Matan hadith
النبي صلى الله عليه وسلم يقول : لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها
ولنعم الجيش ذلك الجيش قال فدعاني مسلمة بن عبد الملك فسألني فحدثته فغزا
القسطنطينية
Terjemahan
Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Konstantinopel
benar-benar akan ditaklukkan, maka senikmat-nikmat pemimpin adalah pemimpinnya
dan senikmat-nikmat pasukan adalah pasukan itu". Lalu Maslamah bin
'Abdil-Malik pun memanggilku dan bertanya kepadaku, maka aku menceritakan
hadith itu, dan setelah itu, ia pun memerangi Konstantinopel
Takhrij
Hadith ini terdapat beberapa jalan:
HR. Ahmad no. 18957, al-Baghawi dalam Mu’jam al-Sahabah no. 20, Abu Nua’im
dalam Makrifatul Sahabah no. 1177, Ibnu Asakir
58/35 daripada 'Abdullah bin Bisyr Al-Khats'ami.
Al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir no. 1216, al-Hakim no. 8300,
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 1216, Ibnu Asakir 58/34daripada 'Abdullah
bin Bisyr Al-Ghanawi.
Abu Nua’im dalam Makrifatul Sahabah no. 1178 daripada 'Ubaid bin Bisyr
Al-Ghanawi.
Madar hadith = Zaid bin Al-Hubbab
Al-Haithami dalam az-Zawaid 6/221 menyatakan para perawi dalam riwayat
al-Ghanawi itu tsiqah.
Yang benar rantai sanad hadith ini adalah dari Ubaid atau Abdullah bin
Bisyr al-Ghanawi bukan Al-Khats'ami.
Manakala al-Ghanawi tidak terdapat bukti kukuh yang dia adalah seorang
sahabat, maka sanad hadith ini terputus (Ibnu Hajar al-Asqalani dalam
al-Ishabah 1/439).
Yang benar, hadith itu dinilai dhaif oleh Syeikh al-Arnauth dalam
Takhrij Musnad Ahmad 31/287-288, kerana jahalah dari 'Abdullah bin Bisyr
Al-Khats'ami.
Dhaif juga menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 878
Adakah hadith ini menunjukkan
kebenaran akidah Asyairah dan Matrudiyah?
Tidak dinukilkan mana-mana teks
sejarah akidah Sultan Muhammad al-Fatih adalah Asyairah matrudiyah.
Jika mengambil hadith itu sahih,
hadith tersebut menceritakan secara general pasukan tentera tersebut hebat.
Bukan sebab mereka Asyairah Matrudiyah lalu dikurniakan kemenangan. Kerana
dalam barisan tentera pasti terdapat campuran antara orang biasa, ulama, soleh,
yang tak soleh, mazhab akidah berbeza. Maka melihat konteks ini kita faham
pujian itu diberikan atas kapasiti pasukan ketenteraan, tidak perlu baginya
untuk memuji individu satu persatu. Kerana perlu juga diimbau dalam sejarah,
bahawa pasukan terbaik Nabi saw pun dalamnya terdapat syahid tapi ahli neraka
kerana khianat hasil ghanimah (HR. Bukhari no. 2073, 3074, 4234, Abu Daud no.
2710) dan ada yang membunuh diri iaitu Quzman Adz-Dzufury (HR. Bukhari no.
3966, 6232) kerana tidak tahan luka perang. Tetapi pasukan Nabi saw memang
terbaik berbanding pasukan-pasukan Islam yang terkemudian. Ini jelas bukan
menjadi kayu ukur kebenaran akidah.
Dan pujian dalam hadith itu
merujuk kepada usaha jihad yang terpuji dan strategi ketenteraan yang bagus
ketika mereka membuka Konstantinopel, tidak ada kaitan kayu ukur kebenaran
manhaj akidah.
Dan seandainya hadith tersebut
sahih maka tidak mesti yang dimaksudkan dalam hadith itu adalah Muhammad
Al-Fatih. Ada beberapa hadith yang terkait dalam hal penaklukan Konstantinopel.
