Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Hati-hati menyelisihi sunnah

 

Imam Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullahu berkata: Sunnah adalah jalan yang ditelusuri, maka termasuk di dalamnya adalah berpegang teguh dengan Sunnah Rasulullah dan Sunnah Khulafa’ Rasyidin setelah beliau, baik dalam masalah aqidah/keyakinan, amal perbuatan dan ucapan. Inilah Sunnah yang sempurna. Oleh karena itulah para salaf dahulu tidaklah memutlakkan kata Sunnah kecuali untuk yang mencakup segala perkara. Hal ini diriwayatkan dari Al-Hasan, Al-Auza’i dan Al-Fudhail bin Iyadh. Dan kebanyakan ulama mutaakhkhirin (setelah mereka) mengkhususkan kata Sunnah untuk yang berkaitan dengan aqidah karena ini adalah pokok agama dan yang menyelisihinya dalam bahaya besar. (Jami’ Al-Ulum Wa Al-Hikam 2/120).

 

Dalil Kewajipan Berpegang Teguh Dengan Sunnah Rasulullah ﷺ

 

Imam Ahmad rahimahullahu berkata: Aku melihat/memperhatikan di dalam mushaf lalu aku dapati (perintah) taat kepada Rasulullah ﷺ ada dalam tiga puluh tiga tempat (ayat). (Al-Ibanah Al-Kubra 1/260 no. 97 oleh Ibnu Baththah Al-Ukbari)

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu berkata: Allah mewajibkan atas semua manusia untuk taat kepada Rasulullah ﷺ kurang lebih di empat puluh tempat dalam Al-Quran dan taat kepada beliau termasuk taat kepada Allah. (Majmu’ Fatawa 19/83)

 

Dan ayat-ayat tentang hal ini terbagi menjadi tiga bentuk/redaksi (Iqazhul Himmah Li Ittiba’ Nabi Al-Ummah hal. 12-45 oleh Syaikh Khalid bin Su’ud Al-Ajmi):

 

1. Redaksi perintah dan anjuran.

2. Redaksi keutamaan dan pahala bagi yang mengikuti Sunnah Rasulullah ﷺ

3. Redaksi ancaman bagi yang menyelisihi Sunnah Rasulullah ﷺ

 

Bidaah dan amalan yang menyelisihi sunnah (tuntunan Rasul) adalah sesuatu yang patut dibezakan. Tidak setiap amalan yang menyelisihi tuntunan Rasul dikategorikan bidaah.

 

Menurut para ulama, bidaah adalah sesuatu yang menyelisihi sunnah dan menjadi kelaziman (keharusan).

 

Misalnya, setelah solat wajib ada yang mengangkat tangan untuk berdoa, apakah hal ini termasuk bidaah ataukah hal yang menyelisihi sunnah?

 

Di sini perlu dilihat, apakah amalan tersebut jadi rutin (kelaziman) ataukah tidak?

 

Jika dikerjakan secara rutin dan jadi kelaziman, maka sebagaimana definisi di atas, hal tersebut termasuk bidah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah merutinkannya. Namun jika tidak dijadikan kelaziman, sesekali saja diamalkan, kadang dilakukan, kadang tidak, maka seperti itu hanyalah menyelisihi tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak tergolong bidaah. (Syeikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Syaikh dalam Syarah Fadhlil Islam, hal. 98).

 

 

Firman Allah swt:

 

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَـلِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Dan beringatlah (wahai golongan) yang menyelisihi suruhannya (Rasulullah s.a.w.) akan tertimpanya (kepada) mereka fitnah atau ditimpa (kepada) mereka ‘azab yang pedih” [QS. an-Nur:63]

 

Ibnu Katsir menjelaskan:

 

وقوله : ( فليحذر الذين يخالفون عن أمره ) أي : عن أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وهو سبيله ومنهاجه وطريقته وسنته وشريعته

 

فتوزن الأقوال والأعمال بأقواله وأعماله ، فما وافق ذلك قبل ، وما خالفه فهو مردود على قائله وفاعله ، كائنا ما كان

 

كما ثبت في الصحيحين وغيرهما ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال : ” من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد ”

 

أي : فليحذر وليخش من خالف شريعة الرسول باطنا أو ظاهرا

 

أن تصيبهم فتنة ) أي : في قلوبهم ، من كفر أو نفاق أو بدعة)

 

