Matan hadith
مر رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم على جماعة فقال: علامَ
اجتمعتم؟ فقالوا: يا رسول الله هذا مجنون يُصرع، فاجتمعنا عليه، فقال صلى الله عليه
وآله وسلم: ليس هذا بمجنون ولكنه المبتلى، وأضاف: ألا أخبركم بالمجنون حق الجنون؟ قالوا:
بلى يا رسول الله! فقال: المتبختر في مشيه، الناظر في عطفيه، المحرّك بمنكبيه، يتمنّى
على الله جنّته وهو يعصيه، الذي لا يؤمن شرّه، ولا يرجى خيره، فذلك المجنون وهذا المبتلى
ـ
Terjemahan
Pada suatu hari Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam berjalan melewati sekelompok sahabat yang sedang
berkumpul. Lalu beliau bertanya kepada mereka, “Mengapa kalian berkumpul
disini” Para sahabat tersebut lalu menjawab: “Ya Rasulullah, ada orang gila
yang sedang mengamuk. Oleh sebab itulah kami berkumpul disini.” Maka Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda, “Sesungguhnya orang ini tidaklah
gila (al-majnun), tapi orang ini hanya sedang mendapat musibah. Tahukah kalian,
siapakah orang gila yang sebenar-benarnya disebut gila (al-majnuun haqqul
majnuun) “. Para sahabat lalu menjawab, “Tidak ya Rasulullah. Hanya Allah dan
rasul-Nya jualah yang mengetahuinya.” Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa sallam menjelaskan, “Orang gila yang sesungguhnya gila (al-majnun haqqul
majnun) adalah orang yang berjalan dengan penuh kesombongan; yang membusungkan
dadanya; yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan; lalu berharap
Tuhan akan memberinya syurga; padahal ia selalu berbuat maksiat kepada-Nya.
Selain itu orang-orang yang ada di sekitarnya, tidak pernah merasa aman dari
kelakuan buruknya. Dan di sisi yang lain, orang juga tak pernah mengharapkan
perbuatan baiknya. Nah, orang semacam inilah yang disebut sebagai orang gila
yang sebenar-benarnya gila (al-majnuun haqqul majnuun). Adapun orang yang
kalian tonton ini hanyalah sedang mendapat musibah dari Allah.”
Takhrij
Hadith dengan matan di atas tak
diketahui asal. Tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa
Syabakah Islamiyah no. 180591).
Kebanyakannya ditemui dalam
sumber syiah seperti, Bihar al-Anwar 70/233, Mizan al-Hikmah 3/2655, Akhlak
Ahlul Bait 1/56.
cuma yang ada, sebahagian
redaksinya saja, iaitu lebih kurang
begini:
أن النبي صلى الله عليه وسلم مر برجل فقال رجل:هذا مجنون،
فقال صلى الله عليه وسلم: المجنون المقيم على المعصية، ولكن هذا رَجُلٌ مُصَاب
Nabi shallallahu 'alaihi wa
sallam pernah melewati seorang laki-laki, lalu ada seseorang yang berkata,
"Orang itu gila." Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam berkata orang gila adalah orang yang terus menerus
melakukan kemaksiatan, tapi ini adalah orang yang tertimpa musibah
Takhrij
HR. ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 2618, Ibnu Abi Duniya sepertimana disebutkan oleh Abu Bakar
as-Syafie dalam al-Ghailaniyyat no. 379, daripada Anas bin Malik ra.
Hadith ini munkar. Terdapat
perawi yang dikritik oleh para ulama iaitu Shalih al-Murri. Imam Bukhari
menilainya munkarul hadith. Abu Daud berkata hadithnya tidak boleh ditulis.
Ibnu Main mendhaifkannya. an-Nasaie menilainya matruk (Tahdizbut tahdzib 2/189;
Tidak sahih juga menurut Syeikh
Mustafa al-Adawi (https://www.youtube.com/shorts/27ThInU6ORE)
No comments:
Post a Comment