Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

 

Matan hadith

 

قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ فَإِذَا جَلَسَ غَمَرَتْهُ الرَّحْمَةُ، فَإِنْ كَانَ غُدْوَةً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ كَانَ مَسَاءً صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُوْنَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ.

 

Terjemahan

 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seseorang menjenguk saudaranya yang muslim, maka (seolah) dia berjalan di kebun syurga hingga duduk di dekat saudaranya. Apabila sudah duduk, maka dihujani rahmat dengan deras. Apabila menjenguk di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoa-kannya sampai petang. Apabila berkunjung di petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoa-kannya sampai pagi.”

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 612 daripada Ali ra

 

Hadith sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1367, dan sanadnya juga disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir pentahqiq Musnad Ahmad

Hadith orang yang tidak menyempurnakan solat (perbuatan dalam solat)

 

Matan hadith

 

من صلّى الصلواتِ لوقتِها وأسبغ لها وضوءَها وأتمَّ لها قيامَها وخشوعَها وركوعَها وسجودَها – خرجت وهي بيضاءُ مسفرةٌ تقولُ: حفِظكَ اللهُ كما حفظتني ومن صلاها لغيرِ وقتِها ولم يسبغْ لها وضوءَها ولم يتمَّ لها خشوعَها ولا ركوعَها ولا سجودَها – خرجتْ وهي سوداءُ مظلِمةٌ تقولُ: ضيَّعكَ اللهُ كما ضيَّعتني حتى إذا كانت حيث شاء اللهُ لُفَّتْ كما يُلفُّ الثوبُ الخَلِقُ ثم ضُربَ بها وجهُه

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang menunaikan solat pada waktunya, menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan berdirinya, khusyuknya, rukuknya dan sujudnya, maka solat itu akan keluar dalam keadaan putih bersinar, sambil berkata: Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau telah menjagaku. Dan sesiapa yang menunaikan solat bukan pada waktunya, tidak menyempurnakan wudhunya, tidak menyempurnakan khusyuknya, rukuknya dan sujudnya, maka solat itu akan keluar dalam keadaan hitam dan gelap, sambil berkata: Semoga Allah mensia-siakanmu sebagaimana engkau telah mensia-siakan aku. Sehingga apabila sampai di tempat yang Allah kehendaki, maka solat itu dilipat sebagaimana kain buruk yang dilipat, lalu dilemparkan ke wajahnya.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 3095, daripada Anas bin Malik ra.

 

Dhaif, kerana sanadnya terdapat perawi yang disepakati lemah oleh ulama, iaitu Abbad bin Katsir (Majma Zawaid 1/302)

 

Dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 221

Hadith anak Adam hina disebabkan adanya kematian

 

Matan hadith

 

إِنَّ الله تعالى أذلَّ بَنِي آدَمَ بالموتِ ، وَجَعَلَ الدُّنْيَا دَارِ حياةِ ثُمَّ دَارَ مَوْتِ

وجَعَل الآخِرَةَ دَارَ جزاء ، ثُمَّ دَارَ بَقَاءِ

 

 

Terjemahannya

 

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan anak Adam hina dengan sebab mati, dan Allah menjadikan dunia itu sebagai negeri kehidupan, kemudian menjadikannya sebagai negeri kematian. Manakala akhirat pula, Allah jadikannya sebagai negeri pembalasan, kemudian menjadikannya sebagai negeri yang kekal.

 

Takhrij

 

HR. at-Thabari dalam Tafsirnya 2/29, mursal (dhaif). Juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya (no. 18928), sepertimana disebutkan oleh Ibnu Katsir pula dalam tafsirnya 4/396, sanadnya dhaif

Hadith talak 3 menjadi 1

 

Matan hadith

 

طَلَّقَ رُكَانَة بْن عَبْد يَزِيد اِمْرَأَته ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد ، فَحَزِنَ عَلَيْهَا حُزْنًا شَدِيدًا ، فَسَأَلَهُ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَيْف طَلَّقْتهَا ؟ قَالَ : ثَلَاثًا فِي مَجْلِس وَاحِد فَقَالَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّمَا تِلْكَ وَاحِدَة ، فَارْتَجِعْهَا إِنْ شِئْت . فَارْتَجِعْهَا

 

Terjemahan

 

Rukanah Bin Abd Yazid menceraikan isterinya dengan talak tiga dalam satu majlis, maka sesudah itu dia jatuh sedih yang amat sangat. (Apabila dibawa kepada Nabi) Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Bagaimanakah kamu menceraikannya? Dia menjawab: Dengan tiga sekaligus dalam satu majlis, lalu Nabi menjawab: Sesungguhnya itu hanyalah satu, rujuklah ﷺ dengannya sekiranya kamu mahu, lalu dia pun kembali rujuk dengan isterinya.