Antaranya:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ الرُّومُ بِالْأَعْمَاقِ أَوْ
بِدَابِقٍ ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِمْ جَيْشٌ مِنَ الْمَدِينَةِ ، مِنْ خِيَارِ
أَهْلِ الْأَرْضِ يَوْمَئِذٍ ، فَإِذَا تَصَافُّوا ، قَالَتِ الرُّومُ : خَلُّوا
بَيْنَنَا وَبَيْنَ الَّذِينَ سَبَوْا مِنَّا نُقَاتِلْهُمْ . فَيَقُولُ
الْمُسْلِمُونَ : لَا ، وَاللهِ لَا نُخَلِّي بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ إِخْوَانِنَا .
فَيُقَاتِلُونَهُمْ ، فَيَنْهَزِمُ ثُلُثٌ لَا يَتُوبُ اللهُ عَلَيْهِمْ أَبَدًا ،
وَيُقْتَلُ ثُلُثُهُمْ ، أَفْضَلُ الشُّهَدَاءِ عِنْدَ اللهِ ، وَيَفْتَتِحُ
الثُّلُثُ ، لَا يُفْتَنُونَ أَبَدًا ، فَيَفْتَتِحُونَ قُسْطَنْطِينِيَّةَ ،
فَبَيْنَمَا هُمْ يَقْتَسِمُونَ الْغَنَائِمَ ، قَدْ عَلَّقُوا سُيُوفَهُمْ
بِالزَّيْتُونِ ، إِذْ صَاحَ فِيهِمِ الشَّيْطَانُ : إِنَّ الْمَسِيحَ قَدْ
خَلَفَكُمْ فِي أَهْلِيكُمْ ، فَيَخْرُجُونَ ، وَذَلِكَ بَاطِلٌ ، فَإِذَا جَاءُوا
الشَّأْمَ خَرَجَ ، فَبَيْنَمَا هُمْ يُعِدُّونَ لِلْقِتَالِ ، يُسَوُّونَ
الصُّفُوفَ ، إِذْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ ، فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Tidak akan terjadi hari kiamat,
sehingga orang Rom turun di Kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di
Dabiq (berhampiran Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan dari
Madinah, yang merupakan penduduk pilihan di muka bumi kala itu. Ketika
mereka sudah berbaris untuk berperang, maka berkatalah orang Rom: “Biarkanlah
(jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri
dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata,
Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami.
Maka berperanglah kedua pihak ini. Pusingan pertama, mati satu pertiga dari
mereka yang Allah tidak akan menerima taubatnya. Pusingan kedua, mati pula satu
pertiga yang merupakan sebaik-baik syuhada. Pusingan ketiga, dimenangi oleh
satu pertiga yang baki. Kemudian mereka berjaya membuka kota Constantinople.
Mereka membahagikan harta rampasan perang dan menggantungkan pedang-pedang pada
pohon zaitun. Ketika itu muncul satu khabar dari syaitan, mengatakan Dajjal
telahpun keluar bagi mengganggu anak isteri mereka. Maka mereka pun keluar
mendapatkannya. Walhal ianya adalah batil. Ketika mereka berbaris mereka sudah
bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Ketika waktu solat
sudah masuk dan mereka bersedia mendirikan solat, tiba-tiba turunlah Nabi Isa
Ibn Maryam A.S.(HR. Muslim no. 2897).
Hadith di atas dan semisalnya
jelas berbicara tentang penaklukan Konstantinopel dan jelas-jelas terdapat Pujian
Rasulullah terhadap orang-orang yang berperang di Akhir Zaman tatkala
menaklukan/membuka Konstatinopel.
Satu lagi adalah diketahui umum bagaimana
sikap kalangan Asyairah Maturidiyah
terhadap penolakan hadith Ahad dalam masalah akidah. Dan jelas hadith di tersebut yang diriwayatkan
Imam Ahmad dan lain-lain adalah hadith Ahad. Jika mengikut disiplin Aysairah
Matrudiyah, maka hadith tersebut automatic tertolak walaupun sahih maka, hujah
mereka panjang lebar berkenaan hadith di atas menunjukkan “kebenaran” akidah
mereka telah runtuh dengan sendirinya, sebab masalah pengkhabaran tentang
masa depan termasuk perkara ghaib yang masuk dalam cakupan akidah.