أو يصيبهم عذاب أليم ) أي : في الدنيا ، بقتل ، أو حد ، أو حبس ، أو نحو ذلك)

 

قال الإمام أحمد : حدثنا عبد الرزاق ، حدثنا معمر ، عن همام بن منبه قال : هذا ما حدثنا أبو هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” مثلي ومثلكم كمثل رجل استوقد نارا ، فلما أضاءت ما حولها . جعل الفراش وهذه الدواب اللاتي [ يقعن في النار ] يقعن فيها ، وجعل يحجزهن ويغلبنه ويتقحمن فيها ” . قال : ” فذلك مثلي ومثلكم ، أنا آخذ بحجزكم عن النار هلم عن النار ، فتغلبوني وتقتحمون فيها ”

 

 

Dan firmanNya: “Dan beringatlah (wahai golongan) yang menyelisihi suruhannya” iaitu meyelisihi suruhan Rasulullah s.a.w., yang bererti jalannya, manhajnya, sunnahnya dan syari’atnya. kerana) sesungguhnya, perkataan-perkataan & amalan-amalan akan ditimbang dengan neraca perkataan-perkataan dan amalan-amalan Rasulullah s.a.w. Maka, apa yang selari dengan yang demikian (iaitu sunnah Nabi saw.), ianya akan diterima. dan apa yang bertentangan dengannya (iaitu sunnah Nabi saw.), ianya akan ditolak, tanpa mengira siapakah orang tersebut, siapa yang berkata dan siapa yang melakukannya. (Hal ini) sebagaimana telah tsabit (di dalam hadith yang terdapat) di dalam dua Kitab Sahih (iaitu Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim) & (kitab-kitab hadith) selain kedua-duanya, dari Rasulullah saw., bahawasanya baginda bersabda: “Barangsiapa melakukan amalan (yang) yang tiada pada suruhan (dari) kami (Allah & Rasulullah saw.), maka ianya tertolak.”Iaitu (secara keseluruhannya, ayat ini bermaksud): Maka beringatlah dan takutlah sesiapa (yang) menyelisihi syariat Rasulullah saw. (baik) secara batin, (mahupun) zahir. “akan tertimpanya (kepada) mereka fitnah”, iaitu (fitnah) pada hati-hati mereka (berupa) dari (sifat-sifat) kekufuran, nifaq (hipokrit) atau bidaah (inovasi dalam agama).“atau ditimpa (kepada) mereka azab yang pedih” iaitu di dunia dengan (hukuman) bunuh, hudud, penjara atau yang setara dengannya. Al-Imam Ahmad berkata (bahawa) Abu Hurairah (r.a.) berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

 

Perumpamaan (antara) aku dengan kalian (adalah) seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka, apabila diterangi segala (yang berada) di sekelilingnya (iaitu api tersebut), serangga & selainnya mula terjatuh ke dalamnya & dia cuba menghalang mereka, tetapi mereka tetap terjatuh ke dalamnya. Baginda berkata (lagi): Maka begitulah perumpamaan antara aku dengan kalian. Aku cuba menghalang kalian & menjauhkan kalian dari api. Tapi, kalian melampaui aku, lalu terjatuh ke dalamnya (HR. Bukhari no. 3426 dan Muslim no. 2284) (Tafsir Ibnu Katsir 6/97)

 

 

Salah seorang murid Imam Ahmad rahimahullah bernama Abu Thalib mengatakan,

 

Saya mendengar Imam Ahmad ditanya tentang sebuah kaum yang meninggalkan hadith dan cenderung kepada pendapat Sufyan (yakni Ats-Tsauri rahimahullah, salah seorang ulama kala itu).

 

Imam Ahmad rahimahullah berkata,

 

Saya merasa hairan terhadap sebuah kaum yang mengetahui hadith dan sanad hadith serta kesahihannya lalu meninggalkannya. Lantas dia mengambil pendapat Sufyan dan yang lainnya. Padahal Allah berfirman,

 

فَلۡيَحۡذَرِ ٱلَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنۡ أَمۡرِهِۦٓ أَن تُصِيبَهُمۡ فِتۡنَةٌ أَوۡ يُصِيبَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Maka hendaklah berhati-hati orang yang menyelisihi perintah Rasul-Nya untuk tertimpa fitnah atau tertimpa azab yang pedih.” (an-Nur: 63)

 

Tahukah kalian apa erti fitnah?