Takhrij

 

HR. Abu Ya'la dalam Musannafnya no. 2500, Abu Daud no. 2196, Ahmad no. 2387, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Irwaul Ghalil 7/144

Hadith ancaman lelaki yang tidak membayar mahar isteri

 

Matan hadith

 

أيُّما رَجُلٍ تَزَوَّجَ امرَأةً على ما قَلَّ مِنَ المَهرِ أو كَثُرَ ليسَ في نَفسِه أن يُؤَدِّيَ إليها حَقَّها، خَدَعَها، فماتَ ولم يُؤَدِّ إليها حَقَّها، لقيَ اللَّهَ يَومَ القيامةِ وهو زانٍ، وأيُّما رَجُلٍ استَدانَ دَينًا لا يُريدُ أن يُؤَدِّيَ إلى صاحِبِه حَقَّه، خَدَعه حتّى أخذ مالَه، فماتَ، ولم يَرُدَّ إليه دَينَه لقيَ اللَّهَ وهو سارِقٌ

 

Terjemahan

 

Mana-mana lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita dengan mahar yang sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya tidak berniat untuk menunaikan haknya, maka dia telah menipunya. Jika dia mati sebelum menunaikan haknya, maka dia akan menemui Allah pada hari kiamat dalam keadaan sebagai seorang penzina. Dan mana-mana lelaki yang berhutang dengan niat tidak mahu membayar kembali kepada tuannya, lalu dia menipunya dan mengambil hartanya, kemudian mati tanpa melunaskan hutangnya, maka dia akan menemui Allah sebagai seorang pencuri

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam as-Saghir no. 117, daripada Abu Maimun al-Kurdi ra

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih Targhib no. 1807

Rintihan Ahlus Sunnah Di Akhir Zaman

 

 

Imam Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah berkata,

 

"اعلم يا أخي أنّ الموت كرامة لكلّ مسلم لقي الله على السُّنة، فإنّا لله وإنا إليه راجِعون، فإلى الله نشكو وحشتنا وذهاب الإخوان وقلة الأعوان وظهور البدع، وإلى الله نشكو عظيم ما حلّ بهذه الأمة من ذهاب العلماء وأهل السنة وظهور البدع."

 

"Ketahuilah wahai saudaraku, bahwa kematian adalah kemuliaan bagi setiap Muslim yang bertemu Allah dalam keadaan berpegang pada sunnah. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali. Kepada Allah kita mengadukan kesepian kita, hilangnya saudara-saudara kita, sedikitnya penolong, dan merebaknya bid'ah. Dan kepada Allah pula kita mengadukan musibah besar yang menimpa umat ini berupa wafatnya para ulama dan ahli sunnah, serta munculnya bid'ah."

 

Al-I‘tiṣhām, hal. 57

Riwayat palsu Al-Imam Asy-Syafii Ngalap Berkah di Kuburan Abu Hanifah

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata,

 

وهذا كذلك معلوم كذبه بالاضطرار عند من له معرفة بالنقل فإن الشافعي لما قدم بغداد لم يكن ببغداد قبر ينتاب للدعاء عنده البتة بل ولم يكن هذا على عهد الشافعي معروفا وقد رأى الشافعي بالحجاز واليمن والشام والعراق ومصر من قبور الأنبياء والصحابة والتابعين من كان أصحابها عنده وعند المسلمين، أفضل من أبي حنيفة وأمثاله من العلماء. فما باله لم يتوخ الدعاء إلا عنده

 

“Dan hal ini juga telah diketahui secara pasti sebagai kedustaan di sisi orang yang mengetahui ilmu keabsahan riwayat, kerana sesungguhnya Asy-Syafii sendiri ketika beliau berada di Baghdad, tidak dijumpai satupun kuburan yang dikeramatkan sebagai sarana untuk berdoa, bahkan ini tidak pernah ada di masa beliau. Padahal Asy-Syafii telah melihat kuburannya para Nabi, para shahabat, para tabiin yang ada di Hijaz, Yaman, Syam, Irak yang jelas-jelas mereka itu kedudukannya jauh lebih utama dari Abu Hanifah dan para ulama yang selevel dengannya. Maka bagaimana mungkin Asy-Syafii secara khusus mendatangi kuburan Abu Hanifah untuk berdoa?" (Iqtidha’ Ash-Shirathil Mustaqim 2/692)

 

Al-'Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

 

والحكاية المنقولة عن الشافعي أنه كان يقصد الدعاء عند قبر أبي حنيفة من الكذب الظاهر

 

"Dan hikayat yang dinukilkan konon dari Asy-Syafii bahawa beliau bersengaja doa di sisi kuburan Abu Hanifah adalah dusta yang terang." ( Ighatsatul Lahafan 1/246)