An-Nashiri berkata:
Khabar ahad itu mewajibkan amal,
tetapi tidak mewajibkan ilmu. Selain itu, akidah tidak dapat dibangun di atas
pondasi khabar ahad. Sebab ia tidak menghasilkan ilmu yakin." At-Tiftazani
berkata, "Di bidang akidah, dengan memerhatikan keterpenuhan syarat, khabar
ahad hanya menghasilkan zhann (sangkaan)."(Kitab at-Tauhid hal. 9-10)
Kata 'Aduddin al-Ieji:
Adapun Ashab kami (Al-Asya'irah)
dalam menetapkan wajib mengkaji yang menghasilkan pengetahuan mempunyai dua
cara: Yang pertama adalah dengan berdalilkan dengan zahir ayat-ayat dan
hadith-hadith yang menunjukkan wajibnya mengkaji dalam mendapat pengetahuan …..
(sehingga dia berkata): dan cara ini tidak mengeluarkannya sebagai zanni,
dalalahnya tidak pasti (tidak meyakinkan) kerana berkemungkinan perintah bukan atas
bentuk kewajipan dan atas dasar khabar yang dibawa adalah Ahad [AlMawaqif
1/148].
Maka menurut al-Ieji, tindakan
menetapkan sesuatu urusan akidah (yang mereka pegang) dengan menggunakan
dalil-dalil wahyu dan hadith-hadith Ahad tidak memberikan keyakinan dan
kepastian.
Kata Fakhr al-Razi (Asas
al-Taqdis 1/127):
Adapun berpegang dengan Khabar
Ahad dalam mengenal ALLAH Taala maka ianya Tidak dibolehkan dan menunjukkan
atas perkara ini beberapa wajah; yang pertamanya: Bahawa Khabar Ahad Zanni
(tidak meyakinkan) maka tidak boleh berpegang dengannya dalam mengenal ALLAH
Ta'ala dan Sifat-sifatNya.
Kata Sa'ad al-Taftazani (daripada
al-Maturidiah) (Syarhul Maqasid 2/198):
Kerana sesugguhnya Khabar Ahad
atas anggaran mencukupi semua syarat-syaratnya (syarat hadith sahih) ia tidak
memberikan faedah melainkan secara zhan (sangkaan yg tidak meyakinkan) dan
tidak menjadi iktibar melainkan dalam urusan 'amaliah (Fiqh) tidak dalam
Iktiqad"
Kalau dah tolak hadith ahad
mengapa pula dijadikan hadith ini sebagai hujah???
Mereka ini, selalu reka “disiplin
ilmu” syok sendiri lepas itu pening bila nak guna/ dah guna sebab
bercanggah-canggah balik dengan disiplin rekaan tersebut.
a) Tolak hadith sebab
tak pasti perawi hadith ini pun ada kemungkinan dusta – lepastu time hadith
capal, hadith nur Muhammad, hadith Nabi Khidir guna pulak.
b) Tolak hadith ahad –
tapi bila nak menyatakan “kebenaran” akidah mereka, sanggup pula langgar
disiplin tersebut guna hadith ahad
c) Dulu dok tegur orang
tak sebut saidina dalam selawat dalam solat dalam doa mesti tak beradab dengan
Nabi saw - tapi bila zikir kemain short
pulak guna lafzu jallaah (lafaz Allah) boleh pulak lepas tu lagi pendek, HU HU
HU.
d) Semangat selawat
beribu, buat qasidah, ya hanana etc, cinta nabi konon - tapi suka guna hadith palsu, hadith rokok,
hadith kopi, buat tokok tambah agama, khurafat dll.
Jelas pemahaman, ilmu dan
disiplin mereka ini sentiasa kucar-kacir serta tidak lurus.
Maka tidak perlulah
dikisahkan lagi karut-marut bawaan
mereka, yang nantinya jelas hujah-hujah mereka utarakan itu dangkal dan tak
ilmiah.
Rujukan
https://al-maktaba.org/book/31621/8454
https://idlbi.net/qustantinia/
No comments:
Post a Comment