Takhrij

Tuesday, 26 April 2022

Atsar menguatkan hafalan al-Quran

 

Matan atsar

 

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ سُبَيْعٍ وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ الْبَقَرَةِ عِنْدَ مَنَامِهِ لَمْ يَنْسَ الْقُرْآنَ أَرْبَعُ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثٌ مِنْ آخِرِهَا قَالَ إِسْحَقُ لَمْ يَنْسَ مَا قَدْ حَفِظَ قَالَ أَبُو مُحَمَّد مِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ الْمُغِيرَةُ بْنُ سُمَيْعٍ

 

Terjemahan

 

Dari Al Mughirah bin Subai', ia termasuk sahabat Abdullah, ia berkata; Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah ketika hendak tidur, maka ia tidak akan lupa Al-Qur'an. Iaitu empat ayat dari awal surat, ayat kursi, dua ayat setelahnya dan tiga ayat terakhir. Ishaq berkata; Ia tidak akan lupa ayat-ayat Al-Qur'an yang telah dihafalnya. Abu Muhammad berkata; Di antara mereka yang mengatakan adalah Al Mughirah bin Sumai'.

 

Takhrij

 

AR. Ad-Darimi no. 3251, Sunan Said bin Manshur  2/429, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2189, disebutkan as-Suyuthi dalam Durar al-Mansur 1/70.

 

Sanadnya sahih sehingga Mughirah menurut pentahqiq Sunan Darimi Husain Salim Asad ad-Darani, dan pentahqiq Sunan Said Said bin Mansur.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 152049

No comments:

Post a Comment