Monday, 11 September 2023

Hadith kelebihan solat isyraq

 

 

1.

 

من صلّى الغداةَ ثم ذكرَ اللهَ حتى تطلعَ الشَّمسُ ثم صلّى ركعتين أو أربعَ ركعاتٍ  لم تمسَّ جلدَه النارُ

 

Sesiapa yang menunaikan solat subuh kemudian dia berzikir kepada Allah S.W.T sehingga terbit matahari kemudian dia menunaikan dua atau empat rakaat solat (isyrak) maka kulitnya pun tidak akan disentuh oleh api neraka (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3957, sanadnya parah menurut al-Dimyathi dalam Mutajir al-Rabih no. 62, dan dinilai palsu oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib' no. 244).

 

 

2.

Daripada Abu al-Darda’ R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman dalam hadith qudsi:

 

يا ابنَ آدمَ لا تَعْجِزَنَّ مِن أربَعِ ركعاتٍ مِنْ أوّلِ النّهارِ أكفِكَ آخرَهُ

 

Wahai anak Adam jangan kamu lemah daripada empat rakaat Dhuha daripada awal hari nescaya Aku cukupkan bagimu hingga akhir hari tersebut (HR. Ahmad no. 27550 dan an-Nasaie dalam Sunan Kubra no. 468, hasan sahih al-Albani dalam Sahih Targhib no. 672)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...