“Barang siapa membaca kalimat
أحمد رسول الله محمد رسول الله
(Ertinya: Ahmad adalah
Rasulullah. Muhammad adalah Rasulullah)
pada Jumaat terakhir bulan Rejab,
sebanyak 35 kali ketika khatib sedang duduk di antara 2 khutbah (berkhutbah).
maka selama setahun tangannya
tidak akan pernah kosong dari rezeki.”
- Dari kitab kanzun najah was
surur -
Boleh tolong pastikan?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt.
Kitab Kanzun Najah Wa As-Surur di
susun oleh Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Quds al-Makki al-Syafi'i. Zikir
di atas dinukilkan oleh Shaikh dalam kitabnya Kanzun Najah Wa As-Surur seperti
berikut:
ومن فوائد الشيخ علي الأجهوري رحمه الله تعالى كما في ترجمته بخلاصة الأثر
أن من قرأ في آخر جمعة من رجب والخطيب على المنبر: أحمدُ رسول الله محمدٌ رسول الله
(خمسًا وثلاثين مرة) لا تنقطع الدراهم من يده ذلك السنة. انتهى.
Sesiapa yang membaca pada Jumaat
terakhir di bulan Rejab ketika Khatib di atas mimbar: Ahmad Rasulullah Muhammad
Rasulullah sebanyak 35 kali, tidak akan terputus duitnya selama setahun.
1- Zikir di atas bukanlah
daripada Rasulullah s.a.w.
2- Amalan ini bercanggah dengan
sunnah Rasulullah s.a.w yang menyuruh kita fokus mendengar khutbah.
Benar, mendengar khutbah di sisi
mazhab Syafie adalah sunat, akan tetapi di sisi majoriti ulama iaitu mazhab Abu
Hanifah, Malik dan Ahmad ia adalah wajib dan haramnya berkata-kata ketika
khutbah.
Majoriti ulama berhujah dengan hadith
berikut:
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ
يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
Apabila seseorang daripada kalian
berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang
berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia. [Sahih
al-Bukhari]
Kesimpulan:
- Hendaklah fokus mendengar
khutbah dan bukannya menyibukkan diri dengan perkara lain hatta berzikir
sekalipun.
- Apa yang diajar oleh sheikh di
atas bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w
Wallahua'lam.
Rujukan
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith, https://t.me/drRozaimi/5253
https://islam.nu.or.id/ubudiyah/amalan-pada-Jumaat-terakhir-bulan-Rejab-IMW6V
No comments:
Post a Comment