1.
عرضت علي أعمال أمتي فوجدت منها المقبول والمردود، إلا الصلاة علي
Ditunjukkan kepadaku
amalan-amalan umatku. Lalu aku mendapati antaranya ada yang diterima dan ada
yang ditolak, melainkan selawat ke atasku (pasti diterima)
Takhrij
Hadith ini juga tidak
ditemui sumber asal baginya.
Al-Hafiz al-Sayuthi dalam
al-Durar al-Muntathirah no. 298 berkata: Aku tidak temui sanad baginya.
Hadith ini disebut oleh Muhammad
bin Khalil Al-Qawuqji dalam kitab himpunan hadith-hadith palsu dan tiada
asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi
Maudu’ no. 330. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadith ini:
وارد معناه عن [أبي] الدرداء وأبي سليمان الداراني، كما في (حصن الحصين)،
ولم أقف على من أسند مبناه، والعلم عند الله.
Warid semaknanya daripada Abu
Al-Darda’ dan Abu Sulaiman Al-Darani, sebagaimana dalam Hisn Al-Hasin. Aku
belum menemui orang yang membawakan sanad bagi lafaznya. Pengetahuan sebenar
ada di sisi Allah.
Hadith dhaif jiddan (Kasyful
Khafa’no. 1963).
2.
كُلُّ الْأَعْمَالِ فِيهَا الْمَقْبُولُ وَالْمَرْدُودُ إِلَّا الصَّلَاةَ
عَلَيَّ فَإِنَّهَا مَقْبُولَةٌ غَيْرَ مَرْدُودَةٍ.
Semua amal manusia itu adakalanya ditolak dan adakalanya diterima
kecuali selawat kepadaku, kerana itu selalu diterima
Takhrij
HN. Habib Abdurrahman bin Mustafa al-Idrus dalamkitab Mir’at as-Syumus,
Saadatul Darain oleh Yusuf bin Ismail an-Nabhani hal 56, Hadith ini tidak
diketahui sumber asal baginya.
Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah no. 816 menukilkan
daripada guru beliau, al-Hafiz Ibnu Hajar yang menilainya sebagai sangat dhaif
tetapi sumber asal baginya tidak disebutkan dan tidak ada mana-mana ulama lain
yang menyatakan sumber asalnya.
Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah no. 345
berkata:
(Ibnu Hajar) al-‘Asqalani berkata ianya dhaif jiddan tetapi beliau tidak
menyatakan (nama) seorang pun yang meriwayatkannya dan tidak menyebutkan sanadnya
supaya dapat menjadi sanad pegangan.
Apabila seorang ahli hadith
bertaraf al-Hafiz tidak menemui atau tidak mengetahui sanad bagi sesuatu hadith,
maka sudah memadai untuk menafikan kewujudan hadith tersebut. Al-Hafiz
al-Sayuthi menyebutkan dalam Tadrib al-Rawi:
Jika seorang al-Hafiz,
al-Mutthali’ (yang luas telaahnya), al-Naqid (seorang pakar hadith) berkata
pada sesuatu hadith ‘aku tidak mengetahuinya’ dipegang pada perkataanya pada
menafikannya (yakni dinafikan kewujudan hadith tersebut, sebagaimana yang
disebutkan oleh Syeikh al-Islam (al-Hafiz Ibnu Hajar).
Hadith dhaif jiddan
(Kasyful Khafa’no. 1963).
3.
الصلاةُ على النبيِّ لا تردُ.
Selawat ke atas Nabi
tidak akan ditolak
Dalam lafaz yang
lain:
الصَّلاةُ على النَّبِيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم مقبولَةٌ.
Selawat ke atas Nabi
sallahu ‘alaihi wasallam diterima
Dalam lafaz yang
lain:
إنَّ اللَّهَ يقبلُ الصَّلاةَ على النَّبيِّ صلَّى
اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ.
Sesungguhnya Allah
menerima selawat ke atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam
Takhrij
Tidak benar
dinisbahkan kalam ini kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Syaukani dalam
al-Fawaid al-Majmu’ah hal. 328, tahqiq: al-Mu’allimi berkata:
“Tidak sahih
memarfu’kannya (kepada Rasulullah).”
Hal ini senada dengan
Syeikh al-Fathani dalam Tadzkirah Maudhuat hal. 89.
Sebaliknya ia adalah kalam Abu
Sulaiman al-Darani sebagaimana yang dimaklumkan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam
al-Maqasid al-Hasanah no. 631. Dalam al-Qaul al-Badi’ hal. 435, tahqiq:
‘Awwamah pula, al-Sakhawi menyatakan bahawa Al-Namiri meriwayatkannya dengan
dua lafaz:
Pertama
من أراد أن يسأل الله حاجته فليبدأ بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم ويسأل
حاجته وليختم بالصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم إن الله يتقبل الصلاة وهو أكرم
من أن يرد ما يبنهما.