 

Al-'Allamah Al-Mu'allimi rahimahullah berkata,

 

"Siapa sosok Umar bin Ishaq bin Ibrahim perawi hikayat ini? Siapa gurunya? Apakah keduanya rawi yang terpercaya di sisi Al-Khathib Al-Baghdadi sebagaimana yang diklaim Al-Kautsari?"(At-Tankil 1/60)

 

Al-'Allamah Al-Albani rahimahullah berkata,

 

"Riwayat Al-Imam Asy-Syafii tabarruk di kuburan Abu Hanifah adalah riwayat yang dha'ifah (lemah) bahkan batil. Karena Umar bin Ishaq bin Ibrahim rawi yang tidak dikenal, tidak pula disebutkan namanya dalam kutubur rijal (kitab identitas para perawi)." (Silsilah Hadith Dhaif 1/31)

 

Berdasarkan keterangan para ulama di atas serta para ulama yang lain, bahwa riwayat yang menyebutkan Al-Imam Asy-Syafii ngalap berkah di kuburan Abu Hanifah TIDAK TEPAT.

 

Ini hanya daur ulang syubhat (kerancuan) yang dilakukan oleh kalangan yang ghuluw (berlebih-lebihan) kepada kuburan orang saleh di samping ghairah menjaja stigma wahabi.

 

Lalu bagaimana sebetulnya madzhab Al-Imam Asy-Syafii rahimahullah terkait masalah ini?

 

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata,

 

فيه تصريح بالنهي عن الصلاة إلى القبر قال الشافعي رحمه الله وأكره أن يعظم مخلوق حتى يجعل قبره مسجدا مخافة الفتنة عليه وعلى من بعده من الناس

 

"Hadith ini terkandung di dalamnya larangan yang tegas solat menghadap kuburan. Al-Imam Asy-Syafii rahimahullah berkata, "Dan aku membenci bila ada individu yang diagungkan sampai-sampai kuburannya dijadikan sebagai tempat ibadah kerana mengkhuwatirkan fitnah atasnya dan fitnah orang-orang yang datang setelahnya." (Syarah Shahih Muslim 7/38)

Atsar kelebihan makan daging

 

 

قال ابن القيم وقال الزهري: أكل اللحم يَزِيدُ سَبْعِينَ قوة. وقال محمد بن واسع: اللحم يَزِيدُ فِي البَصَرِ ويروى عن علي بن أبي طالِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ كُلُوا اللحم فإنَّه يُصفي اللون ويُحمض البطن ويُحسن الخلق وقَالَ نَافِعُ كان ابن عُمَرَ إِذَا كَانَ رَمَضَانَ لَمْ يفته اللحم وإذا سافر لم يَفْتَهُ اللَّحْمُ وَيُذْكَرُ عَنْ عَلي مَن تَرَكَهُ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً سَاءَ خُلقه

 

Al-Imam Ibnul Qayim berkata:

 

Al-Imam az-Zuhri berkata makan daging menambah tujuh puluh kekuatan.

 

Al-Imam Muhammad bin Wasi' berkata daging menambah kuat penglihatan.

 

Dan diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib berkata makanlah daging kerana ia membersihkan warna (kulit), melangsingkan perut serta memperbaiki akhlak.

 

Zaadul Maad 4/341; Tibb an-Nabawi 1/289; al-Adabul Syariah Ibnu Muflih 2/429

Jangan asal debat yang tidak perlu

 

Muhammad bin Sirin رحمه الله berkata :

 

لا تُجَادِلْ إلّا رجلاً إنْ كلّمْتَه رَجَوْتَ أنْ يَرْجِعَ، فأمّا مَنْ كَلّمْتَه فجَادَلك؛ فإيّاكَ أنْ تُكَلِّمَهُ

 

"Janganlah kamu mendebat kecuali orang yang boleh kamu harapkan akan kembali kepada kebenaran. Adapun orang yang jika kamu ajak bicara justeru akan mendebatmu, maka janganlah kamu ajak dia berbicara" (Al-Hujjah fi Bayanil Mahajjah 2/521)

 

Imam al-Auzaie رحمه الله berkata :

 

ﻻ تمكنوا صاحب بدعة من جدال فيورث قلوبكم فتنة وارتيابا

 

"Jangan memberikan kesempatan bagi ahli bidaah untuk berdebat, kerana itu akan meninggalkan fitnah dan keraguan dalam hati kalian" (Al-Bida' wan Nahyu Anha hal. 151)

Hadith meninggalkan solat adalah kekafiran yang nyata dan terlepas dari perlindungan Allah dan Rasul

 

 

1.

Matan hadith

 

من ترك الصلاة متعمدا فقد كفر جهارا

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka dia telah kafir secara nyata

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭh 3/343, daripada Anas ra.