 

Fitnah adalah kufur. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

 

وَٱلۡفِتۡنَةُ أَكۡبَرُ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۗ

 

Dan fitnah (yakni kufur) itu lebih besar daripada pembunuhan.” (QS. al-Baqarah: 217) (Fathul Majid hal. 466).

 

Allah subhanahu wa ta’ala juga berfirman,

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٰتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِيِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِكُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ

 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian keraskan suara kalian di atas suara Nabi. Jangan pula kalian bersuara keras terhadap Nabi sebagaimana kerasnya suara sebagian kalian kepada sebagian yang lain supaya tidak gugur amal kalian sedangkan kalian tidak menyadarinya.” (QS. al-Hujurat: 2).

 

Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan ayat ini,

 

Allah memperingatkan kaum mukminin dari gugurnya amal-amal mereka dengan sebab mereka mengeraskan suara kepada Rasul sebagaimana kerasnya suara mereka kepada sebagian yang lain. Padahal amalan ini bukan merupakan kemurtadan, melainkan sekadar kemaksiatan. Akan tetapi, ia dapat menggugurkan amalan dalam keadaan pelakunya tidak menyedari.

 

Lantas bagaimana dengan orang yang mendahulukan ucapan, petunjuk, dan jalan seseorang di atas ucapan, petunjuk, dan jalan Nabi?! Bukankah yang demikian telah menggugurkan amalannya sedangkan dia tidak merasa?” (Kitabush Shalah hal.. 65; al-Wabilush Shayyib hal. 24; dan Ta’zhimus Sunnah hal. 22—23)

 

Nabi shallallahu alaihi wa sallam menyebutkan,

 

وَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

 

Barang siapa membenci Sunnah (ajaran)ku, dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim)

 

Maksud ‘bukan dari golonganku’ ialah dia termasuk orang kafir jika ia berpaling dari Sunnah Nabi, tidak meyakini As-Sunnah itu sesuai dengan nyatanya. Namun, jika dia meninggalkannya kerana memudah mudahkannya (memandang enteng), ertinya ialah dia tidak di atas tuntunan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. (Syarah Sahih Muslim, an-Nawawi rahimahullah 9/179 dan Nashihati lin Nisa` hal. 37)

 

Dari Abdullah bin Abbas radhiallahu anhuma, dari Nabi bahawa beliau bersabda,

 

لَا تَطْرُقُوا النِّسَاءَ لَيْلًا. فَخَرَجَ رَجُلَانِ مِمَّنْ سَمِعَ مَقَالَتَهُ، فَطَرَقَا أَهْلْهُمَا، فَوَجَدَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مَعَ امْرَأَتِهِ رَجُلًا

 

Jangan kalian datang kepada isteri kalian (dari safar) di malam hari.” Tiba-tiba dua orang (langsung) yang mendengar sabda beliau pergi mendatangi isteri mereka (malam hari), maka keduanya mendapati isteri mereka sudah bersama lelaki lain. (Sunan ad-Darimi 1/118).

 

Didapatinya isteri mereka bersama lelaki lain adalah hukuman bagi mereka. Mereka telah melanggar larangan Nabi untuk mendatangi isteri mereka pada malam hari sepulang dari safar yang cukup lama. Berbeza halnya jika sebelumnya mereka sudah terlebih dahulu memberi tahu bahawa mereka akan datang pada malam itu. Hal ini diperbolehkan, sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari (9/240, 242).

 

Salamah bin al-Akwa’ radhiallahu anhu berkata,

 

أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: كُلْ بِيَمِينِكَ. قَالَ: لَا أَسْتَطِيعُ. قَالَ: لَا اسْتَطَعْتَ. مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ، قَالَ: فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

 

Seseorang makan dengan tangan kiri di hadapan Rasulullah. Rasulullah menegurnya, “Makanlah dengan tangan kananmu.” Ia menjawab, “Saya tidak boleh.” Nabi lalu mengatakan, “Semoga kamu tidak boleh.” Tidaklah menghalangi dia kecuali sombong. Akhirnya, ia tidak dapat mengangkat tangannya ke mulutnya.” (HR. Muslim no. 5236).

