Berdasarkan hadith:
عِصابتانِ مِن أُمَّتي أحرَزهما
اللهُ مِن النّارِ عِصابةٌ تغزو الهِنْدَ وعِصابةٌ تكونُ مع عيسى ابنِ مَرْيَمَ
Ada dua kelompok dari umatku di
mana Allah akan menyelamatkan mereka dari api neraka; kelompok yang memerangi
al-Hind dan kelompok yang berperang bersama Nabi Isa ‘Alaihissalam (HR. Ahmad
no. 22396, An-Nasaie no. 3175, dari Tsauban. Disahihkan Syeikh al-Albani dan
dihasankan oleh Syeikh al-Arnauth).
Kena lihat dari dua sudut
berdasarkan pendapat yang telah dikemukakan para ulama.
1. Kalau melihat dari
pendapat Imam az-Zahabi dalam Bidayah wan Nihayah 6/223, peristiwa itu telah
berlaku dan ya, tempatnya itu merujuk kepada benua kecil India.
Ini disokong oleh beberapa fakta
sejarah (Bilad al-Hind fi al-‘Asr al-Islami Mundhu Fajr al-Islam wa Hatta
al-Taqsim hal. 16-40, al-Kamil
fi al-Tarikh 8/3, 174-206; The History of al-Tabari 5/102) :
a) Futuhat Islamiyah di
zaman Khalifah ‘Umar b. al-Khattab RA pada 23H yang diketuai oleh ‘Asim
b. ‘Amru sambil dibantu oleh ‘Abd Allah b. ‘Umayr, ini menyaksikan pembukaan dua buah kota yang
terletak di barat wilayah India, iaitu Sijistan dan Mukran
b) Futuhat Islamiyah di zaman
Dinasti Umayyah yang dipimpin oleh Muhammad b. al-Qasim pada 92 hijrah dengan
membuka kota Dubayl, Mukran, Qanazbur, Arma’il dan Multan.
c) Futuhan Islamiyah di
zaman Dinasti Abbasiyyah yang digerakkan oleh
Mahmud al-Ghaznawi dan Muhammad al-Ghuri sekitar tahun 390 – 420 hijrah
dengan membuka kota Sijistan, Afghan, Kashmir, Kanauj, Khawarizm, Sumnat, Narin
dan lain-lain.
Seterusnya al-Hind
merujuk kepada benua India telah diakui oleh ramai pakar sejarah Arab yang ditemukan
dalam tulisan mereka dalam sumber primer seperti al-Kamil fi al-Tarikh karya
Ibn al-Athir, Muruj al-Dhahab karya al-Mas‘udi dan Surat al-Ard karya Ibn
Hawqal.
Malah ia juga
disetujui oleh sarjana Arab yang pakar dalam sejarah dan tamandun Islam di
India dalam bukunya Bilad al-Hind fi al-‘Asr al-Islami Mundhu Fajr al-Islam wa Hatta
al-Taqsim. Buku tersebut membincangkan sejarah dan perkembangan tamadun Islam
di India bermula dari zaman awal kemasukan Islam hingga zaman Kerajaan Mughal.
2. Kalau melihat dari
pendapat Syeikh Muhammad Rafi dalam ‘Alamaat Qiyamat aur Nuzul Masih hal. 58,
peristiwa perperangan dengan al-Hind tidak mempunyai batasan waktu, dan boleh
juga terjadi pada masa kini dan akan datang. Maka pada masa akan datang,
kemungkinan untuk berlaku perperangan melawan al-Hind itu merujuk kepada
wilayah luar benua India juga tidak mustahil.
Hal ini juga disokong oleh satu
dapatan kajian terkini (2021) yang dilakukan oleh para penyelidik tempatan
(USM) dalam menganalisis maksud al-Hind dalam kitab teks arab Mu’jam al-Buldan
karya Yaqut al-Hamawi. Hasil kajian
menyatakan al-Hind bukan saja merujuk kepada benua India malah ada bahagian
kecil terpecah ke Tanah Melayu dan Indo-China. Kajian ini dapat mengenal pasti
12 nama tempat yang termasuk dalam rantau al-Hind; yang mana 9 daripadanya
terletak di Asia Selatan, 2 di
Semenanjung Tanah Melayu
dan 1 di
Indo-China.
Secara lebih terperincinya,
sebagaimana berikut:
i.Asia Selatan: Qāmuhul, Quzdāratau Quṣdār(Khuzdar),
al-Qass, Qishmīr, Qunduhār, Qannūj, al-Qīqān, Kābulistānatau Kābul (Kabul) dan
Kink(Lembah Ganges).
ii.Semenanjung Tanah
Melayu: al-Qal’ah, dan Kalāhatau
Kalah(Kedah Tua).
iii.Indochina: Qamār(Khmer).
Rujukan
Abu Dulaf al-Khazrajī, M.
M.(2013). Riḥlat `Abī Dulaf. J. ‘A. M. al-Hamāwandī. Beirut: Dar Al-Kotob
Al-ilmiyah
Ibn al-`Athīr
al-Jazarī, M. M. ‘A. (1987). al-Kāmil fī al-tārīkh. M.
Y. Al-Daqqāq (Ed.). Beirut: Dār al-Kotob Al-ilmiyyah
Mohamad
Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, Mohd. Roslan Mohd. Nor, dan Ezad Azraai Jamsari,
Perbahasan Sejarah Islam di India dalam al-Kamil fi al-Tarikh Karya Ibn
al-Athir, ISLAMIYYAT 35(2) 2013: 35 - 46
Rusni Mohamad, Thuraya Ahmad,
Identifikasi Al-Hind berdasarkan Mu’jam
Al-Buldān oleh Al-Ḥamawī: Kajian Terhadap Huruf Al-Qāf dan Al-Kāf.
Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vol. 14, No.II, Hal. 97-108
No comments:
Post a Comment