Takhrij

Tuesday, 26 April 2022

Hadith berbantah dengan dajjal

 

 

1. Rasulullah saw bersabda:

 

اِنْ يَخْرُجْ وَاَنَا فِيْكُمْ فَاَنَا حَجِيْجُكُمْ ، وَاِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيْكُمْ فَكُلُّ امْرِئٍ حَجِيْجُ نَفْسِه

 

Jika ia (Dajjal) muncul, dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku demi kamu akan mengalahkannya dengan  hujjah. Dan, apabila ia muncul, sedangkan aku tak ada di tengah-tengah kamu, hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2240, Abu Daud no. 4321, Ibnu Majah no. 3310, Muslim no. 2937, daripada al-Nawas bin Sam’an al-Ansari ra. Sahih.

 

 

2. Rasulullah saw bersabda:

 

فَاِنْ يَخْرُجْ وَاَنَا بَيْنَ اَظْهُرِكُمْ فَاَنَا حَجِيْجٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ ، وَاِنْ يَخْرُجْ بَعْدِيْ فَكُلٌّ حَجِيْجُ نَفْسِه

 

Maka apabila ia (Dajjal) muncul dan aku ada di tengah-tengah kamu, aku akan mengalahkan dia dengan hujjah/dalil atas nama kaum Muslimin; akan tetapi, apabila ia muncul sesudahku, hendaklah tiap-tiap orang berbantah dengan dia atas nama sendiri

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 4077, Ibnu Khuzaimah dalam al-Tauhid 2/459, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah no. 391, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak 5/756 no. 8664, daripada Abu Umamah al-Bahili ra.

 

Sahih menurut al-Hakim, sesuai dengar syarat Muslim. Akan tetapi pernyataan al-Hakim ini dibantah oleh az-Zahabi. Hadith ini tidak sahih kerana sanadnya terputus, dan terdapat perawi yang majhul. Malah dua perawi’Amru bin Abdullah al-Hadrami dan  YAhya bin Abi ‘Amru bukanlah perawi Sahih Muslim.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Sunan Ibnu Majah.

No comments:

Post a Comment