 

Dhaif menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Talkhishul Habir 2/719, as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8568, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2508, 5180 dan disetujui pula oleh Syeikh Mashur bin Ḥasan al- Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Maudhuah Mujarradah ‘An al-Takhrij no. 2500.

 

 

 

2.

Matan hadith

 

 

مَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

 

Terjemahan

 

Barangsiapa meninggalkan solat dengan sengaja maka lepas ia dari jaminan Allah dan rasul-Nya

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kubra no. 790, Abu Nuaim dalam Ma'rifatul Sahabah no. 950, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 7984, daripada Ummu Aiman ra.

 

Dhaif menurut Ibnu Rejab dalam Fathul Bari 3/125, al-Iraqi dalam Tharhu at-Tatsrib 2/145, al-Haithami dalam Majma Zawaid 1/300 dan Syeikh al-Albani dalam al-Iman al-Ibnu Abi Syaibah no. 129 menilai sanadnya terputus. Akan tetapi Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 573, menilai hadith ini sahih.

Hadith doa masuk saf

 

 

Diriwayatkan daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a. beliau berkata :

 

جَاءَ رَجُلٌ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي لَنَا ، فَقَالَ حِينَ انْتَهَى إِلَى الصَّفِّ : اللَّهُمَّ آتِنِي أَفْضَلَ مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ ، فَلَمَّا قَضَى صَلَاتَهُ قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ؟ قَالَ : أَنَا . قَالَ : إِذًا يُعْقَرُ جَوَادُكَ وَتُسْتَشْهَدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

 

“Telah datang oleh seorang lelaki dan Nabi shallallahu alaihi wasallam sedang solat sebagai imam bagi kami lalu berkata lelaki itu sebaik sahaja tiba pada saf :

 

 اللَّهُمَّ آتِنِي أَفْضَلَ مَا تُؤْتِي عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ.

 

Maka ketika Nabi sollallahu alaihi wasallam telah selesai dari solatnya baginda bertanya : Siapa yang berkata-kata tadi? Berkata lelaki itu : Saya. Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda : Jika begitu maka disedekahkan akan kudamu untuk jihad dan kamu terhitung orang yang mati syahid pada jalan Allah.”

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya 1/519, al-Hakim dalam Sahihnya no. 2432, Ibnu Hibban dalam Sahihnya no.4640, hasan menurut Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar  1/378)

Hadith kelebihan membaca Yasin malam Jumaat

 

Matan hadith

 

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله ﷺ من قرأ ليلة الجمعة حم الدخان ويس أصبح مغفوراً له

 

وأخرجه الأصفهاني بلفظ من قرأ يس في ليلة الجمعة غفر له

 

Terjemahan

 

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:Sesiapa yang membaca Surah ad-Dukhan dan Yasin pada malam Jumaat, maka dia akan bangun pagi dalam keadaan diampuni dosanya.”

 

Takhrij

 

HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/969, at-Tirmidzi no. 2889, al-Uqaili dalam al-Dhuafa’  1/202, Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 6224.

 

Dhaif menurut Imam Baihaqi kerana bersendirinya Hisyam

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ 5/239

Ulama hebat sekalipun tidak terlepas dari melakukan kesilapan

 

 

قال أبو عصمة نوح بن أبي مريم

"إني رأيت اشتغال الناس بفقه أبي حنيفة، ومغازي محمد بن إسحاق، وإعراضهم عن القرآن، فوضعت هذه الأحاديث حسبة لله."

 

Berkata Nuh bin Abi Maryam, "Aku melihat manusia terlalu sibuk dengan fiqh Abu Hanifah dan sirah Muhammad bin Ishaq, lalu mereka berpaling dari al-Quran. Maka aku pun mencipta hadith-hadith ini kerana Allah."

 

Kata Ibnu Hibban rah "Nuh" The Collector" Al-Jamik telah menghimpunkan semua perkara dalam hidupnya, kecuali kejujuran"

 

Beginilah kisah Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam, seorang yang di mata masyarakat adalah qadhi yang dihormati, tokoh dalam Mazhab Hanafi yang terkenal, Pakar bahasa Arab dan pelbagai ilmu lain.

 

Tapi di sisi ulama hadith, beliau dikenali sebagai pemalsu hadith, walaupun niatnya konon “kerana Allah”.

 

Kisah ini memberi kita satu pengajaran penting. Tokoh yang hebat dalam satu bidang belum tentu selamat dari kesilapan besar dalam bidang lain.

 

Bahkan boleh sahaja seorang tokoh yang memiliki banyak ilmu, namun tidak jujur dan amanah.

 

Penilaian ini selari dengan kaedah kukuh dalam ilmu Jarh wa Ta’dil

 

الجرح المفسر مقدم على التعديل المبهم

 

"Kritikan yang diperincikan didahulukan atas pujian yang umum."

