Takhrij

Friday, 29 November 2024

Hadith Nabi saw sentiasa dinaungi awan?

 

Matan hadith

 

أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan

 

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemui asal dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.

 

Hadith ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi dalam kitab himpunan hadith-hadith palsu beliau berjudul Al-Fawaid Al-Mawdhuah Fi Al-Ahadith al-Mawdhuah, hal. 71 no. 1.

 

 

Berikut adalah komentar beliau terhadap hadith ini:

 

فمن الموضوعات ما قال ابن تيمية: مثل نقل كثير من العامة أن الغمام كان يظل النبي صلى الله عليه وسلم دائما. قال: وهذا لا يوجد في شيء من كتب / المسلمين، بل هو كذب عندهم. إنما نقل أن الغمامة أظلته لما كان صغيرا وقدم مع عمه إلى الشام تاجرا ورأى بحيرا الراهب.

 

Antara hadith palsu yang telah disebut oleh Ibnu Taimiyyah: Seperti yang telah dinukilkan oleh kebanyakan orang awam bahawa sesungguhnya baginda Nabi Muhammad SAW selalu dipayungi oleh awan. Ibnu Taimiyyah telah berkata bahawa hadith ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith atau daripada kalangan orang muslimin bahkan hadith ini merupakan hadith palsu dalam kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang telah dinukilkan bahawa awan yang memayungi baginda Nabi Muhammad SAW sama ada baginda Nabi Muhammad SAW dalam keadaan masih kecil dan ketika berjalan bersama bapa saudaranya hingga ke Syam sebagai peniaga dan seorang rahib telah melihat keadaan ini.

No comments:

Post a Comment