Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Kisah tubuh Nabi saw mengeluarkan cahaya

 

Matan kisah

 

ورفعت سيفي فرفع لي شواظ من نار كالبرق حتى كاد يمحشني فوضعت يدي على بصري خوفا عليه فالتفت إلي رسول الله. صلى الله عليه وسلم وناداني يا شيب ادن مني فدنوت منه فمسح صدري وقال اللهم اعذه من الشيطان فوالله لهو كان ساعتئذ أحب إلي من سمعي وبصري ونفسي واذهب الله عز وجل ما كان بي

 

 

Terjemahan

 

Syaibah bin Utsman bin Thalhah menceritakan: Aku mengangkat pedangku dan sebuah kilat api menyambar ke arahku, hampir membutakanku, maka aku meletakkan tanganku di atas penglihatanku karena takut akan hal itu. Kemudian Rasulullah menoleh kepadaku dan memanggilku, "Wahai Syaibah , mendekatlah kepadaku." Aku mendekat kepadanya dan beliau mengusap dadaku dan berkata, "Ya Allah, lindungilah dia dari setan." Dia kemudian lebih kucintai daripada pendengaran, penglihatan dan jiwaku.

 

Takhrij

 

Kisah tersebut dhaif.

 

Kisah ini disebutkan Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah 8/213, dari Waqidi dalam al-Maghazi 3/906, dari guru-gurunya. Waqidi perawi matruk.

 

Az-Zahabi menilai kisah tersebut gharib sekali dalam Tarikh Islam 2/583. Beliau dan Ibnu Hajar telah menyatakan bahawa dalam sanadnya terdapat perawi bernama  Abu Bakar Al-Hudzali, seoarang perawi matruk.

 

Ibnu Sakan berkata, ‘tentang sanad kisah keislaman Syaibah perlu penelitian ulang.’

 

Ibnu Sakan adalah Al-Imam Al-Hafiz Al-Mujawwid Al-Kabir Abu Ya’la Sa’id bin Utsman bin Sa’id bin Sakan. Ia seorang ulama besar yang menghimpun, mengarang, memverifikasi rawi, mensahihkan dan mencacat hadith.” Wafat tahun 353 H. Ibnu Hajar menggelarinya dengan sebutan ‘jalalah (keluhuran) dan itqan (pakar).”(al-Ishabah).

 

Rujukan

 

https://shamela.ws/book/12397/1132

No comments:

Post a Comment