 

Begitu juga dalam Usul Fiqh:

 

المثبت مقدم على النافي

 

"Yang menetapkan sesuatu diutamakan berbanding yang menafikan."

 

Analogi mudah: Ayah kita pandai memasak dan disayangi ramai.

 

Tapi suatu hari lauknya terlebih garam. Ramai orang menegur perkara tersebut. Maka teguran itu tetap sah dan perlu diterima, walau kita tahu beliau biasanya memang handal di dapur.

 

Walaupun hati kita mungkin terguris kerana kritikan tersebut. Namun kebenaran dan jujur membawa kebaikan. Masakan yang masin tetap masin.

 

Begitulah resam dalam dunia ilmu, kebaikan umum tidak menutup kesilapan khusus.

 

Ulama besar seperti al-Jahiz, walaupun dikritik kerana berakidah Muktazilah, tetap diiktiraf sebagai ahli bahasa yang ulung. Maka ilmunya diambil dalam bahasa, tapi ditolak dalam akidah.

 

Bahkan Ahli Sunnah sendiri mengambil pendapat Imam al-Syatibi dalam bab bidaah dan menjadikan karya beliau al-Ihtisam sebagai salah satu rujukan dalam memahami perbahasan bidaah.

 

Tapi menolak pandangan beliau dalam bab sifat-sifat Allah. Ini perkara biasa dalam tradisi tarjih Ahli Sunnah.

 

Kalau dengan Imam al-Syatibi pun kita boleh tak setuju dalam isu tertentu, apa masalahnya kalau ada yang tak setuju dengan pendekatan Dr. Kamilin Jamilin dalam polemik circle toksik?

 

Kerana ulama juga manusia, dan tiada manusia yang maksum, kecuali Nabi SAW.

 

قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:

"ليس كل من خالف في شيء من هذا الاعتقاد يجب أن يُهجر، بل يُستعمل معه الهجر تارة، والمعاملة بحسْب الحال، كما كان السلف يفعلون."

 

"Tidak setiap orang yang tersalah dalam akidah wajib dihukum terus. Bahkan ia dilayan mengikut keadaan, sebagaimana yang dilakukan oleh para salaf."(Majmu Fatawa 3/179)

 

Dan Imam al-Zahabi menulis dengan sangat realistik dalam Siyar 'Alam an-Nubala 14/40:

 

"ولو أننا كلما أخطأ إمام في اجتهاده في آحاد المسائل خطأ مغفورًا له، قمنا عليه، وبدّعناه، وهجرناه، لما سلم معنا لا ابن نصر، ولا ابن منده، ولا من هو أكبر منهما، والله هو هادي الخلق إلى الحق، وهو أرحم الراحمين."

 

"Kalau setiap kali seorang imam tersilap dalam satu ijtihad, kita bangkit menolaknya, membid‘ahkannya dan memboikotnya, nescaya tak ada yang akan selamat, termasuk Ibn Nasr, Ibn Mandah, bahkan yang lebih besar daripada mereka. Sedang Allah jua yang memberi petunjuk dan Maha Pengasih."

 

Kita boleh ambil ilmu seseorang dalam banyak perkara.

 

Dan kita juga boleh tidak bersetuju dengannya dalam banyak perkara tertentu.

 

Ini bukan menjatuhkan, ini tanda keadilan.

 

Dan keadilan adalah antara tonggak Ahlus Sunnah wal Jamaah.

 

Berpendirian dengan ilmu. Bukan dengan taksub.

Berbeza pandangan bukan bermaksud bermusuh.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar.

Kunci Kebaikan Dunia Akhirat

 

 

Imam Asy-Syafi'i mengatakan,

 

خير الدنيا والآخرة في خمس خصال غنى النفس وكف الأذى وكسب الحلال ولباس التقوى والثقة بالله تعالى على كل حال

 

"Kebaikan dunia dan akhirat terletak pada lima hal, kaya hati, tidak mengganggu, penghasilan halal, hati yang tertutup pakaian takwa dan yakin dengan Allah dalam setiap kondisi"

 

(Bustanul Arifin karya An-Nawawi hlm 113, Dar al-Minhaj)

Hadith zikir selepas solat baca walaupun sekali seumur hidup

 

Matan hadith

 

عن علي كرم الله وجهه قال النبي صلى الله عليه وسلم”من قرأ دبر كل صلاة مكتوبة “سبحان من لا يعلم قدره غيره ولا يبلغ الواصفون صفته”اطال الله عمره واستغنى عن الخلق اجمعين”رواه الطبراني وابن ابي الدنيا باسناد صحيح..

