Thursday, 19 January 2023

Hadith kelebihan 3 akhir ayat surah al-Hasyr: didoakan 70 ribu malaikat dan dikurniakan pahala mati syahid

 

Dari jalan Ma'qil bin Yassar ra....hadithnya lemah:

 

عن معقل بن يسار عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: (من قال حين يصبح ثلاث مرات: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، ثم قرآ ثلاث آيات من آخر سورة الحشر وكل به سبعين ألف ملك يصلون عليه حتى يمسي، وإن مات في ذلك اليوم مات شهيداً، ومن قالها حين يمسي كان بتلك المنزلة)

 

Dari Ma’qil ibn Yassar dari Nabi bersabda: “Barangsiapa membaca tiga kali di pagi hari,

 

أعوذُ باللهِ السميعِ العليمِ ، من الشيطانِ الرجيمِ،

 

Dan kemudian membaca tiga ayat terakhir Surah al-Hashr, Maka dengannya Allah akan mengutuskan 70000 malaikat untuk mendoakannya hingga petang hari, dan sekiranya dia meninggal dunia pada hari tersebut, Ia mati dalam keadaan syahid dan barangsiapa mengucapkannya pada petang hari, kedudukannya sama seperti itu” (HR. Tirmidzi no. 2922 dan Ahmad no. 20306)

 

Imam Tirmidzi berkata, Hadith ini gharib, kami tidak mengetahui kecuali dari jalan ini.

 

Disebutkan oleh Ats-Tsa’labi dalam Tafsirnya: 9/ 289 . Sanadnya dhaif kerana ada perawi yang bernama Khalid bin Thahman, ia didhaifkan oleh Yahya bin Ma’in.

 

Didhaifkan oleh Syeikh Al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5732.

 

 

 

Dari Abu Umamah ra:

 

1.

 

مَن قرأَ خواتيمَ سورةِ الحشرِ في ليلٍ أوْ نهارٍ فماتَ من يومِهِ أوْ ليلتِه فقد أوْجَبَ اللهُ لهُ الجنةَ

 

Barangsiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal pada hari itu, maka wajib baginya masuk syurga (HR. al-Baihaqi dalam Syuabhl Iman no. 2501, Ibnu Adi dalam al-Kamil 3/318, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 12/444).

 

Hadith batil menurut az-Zahabi dan Lajnah Daimah 142/142-143, bahkan ada ulama yang menilainya palsu kerana:

 

 Terdapat perawi bernama Sulaim bin 'Uthman al-Fawzi, nama beliau adalah Sulaim bin 'Uthman al-Tha'ei al-Himsi. Ibn Adi berkata:

 

"Beliau telah meriwayatkan daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani riwayat-riwayat yany munkar". (al-Kamil Fi Dhuafa'  3/317).

 

az-Zahabi turut membawakan hadith ini dan beberapa hadith lain yang diriwayatkan oleh Sulaim bin 'Uthman al-Fawzi, lalu beliau berkomentar:

 

Abu Zur'ah berkata: Hadith-hadith ini adalah palsu (Mizanul I'tidal 3/324).

 

 

2.

 

 

من تعوذ بالله من الشيطان ثلاث مرات ، ثم قرأ آخر سورة الحشر بعث الله سبعين ألف ملك يطردون عنه شياطين الانس والجن إن كان ليلا حتى يصبح ، وإن كان نهارا حتى يمسي

 

Dari Abu Umamah ra., Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang minta perlindungan kepada Allah dari gangguan syaitan (dengan membaca Taawudz) sebanyak 3 kali, kemudian dia membaca akhir Surah Al Hasyr, maka Allah akan mengirim 70000 malaikat untuk mengusir syaitan dari golongan jin dan manusia, jika malam - sampai fajar, dan jika siang - sampai matahari terbenam (HR. Ibnu Mardawaih sepertimana disebutkan as-Syaukani dalam Fathul Qadir 5/208-209, as-Suyuthi dalam Durar al-Manthur 8/122).

 

Hadith ini juga ditemukan dalam kitab hadith Syiah Biharul Anwar 89/309.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...