Takhrij

Friday, 29 April 2022

Hadith pembukaan Konstantinopel (bukti kebenaran akidah Asyairah wal Matrudiyah)

 

Matan hadith

 

النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش قال فدعاني مسلمة بن عبد الملك فسألني فحدثته فغزا القسطنطينية

 

Terjemahan

 

Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Konstantinopel benar-benar akan ditaklukkan, maka senikmat-nikmat pemimpin adalah pemimpinnya dan senikmat-nikmat pasukan adalah pasukan itu". Lalu Maslamah bin 'Abdil-Malik pun memanggilku dan bertanya kepadaku, maka aku menceritakan hadith itu, dan setelah itu, ia pun memerangi Konstantinopel

 

Takhrij

 

Hadith ini terdapat beberapa jalan:

 

HR. Ahmad no. 18957, al-Baghawi dalam Mu’jam al-Sahabah no. 20, Abu Nua’im dalam Makrifatul Sahabah no. 1177, Ibnu Asakir  58/35 daripada 'Abdullah bin Bisyr Al-Khats'ami.

 

Al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir no. 1216, al-Hakim no. 8300, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 1216, Ibnu Asakir 58/34daripada 'Abdullah bin Bisyr Al-Ghanawi.

 

Abu Nua’im dalam Makrifatul Sahabah no. 1178 daripada 'Ubaid bin Bisyr Al-Ghanawi.

 

Madar hadith = Zaid bin Al-Hubbab

 

Al-Haithami dalam az-Zawaid 6/221 menyatakan para perawi dalam riwayat al-Ghanawi itu tsiqah.

 

Yang benar rantai sanad hadith ini adalah dari Ubaid atau Abdullah bin Bisyr al-Ghanawi bukan Al-Khats'ami.

 

Manakala al-Ghanawi tidak terdapat bukti kukuh yang dia adalah seorang sahabat, maka sanad hadith ini terputus (Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Ishabah 1/439).

 

Yang benar, hadith itu dinilai dhaif oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad 31/287-288, kerana jahalah dari 'Abdullah bin Bisyr Al-Khats'ami.

 

Dhaif juga menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 878

 

Adakah hadith ini menunjukkan kebenaran akidah Asyairah dan Matrudiyah?

 

Tidak dinukilkan mana-mana teks sejarah akidah Sultan Muhammad al-Fatih adalah Asyairah matrudiyah.

 

Jika mengambil hadith itu sahih, hadith tersebut menceritakan secara general pasukan tentera tersebut hebat. Bukan sebab mereka Asyairah Matrudiyah lalu dikurniakan kemenangan. Kerana dalam barisan tentera pasti terdapat campuran antara orang biasa, ulama, soleh, yang tak soleh, mazhab akidah berbeza. Maka melihat konteks ini kita faham pujian itu diberikan atas kapasiti pasukan ketenteraan, tidak perlu baginya untuk memuji individu satu persatu. Kerana perlu juga diimbau dalam sejarah, bahawa pasukan terbaik Nabi saw pun dalamnya terdapat syahid tapi ahli neraka kerana khianat hasil ghanimah (HR. Bukhari no. 2073, 3074, 4234, Abu Daud no. 2710) dan ada yang membunuh diri iaitu Quzman Adz-Dzufury (HR. Bukhari no. 3966, 6232) kerana tidak tahan luka perang. Tetapi pasukan Nabi saw memang terbaik berbanding pasukan-pasukan Islam yang terkemudian. Ini jelas bukan menjadi kayu ukur kebenaran akidah.

 

Dan pujian dalam hadith itu merujuk kepada usaha jihad yang terpuji dan strategi ketenteraan yang bagus ketika mereka membuka Konstantinopel, tidak ada kaitan kayu ukur kebenaran manhaj akidah.

 

Dan seandainya hadith tersebut sahih maka tidak mesti yang dimaksudkan dalam hadith itu adalah Muhammad Al-Fatih. Ada beberapa hadith yang terkait dalam hal penaklukan Konstantinopel. Antaranya:

 

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ بِدَابِقٍ ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ ، مِنْ خِيَارِ أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ ، فَإِذَا تَصَافُّوا ، قَالَتِ الرُّومُ : خَلُّوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ . فَيَقُولُ الْمُسْلِمُونَ : لَا ، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا . فَيُقَاتِلُونَهُمْ ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا ، وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ ، وَيَفْتَتِحُ الثُّلُثُ ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا ، فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ بِالزَّيْتُونِ ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ : إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ ، فَيَخْرُجُونَ ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ ، فَإِذَا جَاءُوا الشَّأْمَ خَرَجَ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ ، يُسَوُّونَ الصُّفُوفَ ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga orang Rom turun di Kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (berhampiran Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan dari Madinah, yang merupakan penduduk pilihan di muka bumi kala itu. Ketika mereka sudah berbaris untuk berperang, maka berkatalah orang Rom: “Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Maka berperanglah kedua pihak ini. Pusingan pertama, mati satu pertiga dari mereka yang Allah tidak akan menerima taubatnya. Pusingan kedua, mati pula satu pertiga yang merupakan sebaik-baik syuhada. Pusingan ketiga, dimenangi oleh satu pertiga yang baki. Kemudian mereka berjaya membuka kota Constantinople. Mereka membahagikan harta rampasan perang dan menggantungkan pedang-pedang pada pohon zaitun. Ketika itu muncul satu khabar dari syaitan, mengatakan Dajjal telahpun keluar bagi mengganggu anak isteri mereka. Maka mereka pun keluar mendapatkannya. Walhal ianya adalah batil. Ketika mereka berbaris mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Ketika waktu solat sudah masuk dan mereka bersedia mendirikan solat, tiba-tiba turunlah Nabi Isa Ibn Maryam A.S.(HR. Muslim no. 2897).