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang membaca setiap selesai solat fardu”SUBHAANA MAN LAA YA’LAMU QADROHU GHAIRUHU WA LAA YABLUGHUL WAASHIFUUNA SHIFATAH”pasti Allah panjngkan Umurnya dan Allah jadikan dia SELALU Merasa cukup Dari bantuan mahluk semuanya(menjadi orang yg SELALU di cukupkan oleh Allah SWT)..

 

Takhrij

 

Tidak ditemukan asal dari kitab-kitab hadith muktabar, baik kitab at-Thabarani mahupun Ibnu Abi Duniya seperti yang didakwa.

 

adapun yang menyebut bukan dari kitab-kitab hadith, malah tanpa sanad seperti dalam Hashiyah al-Sawi tafsir ayat al-Isra': 111, I'anah at-Thalibin 1/215; Fath al-Allam Syarah Mursyid al-Anam dll

Hadith solat kafarah pada Jumaat terakhir Ramadhan

 

Matan hadith

 

 

 مَن فَاتَتْهُ صَلَاة فِي عُمْرِهِ وَلَمْ يحصَهَا فَلْيَقُمْ فِي آخِر جُمعَة مِن رَمَضَانَ وَلْيصل أَرْبَعَ رَكَعَات بِتَشهد وَاحِد، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةِ فَاتِحَة الْكِتَاب، وَسُورَة الْقَدْر خَمْسَ عَشَرَة مَرَّة، وَسُورَةُ الْكَوْثَر كَذَلِكَ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang pernah meninggalkan solat dalam hidupnya tetapi tidak dapat menghitung jumlahnya, maka dirikanlah solat pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan dan solatlah sebanyak 4 rakaat dengan 1 kali tasyahud, dan membaca pada setiap rakaat 1 kali surah al-Fatihah, kemudian surah al-Qadr sebanyak 15 kali dan surat al-Kauthar juga begitu (15 kali).

 

Takhrij

 

Palsu, tiada asal (al-Fawaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah hal. 54; al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ hal. 191; Dar Alifta Jordan no. 3204)

 

Al-Lajnah al-Da’imah dalam fatwanya menyebut: “Hadith ini adalah hadith palsu yang direka dan tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. Bahkan, sesiapa yang tertinggal solat, hendaklah dia menyegerakan mengqada’nya apabila dia mengingatinya sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidur lalu tertinggal solat atau dia terlupa, hendaklah dia solat apabila dia teringat, dan tidak ada kaffarah baginya kecuali hal itu.” Manakala dalam solat yang disebut di atas dengan mengulangi bacaan surah al-Qadr dan al-Kauthar dalam solat tersebut sebanyak 15 kali, solat itu ialah solat bid’ah yang direka-reka dan bercanggah dengan solat yang disyariatkan.” (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 3/210)

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 57541

 

Maktabah al-Bakri no. 1329

 

Fatawa al-Lajnah al-Daimah 3/210

 

Fatwa Dar Alifta Jordan no. 3204

Hadith palsu doa dibulan Ramadhan dibaca selepas solat fardhu

 

Matan hadith

 

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa membaca do’a ini di bulan Ramadhan (Al-Mubarak) setiap kali selesai melakukan solat Wajib (fardhu), ALLAH SWT akan mengampuni (segala) dosa-dosanya hingga Hari Kiamat.”

 

Berikut adalah do’anya :

 اللهم صل على محمد وال محمد

 

اللَّهُمَّ أَدْخِلْ عَلَى أَهْلِ الْقُبُوْرِ السُّرُوْرَ، اللَّهُمَّ أَغْنِ كُلَّ فَقِيْرٍ

اللَّهُمَّ أَشْبِعْ كُلَّ جَائِعٍ

اللَّهُمَّ اكْسُ كُلَّ عُرْيَانٍ

اللَّهُمَّ اقْضِ دَيْنَ كُلِّ مَدِيْنٍ

اللَّهُمَّ فَرِّجْ عَنْ كُلِّ مَكْرُوْبٍ

اللَّهُمَّ رُدَّ كُلَّ غَرِيْبٍ

اللَّهُمَّ فُكَّ كُلَّ أَسِيْرٍ

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ كُلَّ فَاسِدٍ مِنْ أُمُوْرِ الْمُسْلِمِيْنَ

اللَّهُمَّ اشْفِ كُلَّ مَرِيْضٍ

اللَّهُمَّ سُدَّ فَقْرَنَا بِغِنَاكَ

اللَّهُمَّ غَيِّرْ سُوْءَ حَالِنَا بِحُسْنِ حَالِكَ،

اللَّهُمَّ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَ أَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

 

Ya ALLAH....

Bahagiakanlah para penghuni kubur.

Ya ALLAH....

Penuhilah keperluan setiap orang fakir.

Ya ALLAH....

Kenyangkanlah orang-orang yang kelaparan.

Ya ALLAH....

