Matan tular
Barang siapa membaca kalimat
أحمد رسول الله محمد رسول الله
(Ahmad adalah Rasulullah.
Muhammad adalah Rasulullah)
pada Jumaat terakhir bulan Rejab,
sebanyak 35 kali ketika khatib sedang duduk di antara 2 khutbah (berkhutbah). Maka
selama setahun tangannya tidak akan pernah kosong dari rezeki.
Takhrij
Perkataan ini bukan hadith Nabi
saw. Zikir di atas dinukilkan oleh Syeikh dalam kitabnya Kanzun Najah Wa
As-Surur seperti berikut:
ومن فوائد الشيخ علي الأجهوري رحمه الله تعالى كما في ترجمته
بخلاصة الأثر أن من قرأ في آخر جمعة من رجب والخطيب على المنبر: أحمدُ رسول الله محمدٌ
رسول الله (خمسًا وثلاثين مرة) لا تنقطع الدراهم من يده ذلك السنة. انتهى.
Sesiapa yang membaca pada Jumaat terakhir di bulan Rejab
ketika Khatib di atas mimbar: Ahmad Rasulullah Muhammad Rasulullah sebanyak 35
kali, tidak akan terputus duitnya selama setahun.
1-
Zikir di atas
bukanlah daripada Rasulullah saw.
2- Amalan ini bercanggah dengan sunnah Rasulullah s.a.w yang
menyuruh kita fokus mendengar khutbah
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ
يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
Apabila seseorang daripada kalian
berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari Jumaat, sedangkan imam sedang
berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan perbuatan yang sia-sia [Sahih
al-Bukhari]
Kesimpulan:
- Hendaklah fokus mendengar
khutbah dan bukannya menyibukkan diri dengan perkara lain hatta berzikir
sekalipun.
- Amalan di atas adalah rekaan,
tiada asal.
Rujukan
FB Dr Ustaz Rozaimi Ramle dan Ustaz Masri
No comments:
Post a Comment