Takhrij

Wednesday, 2 July 2025

Hadith Allah swt melipat buku kezaliman di bawah kakiNya

 

Sanad dan Matan hadith

 

فأخبرني عثمان بن الهيثم أن عوفا حدثه بذلك كما قرأت عليه حدثنا عبد الله بن صالح أن معاوية بن صالح حدثه عن راشد بن سعد أن النبي ﷺ قال: «إن الله يطوي المظالم يوم القيامة فيجعلها تحت قدميه إلا ما كان من أجر الأجير وعقر البهيمة وفض خاتم بغير حق. يريد افتضاض الأبكار

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya Allah melipat buku-buku kezaliman pada Hari Kiamat, lalu meletakkannya di bawah kaki-Nya melainkan (isu) upah orang yang melakukan kerja namun dizalimi, penyembelihan binatang, pecah dara tanpa hak (yakni: melakukan zina dengan anak dara).”

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Mandah dalam al-Rad ala Jahmiyah no. 14, daripada Rashid Bin Saad ra (tabieen)

 

Hadith ini dhaif kerana terputus sanadnya menurut pentahqiq kitab al-Rad ala Jahmiyah, Dr Muhammad Ali Al-Faqihi hal. 44. Rashid Bin Saad tidak melihat Nabi saw (Tahdzibut Tahdzib 3/226)

No comments:

Post a Comment