Berilah pakaian orang-orang yang telanjang (tiada pakaian).

Ya ALLAH....

Lunasilah hutang orang-orang yang berhutang.

Ya ALLAH....

Bahagiakanlah orang-orang yang susah.

Ya ALLAH....

Kembalikanlah orang-orang orang yang diasingkan.

Ya ALLAH... 

Bebaskanlah orang-orang yang ditawan.

Ya ALLAH....

Perbaikilah setiap urusan Muslimin yang rusak.

Ya ALLAH....

Sembuhkanlah orang-orang yang sakit.

Ya ALLAH....

Tutupilah kefakiran kami dengan kekayaan-MU.

Ya ALLAH.....

Ubahlah kedudukan buruk kami dengan kebaikan-MU.

Ya ALLAH....

Lunasilah hutang kami, dan cukupkanlah kefakiran kami.

ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

Takhrij

 

Palsu, tidak ditemui asal dari kitab- kitab hadith muktabar sunnah.

 

Ditemukan dalam kitab hadith syiah Biharul Anwar 95/120

 


Hadith palsu kisah pertanyaan sahabat berkenaan solat dengan fikiran melayang (tidak khusyuk)

 

 

Kisah tular

 

Pada suatu hari, di dalam majlis Rasulullah ﷺ, seorang sahabat duduk dengan wajah penuh kegelisahan. Matanya tertunduk, jemarinya saling menggenggam, seolah-olah ada sesuatu yang berat di hatinya. Dia menghela nafas, lalu dengan suara perlahan, dia berkata,

 

"Wahai Rasulullah, aku ingin bertanya… tetapi aku khuatir, mungkin pertanyaanku ini akan membuatku semakin malu di hadapan Allah."

 

Rasulullah ﷺ tersenyum lembut, tatapan baginda penuh kasih sayang. "Katakanlah, wahai saudaraku. Tidak ada soalan yang membuat seseorang hina jika dia bertanya untuk mencari kebaikan."

 

Sahabat itu mengangkat wajahnya perlahan, matanya mulai berkaca-kaca. "Wahai Rasulullah, aku merasa solatku sering tidak khusyuk. Kadang-kadang aku teringat urusan dunia, kadang-kadang fikiranku melayang entah ke mana. Aku takut solatku tidak diterima oleh Allah… adakah dengan solat seperti itu, aku tetap mendapat pahala?"

 

Sekejap, suasana menjadi hening. Para sahabat yang lain menunduk, turut merasakan kegelisahan yang sama. Mereka tahu betapa beratnya persoalan itu.

 

Namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Rasulullah ﷺ tidak segera menjawab. Baginda menatap sahabat itu dalam-dalam, lalu air mata mulai mengalir di pipi baginda. Para sahabat terkejut—jarang mereka melihat Rasulullah ﷺ menangis dalam keadaan seperti ini.

 

Dengan suara yang bergetar, Rasulullah ﷺ berkata, "Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya syaitan tidak akan pernah berhenti berusaha mencuri bahagian dari solat seorang hamba, sehingga dia menjadi lalai. Tetapi ketahuilah… Allah tetap melihat usahamu."

 

Baginda menarik nafas dalam, lalu menyambung, "Wahai saudaraku, jika engkau meninggalkan solat hanya kerana takut tidak khusyuk, maka syaitan akan menang. Tetapi jika engkau tetap berusaha solat walaupun dengan fikiran yang sering terganggu, ketahuilah… setiap kali engkau berusaha kembali kepada Allah dalam solatmu, saat itulah Allah menyambutmu."

 

Air mata sahabat itu mengalir deras. Begitu juga para sahabat lain.

 

Kemudian Rasulullah ﷺ berkata dengan penuh kelembutan, "Bayangkan seorang ibu melihat anaknya berjalan ke arahnya, tetapi anak itu sering jatuh dan tersandung. Adakah ibu itu akan marah? Tidak! Sebaliknya, dia akan berlari menghampiri anaknya, mengangkatnya, dan mendakapnya erat. Begitulah Allah… Dia lebih penyayang daripada seorang ibu kepada anaknya. Selama engkau terus kembali kepada-Nya, Allah akan sentiasa menerimamu."

 

Sahabat itu menangis teresak-esak. Begitu juga para sahabat lain. Betapa Maha Pengasihnya Allah, betapa luas rahmat-Nya.

 

Sejak hari itu, sahabat tersebut tidak lagi berputus asa dalam solatnya. Dia terus berusaha, dan setiap kali fikirannya melayang, dia mengingati kata-kata Rasulullah ﷺ:

 

"Setiap kali engkau berusaha kembali, saat itulah Allah menyambutmu."

 

 

Takhrij

 

Palsu. Tidak ditemui dari mana-mana kitab hadith muktabar sunnah.