Sesiapa yang ingin
memohon kepada Allah hajatnya, maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi
sallahu ‘alaihi wasallam lalu mintalah hajatnya dan akhirilah dengan selawat ke
atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Sesunggunya Allah menerima selawat dan dia
lebih Maha Pemurah daripada menolak doa yang berada di antara keduanya
Kedua
إذا أرادت أن تسأل الله حاجة فصل على محمد ثم سل حاجتك ثم صل على النبي صلى
الله عليه وسلم - فإن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مقبولة والله عز وجل
أكرم من أن يرد ما بينهما.
Apabila kami ingin meminta kepada
Allah sesuatu hajat, maka berselawatlah ke atas Muhammad, kemudian mintalah
hajat kamu itu. Setelah itu, berselawatlah ke atas Nabi sallahu ‘alaihi
wasallam kerana sesungguhnya selawat ke Atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam itu
diterima dan Allah lebih Maha Pemurah daripada menolak doa yang berada di
antara keduanya
Al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa
no. 1620 pula mengatakankan bahawa Ibnu al-Jazari dalam al-Hisn al-Hasin
menbawakannya dengan lafaz:
إِذَا سَأَلْتَ اللَّهَ حَاجَةً فَابْدَأْهُ
بِالصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ ثُمَّ ادْعُ بِمَا شِئْتَ ثُمَّ اخْتِمْ
بِالصَّلَاةِ عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ سُبْحَانَهُ بِكَرَمِهِ يَقْبَلُ
الصَّلَاتَيْنِ وَهُوَ أَكْرَمُ مِنْ أَنْ يدع مَا بَينهمَا
Apabila kamu ingin meminta kepada
Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi, kemudian
berdoalah apa yang kamu kehendaki. Kemudian akhirilah dengan berselawat ke atas
Nabi. Sesungguhnya Allah dengan sifat pemurahNya akan menerima dua selawat
tersebut dan Dia lebih Maha Pemurah daripada menolak doa yang berada di antara
dua selawat itu.
Abu Sulaiman al-Darani tersebut
nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Ahmad bin ‘Athiyyah. Beliau seorang
tokoh tabi’ tabi’in yang terkenal dengan kezuhudan. Dilahirkan sekitar tahun
140 Hijrah dan meninggal dunia pada 205 Hijrah atau 215 Hijrah.
4.
إِذَا سَأَلْتُم الله حَاجَة فابدوؤا بَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ اللَّهَ أَكْرَمُ مِنْ أَنْ يُسْأَلَ
حَاجَتَيْنِ فَيَقْضِيَ إِحْدَاهُمَا وَيَرُدَّ الْأُخْرَى.
Apabila kamu semua ingin meminta
kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi
sallahu ‘alaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah
daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain
apabila diminta dua hajat (daripadaNya).
Takhrij
Ini adalah ucapan Abu
al-Darda’.
Al-Hafiz al-Iraqi
dalam Takhrij al-Ihya’ 1/307 berkata:
Aku tidak
mendapatinya marfu’, sebaliknya ia adalah mauquf atas Abu al-Darda’.
Al-Hafiz al-Sakhawi
dalam al-Maqasid al-Hasanah no. 631 pula berkata:
“(Disebutkan) dalam
al-Ihya’ secara marfu’ yang aku tidak temui ia (sumbernya), sebaliknya ia
adalah perkataan Abu al-Darda’.”
5.
الصَّلَاة عَلَيْهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لَا يُبْطِلهَا الْرِيَاء.
Selawat ke atas Nabi
tidak akan dirosakkan dengan riyak
Takhrij
Palsu dan tidak ada
asal baginya.
Syeikh Muhammad
Darwish al-Hut dalam Asna al-Mathalib no. 842 berkata:
Ia disebutkan oleh
sebahagian ulama dan ianya tidak sahih kerana sesungguhnya riyak boleh
merosakkan seluruh amalan. Bagaimana boleh dihadiahkan kepada nabi perkara yang
buruk (selawat dengan riya) sedangkan baginda itu baik lagi suci (daripada
dosa).
6.
Selawat pasti
diterima tanpa syarat apapun (walaupun lalai)
Tiada asal, ia cuma pendapat
ulama saja oleh as-Sya’rani dalam Thabaqat al-Kubra al-Musammat bi Lawaqih
al-Anwar fi Thabaqat al-Akhyar 2/75:-
رَأَيْتُ سَيِّدَ الْعَالَمِيْنَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ
يَا رَسُوْلَ اللهِ صَلاَةُ اللهِ عَشْرًا لِمَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مَرَّةً
وَاحِدَةً هَلْ ذَلِكَ لِمَنْ حَاضَرَ الْقَلْبَ؟ قَالَ لاَ، بَلْ هُوَ لِكُلِّ
مُصَلٍّ عَلَيَّ وَلَوْ غَافِلاً
Aku pernah bermimpi bertemu
Baginda Nabi Muhammad SAW. Aku bertanya, Ada hadith yang menjelaskan sepuluh
rahmat Allah diberikan bagi orang yang berkenan membaca selawat, apakah dengan
syarat saat membaca harus dengan hati hadir dan memahami ertinya?.” Nabi SAW
menjawab, “Bukan, bahkan itu diberikan bagi siapa saja yang membaca selawat
meski tidak faham erti selawat yang ia baca.
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam
no. 177272
http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2016/09/selawat-tidak-akan-ditolak.html
No comments:
Post a Comment