Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Atsar Umar ra menendang perut Fatimah ra sehingga gugur janinnya

 

Matan atsar

 

إن عمر رفس فاطمة حتى أسقطت بمحسن

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Umar menendang Fathimah sehingga keguguran janin yang bernama Muhsin

 

Takhrij


Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Darim.

 

Kisah ini diuar-uarkan oleh orang yang buta ilmu rijal (sepertnya syiah) dengan membawa kitab-kitab rijal sebagai sumber atsar dan mendakwa ahli hadith sunnah meriwayatkannya di dalam kitab mereka seperti:

 

Mizan al-Iʽtidal 1/283 oleh az-Zahabi

Siyar Aʽlam al-Nubala 15/578 oleh az-Zahabi

Lisan al-Mizan 1/268 oleh Ibnu Hajar al-Asqalani

 

Ibnu Hajar langsung menolak hadith ini kerana terdapat Ibnu Abi Darim di dalam sanadnya yang kazzab dan rafidhah.

 

Ibnu Hajar menulis:

 

احمد بن محمد بن السرى بن يحيى بن أبي دارم المحدث أبو بكر الكوفي الرافضي الكذاب... ثم في آخر أيامه كان أكثر ما يقرأ عليه المثالب حضرته ورجل يقرأ عليه ان عمر رفس فاطمة حتى أسقطت بمحسن.

 

Ahmad bin Muhammad al-Sarri bin Yahyah bin Abi Darim Abu Bakar al-Kufi al-Rafidhi al-Kazzab… kemudian di penghujung hari-hari riwayat hidupnya, banyak khabar tentang keburukan disampaikan kepadanya, dan terdapat lelaki yang menyampaikannya bahawa Umar menendang Fathimah sehingga keguguran janin yang bernama Muhsin.

 

Bukan Imam az-Zahabi yang riwayat, dia cuma nukilkan pendapat ulama tentang biografi perawi lain (ابن أبي دارم)...yang akhir hayatnya banyak baca cerita bukan2. antaranya kisah umar tendang Fatimah.

 

Al-Hakim menyatakan bahawa beliau adalah seorang Rafidhi (Syiah) dan bukan perawi yang boleh dipercayai. Bahkan az-Zahabi berkata dia seorang syaikh yang sesat dan memiliki kesalahan yang fatal (Siyar ‘Alam an-Nubala 15/577)

 

Atsar ini pasti tidak sahih, bahkan palsu (Fatwa Soaljawab Islam no. 125890, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 27619).

 

Ada gabungan  cerita dari dua atsar:

 

1. Diriwayatkan oleh Sulaim bin Qais dalam Asrar Ali Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam 3/538, Imam Ahmad kata atsar ni palsu:

 

Ahmad menjawab, ‘Riwayat itu diambil dari kitab Ibnu Dab lalu dipalsukan atas nama al-Laits.’” (Al-Muntakhab min ‘Ilalil Khallal, Ibnu Qudamah, 1/296–297)

 

 

2. diriwayatkan al-Baladziri dalam Ansabul Asyraf 1/586, dhaif kerana al-Baladziri berkesendirian (tafarrud) dalam meriwayatkan kisah ini, dan terputusnya sanad kepada Abu Bakar ra.

 

 riwayat tersebut adalah:

 

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ أَرْسَلَ إِلَى عَلِيٍّ يُرِيدُ الْبَيْعَةَ، فَلَمْ يُبَايِعْ. فَجَاءَ عُمَرُ، وَمَعَهُ فَتِيلَةٌ فَتَلَقَّتْهُ فَاطِمَةُ عَلَى الْبَابِ، فَقَالَتْ فَاطِمَةُ: يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، أَتُرَاكَ مُحَرِّقًا عَلَيَّ بَابِي؟ قَالَ: نَعَمْ، وَذَلِكَ أَقْوَى فِيْمَا جَاءَ بِهِ أَبُوْكِ. وَجَاءَ عَلِيٌّ، فَبَايَعَ وَقَالَ: كُنْتُ عَزَمْتُ أَنْ لَا أَخْرُجَ مِنْ مَنْزِلِي حَتَّى أَجْمَعَ الْقُرْآنَ

 

“Sesungguhnya Abu Bakar telah mengutus orang kepada Ali untuk meminta baiat (dari Ali), namun Ali tidak mahu berbaiat. Umar pun datang dengan membawa kayu bakar. Fatimah menemui Umar di depan pintunya dan bertanya, ‘Wahai Ibnul Khatthab, apakah engkau akan sanggup membakar pintuku ini di hadapanku?’ Umar menjawab, ‘Ya, itu lebih menyakitkan dari apa yang dahulu dilakukan oleh ayahmu.’ Ali lalu muncul dan akhirnya berbaiat. Ali mengatakan, ‘Tadi aku terlanjur bertekad untuk tidak keluar dari rumahku hingga aku berhasil mengumpulkan seluruh al-Quran (dalam hafalanku).’” (AR. Al-Baladziri dalam Ansabul Asyraf no. 1184 dari Ibnu Aun)

 

Sanad:

 

الْمَدَائِنِيُّ، عَنْ مَسْلَمَةَ بْنِ مُحَارِبٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِي، وَعَنِ ابْنِ عَوْنٍ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ أَرْسَلَ إِلَى عَلِيٍّ

 

“(Menceritakan kepadaku Abul Hasan) al-Madaini, dari Maslamah bin Muharib, dari Sulaiman bin at-Taimi dan dari Ibnu Aun, ‘Sesungguhnya Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu telah mengutus orang kepada Ali radhiyallahu ‘anhu….’”

 

Abdullah bin Aun dan Sulaiman at-Taimi keduanya tidak sezaman dengan Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu dan baru lahir jauh setelah Abu Bakar wafat (Siyar A’lam an-Nubala 6/202, 6/364)

 

Ibnu Taimiyah mengkritik keseluruhan kisah itu sebagai tidak sahih dalam Minhaju as-Sunnah an-Nabawiah 8/208, 4/287.

 

Rujukan

 

Fatwa Solajawab Islam no. 125890

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 27619

 

https://zadandunia.blogspot.com/2012/12/mengapa-cucu-rasulullah-saw-dari-trah.html

 

http://www.khayma.com/da3wah/641.html

 

https://www.dd-sunnah.net/forum/showthread.php?t=181783

No comments:

Post a Comment