 

Yang terdekat adalah kisah Ali ra yang diberikan ganjaran jubah nabi jika berjaya solat khusyuk, dan kisah ini juga palsu, tidak ditemui asal:

 

Cerita bermula ketika Rasulullah SAW sedang duduk di serambi Masjid Nabawi bersama para sahabat sambil menanti waktu solat tiba. Di tengah-tengah perbualan hangat mereka, datang seorang lelaki daripada suku Badui yang ingin bertanya kepada Rasulullah SAW.

 

Lelaki Badui itu bertanya tentang solat yang tidak khusyuk kerana sering bercampur dengan fikiran mengenai urusan dunia. Dia ingin tahu bagaimana cara untuk solat dengan penuh khusyuk.

 

Pertanyaan lelaki Badui ini mungkin mewakili ramai umat Islam lain yang tinggal jauh dari ‘lingkaran’ Rasulullah SAW kerana berada di pedalaman, bukan dari kalangan sahabat Muhajirin mahupun Ansar.

 

Sebelum Rasulullah SAW sempat menjawab, Ali bin Abi Thalib RA yang turut berada di situ terus berkata dengan tegas, "Solat seperti itu tidak akan diterima oleh Allah, dan Allah tidak akan memandang solat yang demikian."

 

Mendengar kata-kata Ali, Rasulullah SAW kemudian bertanya kepadanya untuk menguji kebenaran pernyataan tersebut.

 

"Wahai Ali, apakah engkau mampu mengerjakan solat dua rakaat kerana Allah semata-mata tanpa terganggu oleh sebarang kesusahan, kesibukan, atau bisikan yang melalaikan?"

 

"Aku mampu melakukannya, ya Rasulullah," jawab Ali dengan penuh yakin.

 

Rasulullah SAW sudah mengetahui bahawa para sahabatnya daripada golongan Muhajirin dan Ansar mampu solat dengan khusyuk kerana mereka sering melihat dan mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh baginda sendiri.

 

Namun, baginda ingin memberikan pelajaran berharga kepada lelaki Badui tersebut bahawa Islam bukan hanya untuk sahabat yang dekat dengan Rasulullah SAW, tetapi adalah rahmat bagi seluruh alam.

 

Mendengar keyakinan Ali, Rasulullah SAW pun memberikan sedikit ‘ujian’.

 

Sebelum Ali mengambil wudhu untuk menunaikan solat, Rasulullah SAW tersenyum kepadanya dan berkata, "Wahai Ali, jika engkau mampu melakukannya, aku akan memberikanmu serbanku. Engkau boleh memilih sama ada serban buatan Syam atau Yaman."

 

Diketahui bahawa kedua-dua serban tersebut mempunyai kualiti terbaik.

 

Ali pun bangkit, mengambil wudhu, lalu menunaikan solat dua rakaat seperti yang disanggupinya di hadapan Rasulullah SAW. Semua yang hadir, termasuk lelaki Badui itu, yakin bahawa Ali pasti akan memperoleh hadiah daripada Rasulullah SAW.

 

Setelah Ali selesai solat, Rasulullah SAW bertanya, "Wahai Abul Hasan dan Husain, bagaimana pendapatmu? Adakah engkau dapat mengerjakannya dengan khusyuk dan sempurna?"

 

"Demi kebenaranmu, ya Rasulullah SAW," jawab Ali dengan nada murung.

 

"Sesungguhnya pada rakaat pertama, aku dapat solat dengan penuh khusyuk tanpa sebarang gangguan. Namun, ketika memasuki rakaat kedua, aku tiba-tiba teringat akan janji engkau dan berfikir dalam hati, 'Seandainya Rasulullah SAW memberikan serban Yaman, tentulah lebih baik daripada serban Syam.'"

 

Ali kemudian berkata lagi, "Demi hakmu, ya Rasulullah, tidak ada seorang pun yang dapat mengerjakan solat dua rakaat dengan benar-benar murni kerana Allah semata dan menumpukan ingatannya hanya kepada Allah."

 

Mendengar jawapan Ali, Rasulullah SAW tersenyum dan dengan penuh kelembutan bersabda, "Wahai Abu Thurab (gelaran bagi Ali), sesungguhnya perkara ini juga berlaku kepada orang lain. Khusyuk itu diukur mengikut kemampuan manusia. Yang paling penting, apabila fikiranmu terganggu dengan perkara lain, segera kembalikan fokus kepada solatmu."

 

Rasulullah SAW menambah lagi, "Ketika solat, kita hendaklah beribadah seolah-olah kita dapat melihat Allah dan berbicara dengan-Nya. Namun, jika tidak mampu mencapai tahap itu, sekurang-kurangnya ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita, dan itu sudah mencukupi."

 

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 288785

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 373342