Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Hadith 2 ayat surah al-Baqarah diturunkan semasa Nabi saw israk dan mikraj

 

Matan hadith

 

 لَمّا أُسْرِيَ برَسولِ اللهِ صَلّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، انْتُهي به إلى سِدْرَةِ المُنْتَهى، وهي في السَّماءِ السّادِسَةِ، إلَيْها يَنْتَهِي ما يُعْرَجُ به مِنَ الأرْضِ فيُقْبَضُ مِنْها، وإلَيْها يَنْتَهِي ما يُهْبَطُ به مِن فَوْقِها فيُقْبَضُ مِنْها، قالَ: ﴿إِذْ يَغْشى﴾ (النَّجْمُ) ﴿السِّدْرَةَ ما يَغْشى﴾ [النجم: ١٦]، قالَ: فَراشٌ مِن ذَهَبٍ، قالَ: فَأُعْطِيَ رَسولُ اللهِ صَلّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ ثَلاثًا: أُعْطِيَ الصَّلَواتِ الخَمْسَ، وأُعْطِيَ خَواتِيمَ سُورَةِ البَقَرَةِ، وغُفِرَ لِمَن لَمْ يُشْرِكْ باللَّهِ مِن أُمَّتِهِ شيئًا، المُقْحِماتُ

 

Terjemahan

 

Dari Ibnu Mas‘ud RA, beliau berkata, "Ketika Rasulullah ﷺ diisra'kan maka beliau dihentikan di Sidrah al-Muntaha, (iaitu tempat) yang terletak di langit keenam. Sesuatu yang naik dari bumi akan bermuara di sana dan ditahan padanya. Dan sesuatu dari atasnya berhenti padanya, lalu ditahan padanya." Allah berfirman: '(Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya) ' (QS. An-Najm: 16). Abdullah berkata lagi, "Iaitu hamparan dari emas." Dia berkata lagi, "Lalu Rasulullah ﷺ diberi tiga hal: solat lima waktu, ayat-ayat penutup surah Al-Baqarah, dan diampuni dosa-dosa besar milik orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun dari kalangan umat beliau." (HR. Muslim no. 173)

No comments:

Post a Comment