 

 

Hadith di atas dan semisalnya jelas berbicara tentang penaklukan Konstantinopel dan jelas-jelas terdapat Pujian Rasulullah terhadap orang-orang yang berperang di Akhir Zaman tatkala menaklukan/membuka Konstatinopel.

Satu lagi adalah diketahui umum bagaimana sikap kalangan Asyairah Maturidiyah  terhadap penolakan hadith Ahad dalam masalah akidah.  Dan jelas hadith di tersebut yang diriwayatkan Imam Ahmad dan lain-lain adalah hadith Ahad. Jika mengikut disiplin Aysairah Matrudiyah, maka hadith tersebut automatic tertolak walaupun sahih maka, hujah mereka panjang lebar berkenaan hadith di atas menunjukkan “kebenaran” akidah mereka telah runtuh dengan sendirinya, sebab masalah pengkhabaran tentang masa depan termasuk perkara ghaib yang masuk dalam cakupan akidah.

 

An-Nashiri berkata:

 

Khabar ahad itu mewajibkan amal, tetapi tidak mewajibkan ilmu. Selain itu, akidah tidak dapat dibangun di atas pondasi khabar ahad. Sebab ia tidak menghasilkan ilmu yakin." At-Tiftazani berkata, "Di bidang akidah, dengan memerhatikan keterpenuhan syarat, khabar ahad hanya menghasilkan zhann (sangkaan)."(Kitab at-Tauhid hal. 9-10)

 

Kata 'Aduddin al-Ieji:

 

Adapun Ashab kami (Al-Asya'irah) dalam menetapkan wajib mengkaji yang menghasilkan pengetahuan mempunyai dua cara: Yang pertama adalah dengan berdalilkan dengan zahir ayat-ayat dan hadith-hadith yang menunjukkan wajibnya mengkaji dalam mendapat pengetahuan ….. (sehingga dia berkata): dan cara ini tidak mengeluarkannya sebagai zanni, dalalahnya tidak pasti (tidak meyakinkan) kerana berkemungkinan perintah bukan atas bentuk kewajipan dan atas dasar khabar yang dibawa adalah Ahad [AlMawaqif 1/148].

 

Maka menurut al-Ieji, tindakan menetapkan sesuatu urusan akidah (yang mereka pegang) dengan menggunakan dalil-dalil wahyu dan hadith-hadith Ahad tidak memberikan keyakinan dan kepastian.

 

Kata Fakhr al-Razi (Asas al-Taqdis 1/127):

 

Adapun berpegang dengan Khabar Ahad dalam mengenal ALLAH Taala maka ianya Tidak dibolehkan dan menunjukkan atas perkara ini beberapa wajah; yang pertamanya: Bahawa Khabar Ahad Zanni (tidak meyakinkan) maka tidak boleh berpegang dengannya dalam mengenal ALLAH Ta'ala dan Sifat-sifatNya.

 

Kata Sa'ad al-Taftazani (daripada al-Maturidiah) (Syarhul Maqasid 2/198):

 

Kerana sesugguhnya Khabar Ahad atas anggaran mencukupi semua syarat-syaratnya (syarat hadith sahih) ia tidak memberikan faedah melainkan secara zhan (sangkaan yg tidak meyakinkan) dan tidak menjadi iktibar melainkan dalam urusan 'amaliah (Fiqh) tidak dalam Iktiqad"

 

Kalau dah tolak hadith ahad mengapa pula dijadikan hadith ini sebagai hujah???

 

Mereka ini, selalu reka “disiplin ilmu” syok sendiri lepas itu pening bila nak guna/ dah guna sebab bercanggah-canggah balik dengan disiplin rekaan tersebut.

 

a)       Tolak hadith sebab tak pasti perawi hadith ini pun ada kemungkinan dusta – lepastu time hadith capal, hadith nur Muhammad, hadith Nabi Khidir guna pulak.

b)      Tolak hadith ahad – tapi bila nak menyatakan “kebenaran” akidah mereka, sanggup pula langgar disiplin tersebut guna hadith ahad

c)       Dulu dok tegur orang tak sebut saidina dalam selawat dalam solat dalam doa mesti tak beradab dengan Nabi saw -  tapi bila zikir kemain short pulak guna lafzu jallaah (lafaz Allah) boleh pulak lepas tu lagi pendek, HU HU HU.

d)      Semangat selawat beribu, buat qasidah, ya hanana etc, cinta nabi konon -  tapi suka guna hadith palsu, hadith rokok, hadith kopi, buat tokok tambah agama, khurafat dll.

 

Jelas pemahaman, ilmu dan disiplin mereka ini sentiasa kucar-kacir serta tidak lurus.

 

Maka tidak perlulah dikisahkan  lagi karut-marut bawaan mereka, yang nantinya jelas hujah-hujah mereka utarakan itu dangkal dan tak ilmiah.

 

Rujukan

 

https://al-maktaba.org/book/31621/8454

 

https://idlbi.net/qustantinia/

 

https://www.alukah.net/sharia/0/4124/%D8%A5%D8%A8%D8%B7%D8%A7%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%A7%D8%AD%D8%AA%D8%AC%D8%A7%D8%AC-%D8%A8%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%D9%81%D8%AA%D8%AD-%D8%A7%D9%84%D9%82%D8%B3%D8%B7%D9%86%D8%B7%D9%8A%D9%86%D9%8A%D8%A9-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%B5%D8%AD%D8%A9-%D9%85%D8%B0%D8%A7%D9%87%D8%A8-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%A8%D8%AA%D8%AF%D8%B9%D8%A9/

No comments:

Post a Comment