatamkan Al-Qur’an setiap hari. Beliau biasa beri’tikaf di Al-Manarah
Asy-Syaqiyyah. Beliau adalah orang yang sangat gemar melakukan amalan sunnah
dan rajin berzikir.” (Siyar A’lam An-Nubala’, 20/ 562).
وروى أبو داود بإسناده الصحيح أن مجاهدا كان يختم القرآن فيما بين المغرب
والعشاء
وعن منصور قال كان علي الأزدي يختم فيما بين المغرب والعشاء كل ليلة من
رمضان
Abu Daud meriwayatkan dengan
sanadnya yang sahih, bahawa sesungguhnya Mujahid biasa mengkhatamkan Al-Qur’an
pada waktu antara maghrib dan isyak. Dari Manshur, dia mengatakan bahawa ‘Ali
Al Azdi biasa mengkhatamkan Al-Quran pada waktu antara maghrib dan isyak pada
setiap malam di Bulan Ramadhan (At Tibyan Fii Adaab Hamalat Al Qur’an hal. 32).
Perbezaan pendapat ulama mengenai
tempoh mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari
Menurut Imam Tirmidzi:
قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ لَا يُقْرَأُ الْقُرْآنُ فِي أَقَلَّ مِنْ
ثَلَاثٍ لِلْحَدِيثِ الَّذِي رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَرَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ وَرُوِي عَنْ عُثْمَانَ بْنِ
عَفَّانَ أَنَّهُ كَانَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فِي رَكْعَةٍ يُوتِرُ بِهَا وَرُوِي
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ أَنَّهُ قَرَأَ الْقُرْآنَ فِي رَكْعَةٍ فِي
الْكَعْبَةِ وَالتَّرْتِيلُ فِي الْقِرَاءَةِ أَحَبُّ إِلَى أَهْلِ الْعِلْمِ"
Sebahagian ulama menyatakan
bahawa al-Quran tidak dikhatamkan kurang dari 3 hari berdasarkan hadith yang
diriwayatkan daripada Nabi saw. Manakala sebahagian ulama yang lain memberikan
keringanan dalam perkara ini. Diriwayatkan daripada Utsman bin Affan bahawa
beliau mengkhatamkan al-Quran salam satu rakaat witir (dalam satu malam).
Diriwayatkan daripada Sa’id bin Jubair, bahawa beliau mengkhatamkan al-Quran
dalam satu rakaat di (sisi) kaabah. Dan para ulama lebih menyukai al-Quran
dibaca dengan tartil (HR. Tirmidzi 5/196 no. 2946).
Menurut Imam Nawawi:
وقد كره جماعة من المتقدمين الختم في يوم وليلة. ويدل عليه الحديث الصحيح
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلى الله عليه
وسلم : لا يفقه من قرأ القرآن في أقل من ثلاث رواه أبو داود والترمذي والنسائي
وغيرهم قال الترمذي حديث حسن صحيح والله أعلم.
Sebahagian ulama terdahulu
berpendapat bahawa mengkhatamkan Al-Quran sehari semalam hukumnya makruh.
Diantara dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah hadith sahih yang
diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Aash Radhiyallahu ‘anhuma, beliau
mengatakan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
لاَ يَفْقَهُ مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ فِى أَقَلَّ مِنْ ثَلاَثٍ
Tidak akan faham orang yang membaca
Al Quran apabila dia membacanya hingga khatam lebih cepat dari 3 hari [HR. Abu
Daud no. 1394, sahih].
Dan beliau menambah lagi dalam
kitab yang sama:
والاختيار أن ذلك يختلف باختلاف الأشخاص فمن كان يظهر له بدقيق الفكر لطائف
ومعارف فليقتصر على قدر ما يحصل له كمال فهم ما يقرؤه وكذا من كان مشغولا بنشر
العلم أو غيره من مهمات الدين ومصالح المسلمين العامة فليقتصر على قدر لا يحصل
بسببه إخلال بما هو مرصد له.
وإن لم يكن من هؤلاء المذكورين فليستكثر ما أمكنه من غير خروج إلى حد الملل
والهذرمة.
وقد كره جماعة من المتقدمين الختم في يوم وليلة
Pendapat yang terpilih bahawasanya
hal tersebut berbeza-beza sebagaimana berbezanya keadaan setiap orang. Bagi
orang-orang yang tampak baginya hikmah-hikmah yang halus/tersembunyi dengan
teliti dalam merenungkan/memikirkan maka hendaklah dia membacanya dengan kadar
yang dengannya dia dapat meraih pemahaman dari apa yang dia baca. Demikian juga
bagi orang-orang yang tersibukkan dengan menyebarluaskan ilmu dan yang lainnya
dari perkara-perkara yang penting dalam agama atau demi kemaslahatan kaum
muslimin secara luas. Maka hendaklah dia membacanya sesuai kadar yang dengannya
menjadi sebab tidak tertunaikan hal-hal harus dipersiapkan untuk itu. Adapun
bagi orang-orang yang keadaannya tidak sebagaimana yang telah disebutkan maka
hendaklah mereka memperbanyak mengkhatamkan Al Qur’an sebanyak yang mereka
mampu. Namun dengan catatan tidak sampai membuat mereka bosan dan jenuh.(at-Tibyan
hal. 72).
Menurut Ibnu Katsir:
وقد كره غير واحد من السلف قراءة القرآن في أقلِّ من ثلاثٍ ، كما هو مذهبُ
أبي عبيد ، وإسحاق بن راهويه ، وغيرهما من الخلف أيضاً .
