Takhrij

Tuesday, 1 July 2025

Penjelasan hadith Sesungguhnya Allah ta’ala menciptakan Adam sebagaimana bentukNya?

 

Dalam lafaz Sahih Muslim no. 2612 disebutkan dengan redaksi,

 

إذا قاتل أحدكم أخاه، فليجتنب الوجه، فإن الله خلق آدم على صورته

 

Jika seseorang di antara kalian yang memukul saudaranya, maka hindarilah wajah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala menciptakan Adam dengan rupaNya

 

Adam diciptakan menurut rupaNya bererti bahawa Allah memiliki wajah, mata, tangan, dan kaki, dan Adam memiliki wajah, mata, tangan, dan kaki. 

 

Namun, bukan bererti hal-hal tersebut sama persis, kerana tidak ada sesuatu makluk pun yang serupa dengan Allah.

 

Allah Ta'ala memiliki sifat yang sesuai dengan sifat-sifat dan kebesaranNya. SifatNya merupakan salah satu sifat yang tidak dapat disamakan dengan sifat-sifat makhluk.

 

dalil:

 

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

 

Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (QS. Asy-Syura:11) 

 

 وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ

 

Dan tidak ada satupun yang setara dan sebanding dengan Dia (QS. Al-Ikhlas: 4)

 

 

Hal lain yang dapat membantu menjelaskan makna hadith ini adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam: 

 

إن أول زمرة تدخل الجنة على صورة القمر ليلة البدر، ثم الذين يلونهم على أضوء كوكب في السماء

 

Golongan pertama yang masuk syurga adalah mereka yang menyerupai bulan (HR. Bukhari no. 3245 dan Muslim no. 2834) 

 

Maksud dari hadith di atas adalah bahawa golongan pertama yang masuk syurga adalah mereka yang berwujud manusia, namun kerana kesucian, keindahan dan kecerahan wajahnya, maka mereka diserupakan dengan bulan, namun tidak menyerupainya. Jadi, hanya kerana sesuatu dikatakan menyerupai sesuatu, bukan bererti ia menyerupai sesuatu itu dalam semua aspek. Jelaslah, tidak mungkin difahami bentuk rombongan tersebut sama seperti dengan bulan.

 

Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman dengan hadith ini dan mereka tidak membantah apa yang sahih dan tsabit daripada Rasulullah s.a.w. Keimanan Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan hadith ini adalah sama seperti mana keimanan mereka dengan sifat-sifat ALLAH yang lain iaitu: Menetapkan Sifat sesuai dengan zahirnya tanpa melakukan takwil dan tidak pula melakukan Tasybih dan Tamtsil.

 

Kata Imam al-Ajurri rah:

 

هَذِهِ مِنَ السُّنَنِ الَّتِي يَجِبُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ الْإِيمَانُ بِهَا , وَلَا يُقَالُ فِيهَا: كَيْفَ؟ وَلِمَ؟ بَلْ تُسْتَقْبَلُ بِالتَّسْلِيمِ وَالتَّصْدِيقِ , وَتَرْكِ النَّظَرِ , كَمَا قَالَ مَنْ تَقَدَّمَ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ

 

“Ini adalah daripada Sunnah-sunnah yang wajib atas kaum muslimin beriman dengannya dan tidak dikatakan padanya: Bagaimana? Dan Kenapa? Bahkan diterima dengan penuh penyerahan dan pembenaran dan meninggalkan perbuatan mencari-cari (kaifiatnya) seperti mana yang dikatakan oleh orang-orang terdahulu daripada Imam-imam kaum muslimin” [al-Syari’ah hal. 285].

 

Ditanya kepada Imam Ahmad bin Habal rah berkenaan orang yang mentafsirkan hadith ini dengan makna Allah mencipta Adam dalam rupa tanah; lantas kata Imam:

 

“Ini adalah perkataan orang-orang Jahmiah” [Aqidah al-Rasikhin fil ‘Ilmi 2/666-667].

 

Demikian juga daripada Abu Talib al-Mishkani rah kata beliau:

 

“Aku mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: “Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya Allah mencipta Adam dalam rupa Adam, maka dia adalah seorang Jahmiah. Atas rupa apakah Adam itu sebelum dia diciptakan?” [ibid hal. 667]

 

 

Kata Abdullah bin Ahmad:

 

“Seorang lelaki berkata kepada Ayahku (Imam Ahmad): Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepadaku: Allah mencipta Adam menurut rupaNya yakni maksudnya adalah rupa lelaki itu (yang dipukul) maka jawab beliau (Imam Ahmad): “Dusta! Ini adalah perkataan orang Jahmiah”. [ibid hal. 668].

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 20652

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 2359

 

https://nidaulfithrah.com/makna-sabda-nabi-shallahualaihi-wasallam-sesungguhnya-allah-taala-menciptakan-adam-sebagaimana-bentuk-nya/

 

https://mashoori.wordpress.com/2011/12/16/allah-menciptakan-adam-a-s-menurut-rupa-nya/

No comments:

Post a Comment