 

Abdurrahman bin Harmalah mengisahkan:

Seseorang mendatangi Sa’id bin al-Musayyib dan mengucapkan salam perpisahan untuk haji atau umrah. Sa’id mengatakan kepadanya, “Jangan kamu pergi hingga kamu solat terlebih dahulu. Sebab, Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah ada yang keluar dari masjid setelah azan kecuali seorang munafik, kecuali orang yang terdorong keluar kerana keperluannya dan ingin kembali ke masjid’.” Kemudian orang itu menjawab, “Sesungguhnya teman-temanku berada di Harrah.” Dia pun keluar dari masjid. Sa’id terus terbayang-bayang mengingatnya sampai beliau dikhabari bahawa orang tersebut jatuh dari kenderaannya dan patah pahanya. (Sunan ad-Darimi 1/119; Ta’zhimus Sunnah hal. 31; Miftahul Jannah hal. 134).

 

Abu Abdillah Muhammad bin Ismail at-Taimi mengatakan, Dirinya membaca sebahagian kisah bahawa ketika sebahagian ahlul bidaah mendengar sabda Nabi,

 

إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ، فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثًا، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ

 

Jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, janganlah ia celupkan tangannya ke bejana sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali. Sebab, sesungguhnya ia tidak tahu di mana tangannya bermalam.” (HR. Muslim no. 641)

 

Ahlul bidaah tersebut mengatakan dengan nada mengejek, “Saya tahu di mana tanganku bermalam. Tanganku bermalam di selimut.” Pagi harinya dia bangun tidur dalam keadaan tangannya sudah masuk ke dalam duburnya sampai ke lengannya. At-Taimi lalu berkata, “Maka dari itu, hendaklah seseorang berhati-hati menganggap remeh As-Sunnah dan sesuatu yang bersifat mengikut perintah agama. Lihatlah bagaimana akibat perbuatan buruk diakibatkannya.”

 

 

Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu berkata:

 

اتَّبِعُوْا وَلَا تَبْتَدِعُوْا فَقَدْ كُفِيْتُمْ

 

Ikuti (Sunnah Rasulullah ﷺ) dan jangan mengada-ada kerana kalian sudah dicukupi.” (HR. Ad-Darimi no. 211, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 8770,  sanadnya sahih menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 1/181)

 

Utsman bin Hadhir rahimahullahu berkata: Aku pernah menemui Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma lalu aku berkata:

 

أوصِنِي، فَقَالَ: عَلَيكَ بِالاستِقَامَةِ، اتَّبِعْ وَلا تَبتَدِعْ

 

Berilah aku wasiat, maka beliau berkata: Wajib bagimu bertakwa kepada Allah dan istiqamah. Ikutilah (Sunnah Rasulullah ﷺ) dan jangan berbuat bidaah.” (HR. Ad-Darimi no. 141, sanadnya dhaif menurut Husain Salim Asad ad-Darani)

 

Imam Az-Zuhri rahimahullahu berkata:

 

الاِعْتِصَامُ بِالسُّنَّةِ نَجَاةٌ

 

Berpegang teguh dengan Sunnah adalah keselamatan.” (Al-Ibanah Ash-Shughra no. 130 oleh Imam Ibnu Baththah Al-Ukbari)

 

Imam Al-Auza’i rahimahullahu berkata:

 

اصْبِرْ نَفْسَكَ عَلَى السُّنَّةِ وَقِفْ حَيْثُ وَقَفَ الْقَوْمُ وَقُلْ بِمَا قَالُوْا وَكُفَّ عَمَّا كَفُّوْا وَاسْلُكْ سَبِيْلَ سَلَفِكَ الصَّالِحِ فَإِنَّهُ يَسِعُكَ مَا وَسِعَهُمْ

 

Bersabarlah dirimu di atas Sunnah, berhentilah kemana kaum (salafush shalih) berhenti dan katakan apa yang mereka katakan serta cegahlah apa yang mereka cegah. Telusurilah jalan para salafush soleh kerana itu melapangkanmu sebagaimana hal itu melapangkan mereka.”

(Syarah Uhul I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah 1/174 no. 315 oleh Imam Al-Lalikai)

 

Rujukan

 

https://rumaysho.com/3340-antara-bidah-dan-amalan-menyelisihi-sunnah.html

 

https://kamarhujjah.wordpress.com/2015/01/21/larangan-menyelisihi-sunnah-rasulullah-s-a-w/

 

https://asysyariah.com/menyelisihi-assunnah-menuai-ancaman/

 

https://abdurrahmanthoyyib.com/2023/02/03/berpeganglah-dengan-sunnah-rasulullah-%EF%B7%BA/

No comments:

Post a Comment