Dan banyak dari kalangan Salafus
Soleh yang tidak menyukai apabila membaca dan menghatamkan Al Quran kurang dari
tiga hari, sebagaimana mazhab Abu Ubaid, Ishaq bin Rahawaih dan selain dari
keduanya dari para ulama khalaf (Fadhail al-Quran hal. 254)
Hal ini menyebabkan ada sebahagian
orang yang membenci dan memandang makruh jika khatamnya kurang dari tiga hari. Sehingga
membaca al-Quran dengan tempoh khatam setiap tiga hari adalah durasi yang ideal
dan maksimal baik dari sisi kuantiti bacaan maupun kualiti dalam mentadaburi
isinya, mereka di antaranya memahaminya dari hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّهُ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي
كَمْ أَقْرَأُ الْقُرْآنَ قَالَ فِي شَهْرٍ قَالَ إِنِّي أَقْوَى مِنْ ذَلِكَ
يُرَدِّدُ الْكَلَامَ أَبُو مُوسَى وَتَنَاقَصَهُ حَتَّى قَالَ اقْرَأْهُ فِي
سَبْعٍ قَالَ إِنِّي أَقْوَى مِنْ ذَلِكَ قَالَ لَا يَفْقَهُ مَنْ قَرَأَهُ فِي
أَقَلَّ مِنْ ثَلَاثٍ
Dari Abdullah bin ‘Amru bahawa
dia berkata, ‘wahai Rasulullah, berapa lamakah aku harus mengkhatamkan al-Quran?’
Beliau bersabda, ‘dalam sebulan.’ Abdullah bin ‘Amru berkata, ‘Sesungguhnya aku
mampu lebih dari itu.” -Abu Musa (Ibnu Mutsanna) mengulang-ulang perkataan ini-
dan Abdullah selalu meminta dipensasi hingga beliau bersabda, ‘jika demikian,
bacalah al-Qur’an (hingga khatam) dalam tujuh hari.’ Abdullah berkata, ‘Aku
masih dapat menyelesaikannya lebih dari itu.’ Beliau bersabda, ‘tidak akan
dapat memahaminya orang yang mengkhatamkan al-Qur’an kurang dari tiga hari.”(HR.
Abu Daud no. 1390, sahih).
Al ‘Azhim Abadi menyatakan bahawa
hadith di atas adalah dalil tegas yang menyatakan bahawa tidak boleh
mengkhatamkan Al-Quran kurang dari tiga hari. (‘Aun Al-Ma’bud, 4/212)
Berdasarkan hadith di atas,
terlihat bahawa khatam tiga kali sehari adalah batas yang paling wajar dan
dapat dicapai bahawa seseorang masih dapat membaca al-Quran dan memahami
isinya dengan baik.
Dalam sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan, Rasulullah Saw. pernah mengoreksi
laki-laki yang mengkhatamkan Al-Qur’an setiap malam:
وَاقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ قَالَ قُلْتُ أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ
ذَلِكَ قَالَ وَاقْرَأْ فِي كُلِّ سَبْعِ
لَيَالٍ مَرَّةً فَلَيْتَنِي قَبِلْتُ رُخْصَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْه
Bacalah (Khatamkanlah) al-Quran
sekali pada setiap bulannya.’ Aku katakan, ‘Aku mampu lebih dari itu.Beliau
bersabda, ‘kalau begitu, khatamkanlah al-Quran sekali dalam tujuh hari. Maka
sekiranya aku menerima keringanan yang diberikan Nabi Saw (HR. Bukhari no.
5052).
Menurut Ibnu Rajab al-Hambali:
وإنما ورد النهي عن قراءة القرآن في أقل من ثلاث على المداومة على ذلك ،
فأما في الأوقات المفضلة كشهر رمضان خصوصاً الليالي التي يطلب فيها ليلة القدر ،
أو في الأماكن المفضلة كمكة لمن دخلها من غير أهلها فيستحب الإكثار فيها من تلاوة
القرآن اغتناماً للزمان والمكان ، وهو قول أحمد وإسحاق وغيرهما من الأئمة ، وعليه
يدل عمل غيرهم كما سبق ذكره
Larangan mengkhatamkan Al-Quran
kurang dari tiga hari itu ada jika dilakukan terus menerus. Sedangkan jika
sesekali dilakukan apalagi di waktu utama seperti bulan Ramadhan lebih-lebih
lagi pada malam yang dinanti iaitu Lailatul Qadar atau di tempat yang mulia
seperti di Makkah bagi yang mendatanginya dan ia bukan penduduk Makkah, maka
disunnahkan untuk memperbanyak tilawah untuk memanfaatkan pahala melimpah pada
waktu dan zaman. Inilah pendapat dari Imam Ahmad dan Ishaq serta ulama besar
lainnya. Inilah yang diamalkan oleh para ulama sebagaimana telah disebutkan. (Lathaif Al-Ma’arif hal.
306)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah
berkata
قراءة القرآن على الوجه المأمور به : تورث القلب الإيمان العظيم ، وتزيده
يقينا وطمأنينة وشفاء .
Membaca Al-Quran itu hendaknya mengikuti
anjuran yang diperintahkan untuk melakukannya ; kerana hal itu akan menjadikan
tertanamnya keimanan dalam hati, dan akan semakin menambah keyakinan kepadanya
dan sekaligus sebagai ubat (Majmu Fatawa 7/283).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
25666, 236095
Fatwa Soaljawab Islam no. 65754,
141700, 156299, 211865
Fatwa Awqaf UAE no. 87720
https://harakah.id/durasi-terbaik-khatam-al-quran-seperti-para-sahabat-nabi/
https://rumaysho.com/11162-kisah-menakjubkan-para-ulama-mengkhatamkan-al-quran-dalam-sehari.html
No comments:
Post a Comment