Hadith
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله ص.م.
يطوف بالكعبة ويقول: ما أطيبك وأطيب ريحك، ما أعظمك وأعظم حُرْمَتك. والذي نفس محمَّد
بيده، لحُرْمَة المؤمن أعظم عند الله حرْمَة منكِ، ماله ودمه، وأن نظنَّ به إلَّا خيرًا
Dari Abdullah bin Umar berkata,
'Aku pernah melihat Rasulullah Saw tawaf mengelilingi Kaabah dan Beliau
bersabda: 'Alangkah indahnya engkau Kaabah, alangkah harumnya baumu, alangkah
agungnya dirimu, alangkah agungnya kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada di
genggamanNya, kehormatan, harta dan darah (jiwa) seorang mukmin itu lebih agung
di sisi Allah daripada keagunganmu (Kaabah). Kita tidak boleh berprasangka
kepadanya (kepada orang mukmin) kecuali prasangka yang baik (HR. Ibnu Majah no.
3932, sanadnya dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3420)
Dan dalam riwayat yang lain,
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: نَظَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْكَعْبَةِ، فَقَالَ: مَا أَعْظَمَ حُرْمَتَكِ،
وَفِي رِوَايَةِ أَبِي حَازِمٍ لَمَّا نَظَرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِلَى الْكَعْبَةِ، قَالَ: مَرْحَبًا بِكِ مِنْ بَيْتٍ مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ
حُرْمَتَكِ، وَلَلْمُؤْمِنُ أَعْظَمُ حُرْمَةَ عِنْدَ اللهِ مِنْكِ، إِنَّ اللهَ حَرَّمَ
مِنْكِ وَاحِدَةً وَحَرَّمَ مِنَ الْمُؤْمِنِ ثَلَاثًا: دَمَهُ، وَمَالَهُ، وَأَنَ
يُظَنَّ بِهِ ظَنَّ السَّوْءِ
Ibnu Abbas berkata: “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menatap Kaabah sambil bersabda: “Sungguh
agung kehormatanmu.” Dalam riwayat Abu Hazim: “Ketika Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam menatap Kaabah, beliau bersabda: “Selamat datang wahai Kaabah.
Betapa mulianya anda da betapa istimewanya kehormatan anda. (Hanya ketahuilah),
kehormatan seorang mukmin sungguh lebih mulia di sisi Allah, dari pada
kehormatanmu. Kerana sesungguhnya Allah hanya mengharamkan satu hal darimu,
sementara dari seorang mukmin Allah mengharamkan tiga hal: darahnya, hartanya
dan berprasangka tidak baik kepadanya” (HR. Baihaqi dalam Syuabul Iman no.
6280, sanadnya dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 3420).
Atsar
Ibnu Umar ra ketika memandang ke Kaabah, ia berkata:
مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمَ
حُرْمَةً عِنْدَ اللهِ مِنْكِ
Alangkah agungnya engkau dan besarnya
kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya di sisi Allah
darimu (HR. Tirmidzi no. 2032, dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil dalam Ash-Sahihul Musnad Mimma Laisa fi
Sahihain no. 730)
وكان عبد الله بن عباس يقول أفضل الحسنات إكرام الجليس وكان
ينظر إلى الكعبة ويقول إن الله حرمك وشرفك وكرمك والمؤمن أعظم حرمة عند الله تعالى
منك
Ibn Abbas ra mengatakan,
‘Kebaikan paling utama adalah penghormatan terhadap teman duduk.’ Ibnu Abbas ra
memandang Kaabah dan berkata, ‘Sungguh Allah menghormati, mengagungkan, dan
memuliakanmu (Kaabah), tetapi orang mukmin lebih terhormat di sisi Allah
darimu,’ (Syeikh Abdul Wahhab As-Sya’rani, Tanbihul Mughtarrin hal. 61, DKI).
No comments:
Post a Comment