Matan hadith
إذا كان آخر الزمان حرم فيه دخول الحمام على ذكور أمتي بمآزرها".
قالوا: يا رسول الله، لم ذاك؟ قال: "لأنهم يدخلون على قوم عراة، ويدخل عليهم
أقوام عراة، ألا وقد لعن الله الناظر والمنظور إليه
Terjemahan
Rasulullah Saw. bersabda,
"Apabila tiba akhir zaman, maka diharamkan pada masa itu orang laki-laki
dari umatku masuk ke dalam kamar mandi." Mereka (para sahabat) bertanya,
Wahai Rasulullah, mengapa demikian?." Beliau menjawab, "Kerana
sesungguhnya mereka itu termasuk kaum yang telanjang. Ketahuilah, Allah
mengutuk orang yang melihat dan orang yang dilihat padanya.
Takhrij
HR. Ibnu Asakir seperti mana
dinukilkan dalam Kanzul Ummal 9/392, az-Zawajir Ibnu Hajar no. 250, daripada
az-Zuhri secara mursal.
Juga disebutkan oleh Ibnu Manzhur
dalam Mukhtasar Tarikhnya pada biografi Jabrun bin Abdul Jabbar al-Waqid.
Hadith ini tersangat gharib
melalui az-Zuhri, dan jika sahih sanadnya ia melalui Jabrun bin Abdul Jabbar
al-Waqid, dan menurut az-Zahabi dia adalah munkarul hadith, dan tertuduh
sebagai seorang pendusta.
Rujukan
https://www.alukah.net/sharia/0/47467/حديث-لعن-الله-الناظر-والمنظور-إليه/
No comments:
Post a Comment